Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas
Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. Ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan.Terdapat Klinik Kerajaan mahupun beberapa Klinik Swasta yang berdekatan dengan Kampung Pinang ini bagi memudahkan penduduk di sekeliling untuk memeriksa kesihatan masing-masing.
KLINIK KESIHATAN KOTA SAMARAHAN
Bahagian Samarahan, Klinik Kesihatan Kota Samarahan, Jalan Datuk Muhammad Musa, 94300 Kota Samarahan Samarahan 94300 Kota Samarahan Sarawak
Tel : 082-673626/ 082-673627/082-673628/ 0820673629
Fax : 082-673632
KLINIK FAISAL HAJI GHAZALI
Desa Ilmu Commercial Centre (Lorong Desa Ilmu 22M1), Kota Samarahan, Sarawak