USAHAWAN KECIL MENJAHIT
Nama |
: PUAN DINNA BINTI LEMAN |
Umur |
: 59 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Puan Dinna merupakan seorang ahli PI Kampung Pinang yang sangat aktif mengikuti perkembangan PI Kampung Pinang. Beliau juga merupakan seorang suri rumahtangga yang sangat aktif menjalankan perniagaannnya iaitu menerima tempahan menjahit pelbagai jenis pakaian dan langsir. Meskipun sibuk menguruskan anak dan suaminya, beliau masih bergiat aktif untuk menjalankan perniagaan atas minat yang mendalam dalam bidang jahitan yang menonjol sejak beliau dibangku sekolah. Menurut beliau lagi, selain daripada minat dan mengisi masa lapang, disamping membantu suaminya dalam menjalankan perniaagaan. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang menjahit sejak 15 tahun lalu dan menerima tempahan setelah mengikuti kursus menjahit yang ditawarkan di Dewan Suarah Kota Samarahan selama lebih kurang 6 bulan. Pelbagai jenis jahitan baju yang beliau pelajari sepanjang kursus dan beliau telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bermula di kampung dengan hanya menerima tempahan baju kurung pada suatu masa dahulu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Puan Dinna mengenali PI, pengetahuan beliau dalam bidang ICT sangat lemah. Beliau yang sebelum ini tidak tahu menggunakan komputer amat kekok apabila petugas menunjukkan cara-cara menggunakan komputer. Pengetahuan beliau terhadap perisian dan perkakasan komputer juga amat lemah. Selain itu, beliau turut tidak mempunyai sebarang akaun sosial seperti Facebook, WhatsApp, akaun Gmail dan sebagainya. Oleh itu, beliau merasakan PI Kampung Pinang merupakan tempat yang paling sesuai untuk menimba ilmu dalam bidang ICT yang berfungsi sebagai Pusat untuk membangunkan sosioekonomi penduduk sekitar. Beliau juga ingin belajar untuk membina akaun Facebook sebagai permulaan untuk mengembangkan perniagaannya dengan lebih cepat dan mudah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
PI Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam meningkatkan pendapatan dan memajukan perniagaan menjahit walaupun secara kecil-kecilan. Beliau juga sudah lancar menaip menggunakan komputer melalui kelas yang beliau hadiri di PI Kampung Pinang. Beliau turut mahir dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan belajar pengetahuan asas terhadap aplikasi tersebut. Beliau telah kerap kali menghadiri kelas yang dianjurkan di PI Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, Kelas keusahawanan, kelas asas kemahiran komputer, asas kemahiran penggunaan internet dan lain-lain lagi yang dijalankan oleh petugas PI Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas-kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara untuk mencari maklumat mengenai corak dan jenis jahitan baju kurung serta langsir untuk menambah ilmu beliau dalam bidang jahitan. Beliau juga kini sudah pandai membuat surat, sticker, kad nama, dan sebagainya hasil tunjuk ajar daripada petugas PI. Selain itu, beliau telah mcmpunyai akaun Gmail dan Facebook hasil bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas PI Kampung Pinang dengan tujuan untuk mempromosikan perniagaannya dengan lebih efektif. Beliau juga mempelajari dan mengikuti beberapa kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh P1IM Kampung Pinang bersama dengan agensi luar demi memajukan perniagaannya. Antara kemahiran dan pengetahuan yang beliau pelajari adalah membuat katalog, video, dan kad perniagaannya. Beliau juga berpeluang untuk menggunakan Aplikasi Dashboard oleh petugas PI Kampung Pinang untuk mempromosikan produknya sebagai kelebihan beliau menjadi ahli PI.