CELIK IT – NUR AZLIN BINTI WAHED
BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER
Nama |
: Nur Azlin Binti Wahid |
Umur |
: 19 tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Nur Azlin merupakan seorang pelajar lepasan sekolah yang pada masa ini sedang menunggu tawaran pekerjaan. Nur Azlin kerap berkunjung di Pusat Internet bersama sahabatnya sejak beliau dibangku sekolah lagi untuk menggunakan perkhidmatan internet mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di Pusat Internet. Nur Azlin juga kerap menghadiri program, bengkel dan kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang, Nur Azlin dapat mencari maklumat untuk mencari pekerjaan memandangkan beliau kini sedang mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakkan akademiknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Kg Pinang, pengetahuan Nur Azlin dalam bidang ICT amat cetek. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer dan sering dibuli oleh rakan sekolah kerana tidak mahir menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet. Kini, beliau mengalami kesukaran untuk mengisi jawatan kosong, membuat resume yang harus dilakukan beliau secara online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu Nur Azlin untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT serta dia telah mendapat banyak pengalaman melalui aktiviti yang disertai di Pusat Internet. Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Nur Azlin setelah mengikuti beberapa kelas ICT secara online dengan petugas Pusat Internet iaitu Nur Azlin kini sudah mahir menggunakan komputer dirumah dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat untuk mengisi jawatan kosong secara online seperti portal SPA, Job Malaysia & sebagainya. Selain itu, Nur Azlin kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat resume untuk dihantar melalui emel dan portal kepada agensi pencari pekerja melalui online. Selain itu, beliau turut menyertai pelbagai program yang dianjurkan di Pusat Internet iaitu Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer, Program Youtube dan lain-lain lagi. Kini, Nur Azlin menjadi seorang yang berkeyakinan diri kerana tahap pngetahuan ICT semakin baik dan mampu berdikari menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang.
KEUSAHAWANAN – NUR SYAFIQAH BINTI MOHD AMIRULLAH
USAHAWAN PRODUK FaithFleur
Nama |
: NUR SYAFIQAH BINTI MOHD AMIRULLAH |
Umur |
: 23 tahun |
Ahli |
: 2015 |
Latar belakang
Cik Syafiqah merupakan seorang pelajar maktab yang berasal dari kampung pinang. Cik Syafiqah berusia 23 tahun yang berminat untuk berbusiness. Cik Syafiqah juga ahli aktif di pusat internet ini dari tahun 2015 Cik Syafiqah ingin memulakan business secara atas talian tetapi tidak mahir untuk memulakan business kecilnya. Cik Syafiqah bertanya kepada kami pihak petugas untuk mengajar cik syafiqah untuk memulakan business nya. Cik Syafiqah juga seorang yang rajin mencari rezeki untuk membantu ahli keluarganya. Sifat yang ingin Berjaya ada pada dirinya sangat tinggi walaupun masih belajar tetapi ingin berbusiness secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Cik Syafiqah baik dalam bidang ICT tetapi belum mahir cara mempromosikan produk yang cik syafiqah nak jual. Cik syafiqah masih lagi tidak tahu cara untuk menarik minat orang untuk membeli produknya. Petugas akan membantu memberi tahu cara untuk berbusiness secara atas talian kepada cik Syafiqah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Dengan adanya bantuan daripada kami petugas memberi tunjuk ajar sepenuhnya kepada cik syafiqah melalui aplikasi whatsapp dan membuat video call kepada cik syafiqah untuk mengajar beliau dengan baik. Sepanjang petugas menjelaskan tentang latihan usahawan kepada cik Syafiqah akhirnya, cik syafiqah berani membuat promosi dengan baik di laman sosialnya.
KEUSAHAWANAN – PUAN NURZARINA APENDI
USAHAWAN BURGER
Nama |
: NURZARINA APENDI |
Umur |
: 29 tahun |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Puan NurZarina merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis burger . Beliau memulakan perniagaannya atas dorongan keluarga dan rakan-rakannya yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis burger dihadapan rumahnya. Dengan dorongan keluarga dan rakan-rakannya, perasaan nya ingin mencuba menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini. Oleh itu, beliau telah pergi ke Pusat Internet Kampung Pinang setelah mengetahui Pusat Internet ada menyediakan latihan dan bimbingan untuk golongan usahawan dan belia. Beliau mendapat maklumat mengenai Pusat Internet kerana lokasi pusat internet berdekatan dengan rumah beliau. Selain itu, beliau mengetahui perkhidmatan pusat internet dari rakan-rakannya yang tinggal di kampung yang mempunyai Pusat Internet sering mengadakan kelas berkaitan mengenai ICT dan beliau ingin mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Puan NurZarina mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT hanya asas sahaja. Beliau tidak begitu mahir menggunakan Microsoft Office serta aplikasi perisian yang lain seperti penggunaan aplikasi Adobe Photoshop bahkan agak sukar beliau membuat promosi barang jualan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang.Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, Latihan Keusahawanan, Dashboard Komuniti, Program Advokasi, kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat halaman facebook untuk mempromosikan perniagaannya memandangkan Puan NurZarina masih baru dalam bidang perniagaan.Melalui pembelajaran melalui internet terutamanya Facebook, Whatsapp dan Instagram, beliau mula belajar menggunakannya membuka page Facebook untuk tujuan mempromosikan burger yang dijualnya.Pengetahuan dan kemahiran ICT beliau semakin baik dan ini telah memudahkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.
KEUSAHAWANAN – PUAN MASNIAH BINTI SERI
USAHAWAN KEK LAPIS SARAWAK
Nama |
: Masniah Binti Seri |
Umur |
: 37 tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Puan Masniah merupakan seorang suri rumahtangga yang sangat aktif menjalankan perniagaan. Beliau menjalankan perniagaan Kek Lapis Sarawak Homemade dan perniagaan ini telah dijalankan selama lebih 3tahun namun masih kurang mendapat sambutan daripada pelanggan kerana beliau tidak begitu mahir mempromosikan perniaagaannya menyebabkan bisnes beliau kurang aktif dan maju. Menjelang ketibaan bulan Syawal tidak lama lagi, beliau ingin memajukan perniagaannya memandangkan pada masa ini permintaan untuk Kek Lapis Sarawak amat tinggi. Untuk tujuan tersebut beliau telah berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk memohon bantuan petugas untuk membantu beliau mengembangkan lagi perniagaannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Puan Masniah mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer untuk membuat promosi perniagaannya melalui media sosial walaupun pernah mempromosikan perniagaannnya. Untuk mempromosikan Kek Lapis beliau, beliau perlu membuat katalog kek untuk memudahkan beliau mengedarkan katalog secara atas talian melalui Whatsapp kepada kenalan beliau untuk mengambil tempahan. Namun begitu, beliau tidak begitu mahir menggunakan perisian komputer untuk membuat katalog.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mendapat tunjuk ajar & bantuan petugas Pusat Internet Kampung Pinang, beliau telah banyak dibantu dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office khususnya Microsoft Office Word dan PDF untuk membuat katalog kek. Selain itu, beliau turut menghadiri Latihan Keusahawanan yang membantu beliau untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan serta tips-tips untuk mempromosikan Kek Lapis beliau di media sosial. Disamping itu, kelas & latihan Program Dashboard Komuniti, Program Advokasi dan lain-lain yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat mempromosikan perniagaannya memandangkan Puan Masniah tidak mahir dalam menggunakan media sosial untuk melakukan promosi. Melalui pembelajaran melalui internet terutamanya Facebook dan Whatsapp, beliau mula belajar menggunakan media sosial seperti Whatsapp untuk tujuan mempromosi perniagaannya.
BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER
Nama |
: Aina Zahidah Binti Sabehat |
Umur |
: 13 tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Aina Zahidah merupakan seorang pelajar tingkatan 1 yang bersekolah di SMK Kota Samarahan, Sarawak. Aina Zahidah merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke Pusat Internet bersama-sama rakannya untuk melayari internet. Memandangkan persekolahan sudah bermula, Aina Zahidah kerap berkunjung di Pusat Internet bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di Pusat Internet. Kini, Aina Zahidah merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kg Pinang. Aina Zahidah juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Kg Pinang, pengetahuan Aina Zahidah dalam bidang ICT amat lemah. Aina Zahidah yang sebelum ini tidak mahir dalam menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Aina Zahidah mengalami kesukaran untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru sekiranya melibatkan pencarian bahan akademik melalui internet. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer dan sering dibuli oleh rakan sekolah kerana tidak mahir menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet. Selain itu, beliau mengalami kesukaran untuk membuat tugasan dari sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan sukar mencetak nota yang diberikan oleh gurunya di sekolah. Hal ini kerana kemudahan komputer dan mesin pencetak dikampung tidak disediakan dan kafe siber yang terletak jauh dari kampungnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sepanjang mengikuti kelas, latihan & program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Pinang, Aina Zahidah banyak mendapat pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer. Selain itu, Aina Zahidah kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya disekolah. Aina Zahidah juga sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet supaya dia semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office seperti membuat jadual,menaip dan sebagainya. Antara program yang Aina Zahidah sertai di Pusat Internet ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer, E-pembelajaran dan lain-lain lagi. Oleh itu, beliau sering diberi tunjuk ajar oleh petugas Pusat Internet dalam bidang akademik melalui kelas E-pembelajaran, carian maklumat secara berhemah dan pemeriksaan keputusan peperiksaan melalui Bengkel SAPS yang sering dikendalikan oleh petugas Pusat Internet.