BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER

Nama

: SANSRIHAZNIE BT SUHAIMI

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 2015   

 

Latar belakang

Sansrihaznie merupakan seorang pelajar tahun 5  yang bersekolah di SK Pinang Samarahan, Sarawak. Sansrihaznie merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik  dan sering berkunjung ke PI untuk mengulangkaji pelajaran dan menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PI Kampung Pinang. Sansrihaznie kerap berkunjung di PI bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di PI.  Kini, Sansrihaznie merupakan salah seorang ahli PI yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PI Kg Pinang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer dan sering dibuli oleh rakan sekolah kerana tidak mahir menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke PI Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas PI untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas PI. Selain itu, sebelum mengaktifkan diri dan melibatkan diri dengan PI, Sansrihaznie juga sukar untuk mencari bahan akademik melalui internet kerana terpaksa pergi ke kafe siber yang terletak  jauh dari kampungnya. Selain itu, beliau mengalami kesukaran untuk membuat tugasan dari sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan sukar mencetak nota yang diberikan oleh gurunya di sekolah. Hal ini kerana kemudahan komputer dan mesin pencetak dikampung tidak disediakan dan kafe siber yang terletak jauh dari kampungnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Sansrihaznie setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PI iaitu Sansrihaznie kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Selain itu, Sansrihaznie kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya disekolah. Sansrihaznie juga sering berkunjung ke PI Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI supaya dia semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office seperti membuat jadual,menaip dan sebagainya. Antara program yang Sansrihaznie sertai di PI ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer,, E-pembelajaran dan lain-lain lagi. Oleh itu, beliau sering diberi tunjuk ajar oleh petugas PI dalam bidang akademik melalui kelas E-pembelajaran, carian maklumat secara berhemah dan pemeriksaan keputusan peperiksaan melalui Bengkel SAPS yang sering dikendalikan oleh petugas PI. Di samping itu, Sansrihaznie juga turut belajar menggunakan aplikasi paint dan  Adobe Photoshop yang digunakan untuk mengedit dan membuat gambar dengan lebih cepat dan mudah. Kini, Sansrihaznie sudah mahir menggunakan aplikasi Adobe dan Paint kerana sering menyertai kelas yang dianjurkan oleh petugas PI. Kini, Sansrihaznie merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di PI selain menghadiri kelas ICT yang dikendalikan oleh petugas di PI. Sansrihaznie juga sering berkunjung ke PI untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PI. Contohnya, program Hari Dashboard  Komuniti, Program Klik Dengan Bijak, serta pelbagai program lain yang dianjurkan oleh PI Kg Pinang

USAHAWAN KECIL CAR DESIGN & ACCECORRIES

Nama

: ENCIK AMIRUDDIN BIN ISMAIL

Umur

: 22 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Encik Amiruddin merupakan seorang bekas mekanik yang pada mulanya bekerja dengan rakannya disebuah workshop di Kota Samarahan. Beliau bekerja lebih kurang satu tahun setengah dan mengambil keputusan untuk membuka perniagaannya sendiri kerana minat yang mendalam terhadap bidang automobil dan amat suka mengubahsuai kereta. Disebabkan beliau ingin meluaskan perniagaannya dan menambahkan pendapatan dengan lebih tinggi, beliau bercadang untuk mempromosikan perniagaannya di media social. Beliau mengenali PI Kampung Pinang daripada sahabatnya yang yang berasal daripada Kampung Pinang yang sering berkunjung di PI Kampung Pinang. Beliau juga sering mengikuti sahabatnya ke PI dan mendapati petugas PI kerap mengendalikan kelas ICT dan keusahawanan kemudiannya mendapat bantuan petugas untuk membantunya mengembangkan perniagaannya secara atas talian dan ingin mempelajari kemahiran ICT memandangkan beliau perlu membuat kad perniagaan dan poster perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Encik Amiruddin mengenali PI, pengetahuan beliau terhadap bidang perniagaan dan ICT tidak begitu baik. Meskipun beliau kerap berkunjung ke siber kafe, beliau tidak begitu mahir menggunakan perisian yang terdapat pada komputer. Selain itu, beliau kurang didedahkan kepada pengetahuan ICT dan pengetahuan tentang asas dalam memulakan perniagaan beliau amat kurang. Hal ini menyebabkan beliau sukar untuk mempromosikan perniagaannya di laman sosial seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya. Disebabkan kurang mendapat sambutan dilaman sosial kerana tidak tahu cara mempromosikan perniagaannya dengan betul, beliau meminta bantuan petugas PI Kampung Pinang untuk membantunya mempromosikan perniagaannya tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

PI Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di PI Kg Pinang. Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di PI Kg Pinang iaitu kelas keusahawanan, kelas ICT Microsoft Office, kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator yang dijalankan oleh petugas PI Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara mempromosikan barangan jualan beliau dengan lebih berkesan untuk mendapatkan tarikan kepada para pelanggan secara atas talian. Melalui internet terutamanya Facebook dan WhatsApp, beliau mula belajar menggunakannya Facebook dengan membuka akaun baru untuk tujuan mempromosikan produk jualan beliau dengan lebih baik serta menggunakan WhatsApp untuk mempromosikan perniagaannya yang dihantar ke dalam group WhatsApp yang beliau ada. Selain itu beliau juga mempelajari tips-tips dan strategi untuk mempromosikan perniagaannya secara atas talian melalui petugas PI iaitu beliau telah mengadakan promosi perniagaannya dengan mengenakan harga diskaun memandangkan beliau baru memulakan perniagaannya demi untuk mempromosikan perniagaannya dengan rakan facebooknya.

BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER

Nama

: NURHAFIZAH BINTI MERIKAN

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 2014    

 

Latar belakang

Nurhafizah merupakan seorang pelajar tingkatan 1  yang bersekolah di SMK Kota Samarahan, Sarawak. Nurhafizah merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke PI untuk mengulangkaji pelajaran dan menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PI Kampung Pinang. Nurhafizah kerap berkunjung di PI bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah untuk tujuan akademik.  Kini, Nurhafizah merupakan salah seorang ahli PI yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PI Kg Pinang. Nurhafizah juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas PI untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penubuhan PI Kg Pinang, pengetahuan Nurhafizah dalam  bidang ICT amat lemah. Nurhafizah yang sebelum ini  tidak tahu menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Nurhafizah  mengalami kesukaran untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru sekiranya melibatkan pencarian bahan akademik melalui internet. Nurhafizah juga selalu bergantung dengan pertolongan orang lain untuk mencari bahan akademik melalui internet. Oleh kerana tidak tahu cara menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke PI Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas PI untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

PI Kg Pinang telah banyak membantu Nurhafizah untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT serta dia telah mendapat banyak pengalaman melalui aktiviti yang disertai di PI. Nurhafizah banyak mendapat pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PI terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer. Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Nurhafizah setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PI iaitu Nurhafizah kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Selain itu, Nurhafizah kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya disekolah. Nurhafizah juga sering berkunjung ke PI Kg Pinang untuk mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI supaya dia semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office seperti membuat jadual,menaip dan sebagainya. Beliau kini juga sedang membuat kerja kursus  seni yang diberikan oleh gurunya dan sering mendapat tunjuk ajar oleh petugas PI walaupun sudah mahir dalam menggunakan Microsoft Word.

USAHAWAN KECIL MENJAHIT

Nama

: PUAN DINNA BINTI LEMAN

Umur

: 59 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Dinna merupakan seorang ahli PI Kampung Pinang yang sangat aktif mengikuti perkembangan PI Kampung Pinang. Beliau juga merupakan seorang suri rumahtangga yang sangat aktif menjalankan perniagaannnya iaitu menerima tempahan menjahit pelbagai jenis pakaian dan langsir. Meskipun sibuk menguruskan anak dan suaminya, beliau masih bergiat aktif untuk menjalankan perniagaan atas minat yang mendalam dalam bidang jahitan yang menonjol sejak beliau dibangku sekolah. Menurut beliau lagi, selain daripada minat dan mengisi masa lapang, disamping membantu suaminya dalam menjalankan perniaagaan. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang menjahit sejak 15 tahun lalu dan menerima tempahan setelah mengikuti kursus menjahit yang ditawarkan di Dewan Suarah Kota Samarahan selama lebih kurang 6 bulan. Pelbagai jenis jahitan baju yang beliau pelajari sepanjang kursus dan beliau telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bermula di kampung dengan hanya menerima tempahan baju kurung pada suatu masa dahulu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Puan Dinna mengenali PI, pengetahuan beliau dalam bidang ICT sangat lemah. Beliau yang sebelum ini tidak tahu menggunakan komputer amat kekok apabila petugas menunjukkan cara-cara menggunakan komputer. Pengetahuan beliau terhadap perisian dan perkakasan komputer juga amat lemah. Selain itu, beliau turut tidak mempunyai sebarang akaun sosial seperti Facebook, WhatsApp, akaun Gmail dan sebagainya. Oleh itu, beliau merasakan PI Kampung Pinang merupakan tempat yang paling sesuai untuk menimba ilmu dalam bidang ICT yang berfungsi sebagai Pusat untuk membangunkan sosioekonomi penduduk sekitar. Beliau juga ingin belajar untuk membina akaun Facebook sebagai permulaan untuk mengembangkan perniagaannya dengan lebih cepat dan mudah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

PI Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam meningkatkan pendapatan dan memajukan perniagaan menjahit walaupun secara kecil-kecilan. Beliau juga sudah lancar menaip menggunakan komputer melalui kelas yang beliau hadiri di PI Kampung Pinang. Beliau turut mahir dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan belajar pengetahuan asas terhadap aplikasi tersebut. Beliau telah kerap kali menghadiri kelas yang dianjurkan di PI Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, Kelas keusahawanan, kelas asas kemahiran komputer, asas kemahiran penggunaan internet dan lain-lain lagi yang dijalankan oleh petugas PI Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas-kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara untuk mencari maklumat mengenai corak dan jenis jahitan baju kurung serta langsir untuk menambah ilmu beliau dalam bidang jahitan. Beliau juga kini sudah pandai membuat surat, sticker, kad nama, dan sebagainya hasil tunjuk ajar daripada petugas PI. Selain itu, beliau telah mcmpunyai akaun Gmail dan Facebook hasil bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas PI Kampung Pinang dengan tujuan untuk mempromosikan perniagaannya dengan lebih efektif. Beliau juga mempelajari dan mengikuti beberapa kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh P1IM Kampung Pinang bersama dengan agensi luar demi memajukan perniagaannya. Antara kemahiran dan pengetahuan yang beliau pelajari adalah membuat katalog, video, dan kad perniagaannya. Beliau juga berpeluang untuk menggunakan Aplikasi Dashboard oleh petugas PI Kampung Pinang untuk mempromosikan produknya sebagai kelebihan beliau menjadi ahli PI.

USAHAWAN KECIL HAI - O

Nama

: PUAN DAYANG REJENI BT AWANG SEBI

Umur

: 39 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Puan Dayang merupakan seorang pembantu tadbir di SK Pinang yang sangat aktif menjalankan perniagaan. Meskipun mempunyai pekerjaan tetap, beliau masih bergiat aktif untuk menjalankan perniagaan atas minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan. Beliau menceburi dunia perniagaan dan keusahawanan melalui galakkan rakan-rakan beliau iaitu perniagaan menjual produk Hai-O. Produk Hai-O yang beliau pasarkan ialah produk kecantikan, kesihatan, dan kewanitaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Puan Dayang mengenali PI, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT lemah. Meskipun kebanyakkan masa beliau dihabiskan di pejabat, beliau tidak begitu mahir menggunakan Microsoft Office, penggunaan aplikasi Adobe Photoshop, dan kemudahan internet seperti pencarian maklumat, laman sosial dan sebagainya. Selain itu, beliau kurang didedahkan kepada pengetahuan ICT dan pengetahuan tentang asas dalam memulakan perniagaan beliau amat kurang. Hal ini menyebabkan perniagaan beliau kurang mendapat sambutan walaupun beliau sudahpun mempromosi produk Hai-O beliau di laman sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

PI Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di PI Kg Pinang. Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di PI Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator yang dijalankan oleh petugas PI Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara mempromosikan barangan jualan beliau dengan lebih berkesan untuk mendapatkan tarikan kepada para pelanggan.Melalui internet terutamanya Facebook, Whatsapp dan WeChat, beliau mula belajar menggunakannya membuka page Facebook untuk tujuan mempromosikan produk jualan beliau dengan lebih baik. Selain itu, setelah mempromosikan perniagaannya di Facebook, jualan produk kesihatan dan kecantikan beliau telah meningkat kerana menerima tempahan yang berlipat kali ganda dari pelanggan berbanding sebelum ini . Perniagaannya telah memdapat sambutan yang amat positif kerana strategi promosi dan iklan di Facebook sangat meyakinkan pelanggan.