USAHAWAN KECIL CAR DESIGN & ACCECORRIES
Nama |
: ENCIK AMIRUDDIN BIN ISMAIL |
Umur |
: 22 tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Encik Amiruddin merupakan seorang bekas mekanik yang pada mulanya bekerja dengan rakannya disebuah workshop di Kota Samarahan. Beliau bekerja lebih kurang satu tahun setengah dan mengambil keputusan untuk membuka perniagaannya sendiri kerana minat yang mendalam terhadap bidang automobil dan amat suka mengubahsuai kereta. Disebabkan beliau ingin meluaskan perniagaannya dan menambahkan pendapatan dengan lebih tinggi, beliau bercadang untuk mempromosikan perniagaannya di media social. Beliau mengenali PI Kampung Pinang daripada sahabatnya yang yang berasal daripada Kampung Pinang yang sering berkunjung di PI Kampung Pinang. Beliau juga sering mengikuti sahabatnya ke PI dan mendapati petugas PI kerap mengendalikan kelas ICT dan keusahawanan kemudiannya mendapat bantuan petugas untuk membantunya mengembangkan perniagaannya secara atas talian dan ingin mempelajari kemahiran ICT memandangkan beliau perlu membuat kad perniagaan dan poster perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Encik Amiruddin mengenali PI, pengetahuan beliau terhadap bidang perniagaan dan ICT tidak begitu baik. Meskipun beliau kerap berkunjung ke siber kafe, beliau tidak begitu mahir menggunakan perisian yang terdapat pada komputer. Selain itu, beliau kurang didedahkan kepada pengetahuan ICT dan pengetahuan tentang asas dalam memulakan perniagaan beliau amat kurang. Hal ini menyebabkan beliau sukar untuk mempromosikan perniagaannya di laman sosial seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya. Disebabkan kurang mendapat sambutan dilaman sosial kerana tidak tahu cara mempromosikan perniagaannya dengan betul, beliau meminta bantuan petugas PI Kampung Pinang untuk membantunya mempromosikan perniagaannya tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
PI Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di PI Kg Pinang. Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di PI Kg Pinang iaitu kelas keusahawanan, kelas ICT Microsoft Office, kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator yang dijalankan oleh petugas PI Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara mempromosikan barangan jualan beliau dengan lebih berkesan untuk mendapatkan tarikan kepada para pelanggan secara atas talian. Melalui internet terutamanya Facebook dan WhatsApp, beliau mula belajar menggunakannya Facebook dengan membuka akaun baru untuk tujuan mempromosikan produk jualan beliau dengan lebih baik serta menggunakan WhatsApp untuk mempromosikan perniagaannya yang dihantar ke dalam group WhatsApp yang beliau ada. Selain itu beliau juga mempelajari tips-tips dan strategi untuk mempromosikan perniagaannya secara atas talian melalui petugas PI iaitu beliau telah mengadakan promosi perniagaannya dengan mengenakan harga diskaun memandangkan beliau baru memulakan perniagaannya demi untuk mempromosikan perniagaannya dengan rakan facebooknya.