USAHAWAN YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN KIMPALAN

Nama

: HAMDIAH BINTI NASAR

Umur

: 42 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Puan Hamdiah merupakan seorang suri rumahtangga yang sangat aktif menjalankan perniagaan. Selain daripada menjual kerepek, beliau juga menjalankan perniagaan lain iaitu perniagaan servis kimpalan. Perniagaan ini telah dijalankan selama lebih 5 tahun namun masih kurang mendapat sambutan daripada pelanggan. Hal ini kerana beliau dan rakan kongsinya iaitu suami beliau sendiri kurang mempromosikan perniagaan kimpalan ini kerana tidak mahir mempromosikan perniagaan ini dilaman sosial untuk menambahkan pelanggan. Beliau ingin meluaskan perniagaannya dan menambahkan pendapatan dengan membuat promosi perniagaannya di media sosial iaitu ‘HAMIJA GLOBAL’.Untuk tujuan tersebut beliau telah berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk memohon bantuan petugas untuk membantu beliau mempromosikan perniagaannya di media sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Puan Hamdiah mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer untuk membuat promosi perniagaannya melalui media sosial walaupun pernah mempromosikan perniagaan menjual kerepeknya sebelum ini kerana berlainan servis.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang.Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, Latihan Keusahawanan, Dashboard Komuniti, Program Advokasi dan lain-lain yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat mempromosikan perniagaannya memandangkan Puan Hamdiah masih baru dalam bidang perniagaan kimpalan ini. Melalui pembelajaran melalui internet terutamanya Facebook dan Whatsapp, beliau mula belajar menggunakan media sosial seperti Facebook untuk tujuan perniagaan perkhidmatan kimpalannya. Pengetahuan dan kemahiran ICT beliau semakin baik dan ini telah memudahkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.

 

USAHAWAN KECIL MENJUAL PERLBAGAI BARANG PERNIAGAAN SECARA ONLINE.

Nama

: RATINA BINTI ADENAN

Umur

: 23 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Cik Ratina merupakan ahli pusat internet yang sudah lama menjadi ahli tetapi tidak aktif kerana terlalu sibuk dengan urusan lain.Cik Ratina juga bekas pelajar sekolah rendah di SK Pinang selama 6 tahun tetapi pada zaman itu, pelajar sekolah rendah tidak didedahkan tentang IT dan keusahawanan. Selain itu, Cik Ratina juga pernah bersekolah di SMK Kota Samarahan selama 5 tahun, hanya tingkatan 1 sahaja yang ada kelas IT itu pun hanya Asas IT. Kerana terlalu singkat sama dalam 1 tahun hanya beberapa jam dalam seminggu kelas IT Cik Ratina masih lagi belum mahir menggunakan Komputer.Akhir sekali, Cik Ratina berasa gembira Pusat Internet di bina di kawasan kampungnya dan mudah bagi dia untuk menimba ilmu tentang IT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Cik Ratina mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan Microsoft Office serta aplikasi perisian yang lain seperti penggunaan aplikasi Adobe Photoshop bahkan agak sukar beliau membuat kerja kursus dan mengulangkaji pelajaran pada zaman IPTA.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang.Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, Latihan Keusahawanan, Dashboard Komuniti, Program Advokasi, kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat halaman facebook untuk mempromosikan perniagaannya memandangkan Cik Ratina masih baru dalam bidang perniagaan.Melalui pembelajaran melalui internet terutamanya Facebook, Whatsapp dan Instagram, beliau mula belajar menggunakannya membuka page Facebook untuk tujuan mempromosikan koleksi pakaian wanita yangdijualnya.Pengetahuan dan kemahiran ICT beliau semakin baik dan ini telah memudahkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.

USAHAWAN KECIL MENJUAL PERLBAGAI BARANG PERNIAGAAN SECARA ONLINE.

Nama

: Nor hayati Binti Chamat

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2019

Latar belakang

Cik Nor Hayati merupakan seorang usahawanan yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan secara online. Beliau memulakanan perniagaannya atas dorongan rakan-rakan yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan di atas talian secara kecilan terlebih dahulu. Dengan dorongan rakan-rakannya,ibu bapa dan perasaan ingin mencuba menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Cik Nor Hayati mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan computer untuk membuat promosi barang online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang. Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft office, Latihan Keusahawanan, Dashboard Komuniti, Program Advokasi, kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas-kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat halaman facebook untuk mempromosikan perniagaannya memandangkan Nor Hayati masih baru dalam bidang perniagaan.

BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER

Nama

: FARZILLA BINTI IBRAHIM

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Farzilla merupakan seorang suri rumah berusia 24 tahun yang telah tamat zaman sekolah di SMK Kota Samarahan,Sarawak pada tahun 2012. Farzilla kerap berkunjung di Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari Kerja Kosong secara Online di Pusat Internet. Kini, Farzilla merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kg Pinang. Farzilla juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan memudahkan farzilla lebih mahir menggunakan komputer.Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang, Farzilla dapat mencari maklumat dan kerja kosong pada masa sekarang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Kg Pinang, pengetahuan Farzilla dalam bidang ICT amat cetek. Farzilla yang sebelum ini tidak mahir dalam menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Farzilla mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan pada zmzn sekarang dengan menggunakan internet. Farzilla juga tiada siapa pun mahu mengajarnya untuk mencari pekerjaan pada zaman sekarang.Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang mahir menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu Fazilla untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT serta dia telah mendapat banyak pengalaman melalui aktiviti yang disertai di Pusat Internet. Fazilla banyak mendapat pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer.Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Fazilla setelah mengikuti beberapa kelas ICT di Pusat Internet iaitu Fazilla kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari kerja kosong. Selain itu, Fazilla kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat resume dan surat rasmi.Antara program yang Fazilla sertai di Pusat Internet ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer, dan lain-lain lagi. Oleh itu, beliau sering diberi tunjuk ajar oleh petugas Pusat Internet melalui Bengkel Microsoft word yang sering dikendalikan oleh petugas Pusat Internet.Di samping itu, Fazilla juga turut belajar menggunakan komputer ataupun laptop yang digunakan untuk resume dan surat dengan lebih cepat dan mudah. Kini,Fazilla sudah mahir menggunakan kamputer kerana sering menyertai kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet.Kini, Fazilla merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di Pusat Internet selain menghadiri kelas ICT yang dikendalikan oleh petugas di Pusat Internet. Fazilla juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Contohnya, program Hari Dashboard Komuniti, Program Klik Dengan Bijak, serta pelbagai program lain yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Pinang. Kini, Fazilla mempunyai pengetahuan ICT yang semakin baik dan mampu berdikari menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang.

BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER

Nama

: Burhanuddin Bin Othaman

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Burhanuddin merupakan seorang pelajar tahun 5 yang bersekolah di SK Pinang Samarahan, Sarawak. Burhanuddin merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke Pusat Internet bersama-sama rakannya untuk melayari internet.Burhanuddin kerap berkunjung di Pusat Internet bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di Pusat Internet. Kini, Burhanuddin merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kg Pinang.Burhanuddin juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah. Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang, Burhanuddin dapat mencari maklumat dan bahan untuk pembelajaran akademik dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Kg Pinang, pengetahuan Burhanuddin dalam bidang ICT amat cetek. Burhanuddin yang sebelum ini tidak mahir dalam menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Burhanuddin mengalami kesukaran untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru sekiranya melibatkan pencarian bahan akademik melalui internet. Burhanuddin juga selalu bergantung dengan pertolongan orang lain untuk mencari bahan akademik melalui internet. Burhanuddin juga kelihatan malu dan teragak-agak apabila menggunakan komputer pada mulanya. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer dan sering dibuli oleh rakan sekolah kerana tidak mahir menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet. Selain itu, beliau mengalami kesukaran untuk membuat tugasan dari sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan sukar mencetak nota yang diberikan oleh gurunya di sekolah. Hal ini kerana kemudahan komputer dan mesin pencetak dikampung tidak disediakan dan kafe siber yang terletak jauh dari kampungnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Burhanuddin banyak mendapat pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer.Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Burhanuddin setelah mengikuti beberapa kelas ICT di Pusat Internet iaitu Burhanuddin kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Selain itu, Burhanuddin kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya disekolah. Burhanuddin juga sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet supaya dia semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office seperti membuat jadual,menaip dan sebagainya.