CELIK IT – MOHAMAD FAIZZUDIN BIN SAMAN

BELAJAR INTERNET, PERISIAN KOMPUTER, & MENAIP.

Nama

: MOHAMAD FAIZZUDIN BIN SAMAN

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2019

Latar belakang

Mohamad Faizzudin merupakan seorang pelajar tahun 6 yang bersekolah di SK Pinang, Sarawak. Mohamad Faizzudin merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Mohamad Faizzudin kerap berkunjung di Pusat Internet bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di Pusat Internet. Mohamad Faizzudin juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah. Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang, Mohamad Faizzudin dapat mencari maklumat dan bahan untuk pembelajaran akademik dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Kg Pinang, pengetahuan Mohamad Faizzudin dalam bidang ICT amat lemah. Mohamad Faizzudin tidak begitu mahir menggunakan komputer serta perisian yang terdapat pada komputer. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, Mohamad Faizzudin mengalami kesukaran untuk mencari bahan ilmiah untuk aktiviti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Komuniti Kampung Pinang telah banyak membantu Mohamad Faizzudin untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer. Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Mohamad Faizzudin setelah mengikuti beberapa kelas ICT di Pusat Internet iaitu Mohamad Faizzudin kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Antara program yang Mohamad Faizzudin sertai di Pusat Internet ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer,, E-pembelajaran dan lain-lain lagi. Mohamad Faizzudin juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Contohnya, Program kesedaran Covid19, Program Advokasi, program vaksinasi serta pelbagai program lain yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Pinang. Kini, Mohamad Faizzudin menjadi seorang yang berkeyakinan diri kerana tahap pngetahuan ICT semakin baik dan mampu berdikari menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang.

KEUSAHAWANAN – NOR RAS AMIERZA BT MARZUKI

USAHAWAN MARY KAY

Nama

: NOR RAS AMIERZA BT MARZUKI

Umur

: 28 tahun

Ahli

: 2021

 

Latar belakang

Puan Ras merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan secara online iaitu Mary Kay. Meskipun sibuk menguruskan tugasan rumahtangga beliau, beliau sangat berminat untuk menjalankan perniagaan atas minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan. Seterusnya, Puan Ras mulakan perniagaan secara atas talian produk Mary Kay yang terkenal diseluruh dunia. Perniagaan ini telah dijalankan selama 3 tahun namun pendapatan belum mencapai target.Beliau ingin meluaskan perniagaannya dan menambahkan pendapatan dengan membuat promosi perniagaannya di media sosial iaitu ‘Mary Kay’ Untuk tujuan tersebut beliau telah menghubungi petugas Pusat Internet Kampung Pinang untuk memohon bantuan petugas untuk membantu beliau mempromosikan perniagaannya di media sosial.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Ras mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap hanya asas ICT sahaja. Beliau tidak begitu mahir menggunakan laman sosial untuk membuat promosi perniagaannya melalui media sosial walaupun pernah mempromosikan perniagaan menjual produknya sebelum ini tetapi belum ada sambutan.Kurang kenalan juga tidak dapat membantu Puan Ras mendapat pendapatan yang tinggi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas Puan Ras mengikuti pelbagai kelas yang dilaksanakan di dalam pusat internet dan kelas-kelas yang lain di luar. Puan Ras dapat meningkatkan pendapatanan dan ilmu pengetahuan dunia perniagaan ini. Seterusnya Puan Ras berasa gembira apabila hasil jualannya semakin baik dan dapat memiliki apa yang Puan ras target seperti mempunyai team sendiri, slip gaji daripada mary kay, dan hadiah yang lain daripada Syarikat Mary Kay. Segala urusan Puan Ras dapat menjalankan perniagaannya dengan baik.

CELIK IT – MOHD AIMAN ZAQWAN ENDONG

BELAJAR MELAYARI INTERNET & MENAIP.

Nama

: MOHD AIMAN ZAQWAN ENDONG

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Aiman merupakan seorang pelajar tahun 10 yang bersekolah di SK Pinang Samarahan,Sarawak. Aiman merupakan anak kedua bongsu dalam ahli keluarga. Aiman merupakan seorang pelajar yang aktif di dalam kelas kerana suka bertanya dan sering berkunjung ke Pusat Internet bersama-sama rakannya untuk melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Aiman tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer dan sering diejek oleh rakan sekolah kerana tidak mahir menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu Aiman untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT serta dia telah mendapat banyak pengalaman melalui aktiviti yang disertai di Pusat Internet.Kini, Aiman banyak mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer.

KEUSAHAWANAN – CIK NUR RUSDHA ADIBA BINTI ADI

USAHAWAN MENJUAL PAKAIAN

Nama

: Nur Rusdha Adiba Binti Adi

Umur

: 19 tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

Cik Rusdha merupakan seorang pelajar lepasan sekolah yang ingin menceburi diri dalam bidang perniagaan memandangkan beliau sudahpun menamatkan pengajiannya di sekolah. Dengan minat dan semangat yang tinggi, beliau ingin belajar cara selok belok dalam menjalankan perniagaannya iaitu menjual pakaian secara online iaitu dropship pakaian. Oleh itu, beliau ingin membuat akaun instagram untuk meluaskan perniagaannya. Beliau mendapat maklumat mengenai Pusat Internet melalui rakan-rakan perniagaan dan ahli keluarga bahawa Pusat Internet sering mengadakan kelas berkaitan mengenai ICT dan beliau ingin mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Cik Rusdha mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT sangat tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan Microsoft Office, penggunaan aplikasi Adobe Photoshop, dan kemudahan internet seperti pencarian maklumat, laman sosial dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft Office Word, dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang. Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office dan kelas keusahawanan yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kampung Pinang ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara berkesan untuk menarik minat pelanggan dengan mengadakan promosi pakaian jualan beliau. Pada mulanya beliau hanya mempromosikan perniagaannya melalui aplikasi Whatsapp, Setelah mengikuti kelas di PIK beliau mula belajar menggunakannya dengan membuat halaman facebook & membuka akaun Instagram untuk tujuan mempromosikan jualan nya. Pengetahuan dan kemahiran ICT beliau semakin baik dan ini telah memudahkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.

KEUSAHAWANAN – CIK SELMAH BINTI BADUSUKU

USAHAWAN PRODUK TUPPERWARE

Nama

: CIK SELMAH BINTI BADUSUKU

Umur

: 39 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Cik Selmah merupakan seorang usahawanan yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan jenama Tupperware secara online.Beliau memulakan perniagaannya atas dorongan rakan-rakan yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan di atas talian secara kecilan terlebih dahulu. Dengan dorongan rakan-rakannya, ibu bapa dan perasaan ingin mencuba menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini.Oleh itu, beliau telah pergi ke Pusat Internet Kampung Pinang setelah mengetahui Pusat Internet ada menyediakan latihan dan bimbingan untuk golongan usahawan dan belia.Beliau mendapat maklumat mengenai Pusat Internet melalui rakannya yang telah mengikuti beberapa kelas & latihan keusahawanan di Pusat Internet Kampung Pinang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Cik Selmah mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer/telefon untuk membuat promosi barang online. Beliau juga amat sukar untuk mempromosikan produk perniagaannya melalui media sosial kerana tidak mempunyai pengalaman & latihan keusahawanan yang betul untuk beliau mempromosikan produk perniagaannya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, perisian komputer yang lain dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang.Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, Latihan Keusahawanan & Dashboard Komuniti yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat halaman facebook untuk mempromosikan perniagaannya memandangkan Cik Selmah masih baru dalam bidang perniagaan. Melalui pembelajaran perniagaan secara online melalui Facebook & Whatsapp beliau mula belajar menggunakannya Facebook & Whatsapp untuk mempromosikan produk Tupperware. Pengetahuan dan kemahiran ICT beliau semakin baik dan ini telah memudahkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.