BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER

Nama

: Nur Atirah Najwa Binti Saperi

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Nur Athirah merupakan seorang pelajar tahun 6 yang bersekolah di SK Pinang Samarahan, Sarawak. Nur Athirah merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke PI untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di Pusat Internet. Kini, Nur Athirah merupakan salah seorang ahli PI yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PI Kg Pinang. Nur Atirah juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelanjaran akademik di sekolah. Selain itu,melalui kemudahan teknologi computer dan internet yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang, Nur Athirah dapat mencari maklumat dan bahan untuk pembelajaran akademik dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Kg Pinang, pengetahuan Nur Atirah dalam bidang ICT amat cetek.Nur Atirah yang sebelum ini tidak mahir dalam menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Nur Atirah mengalami kesukaran untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru sekiranya melibatkan pencarian bahan akademik melalui internet. Nur Atirah juga selalu bergantung dengan pertolongan orang lain untuk mencari bahan akademik melalui internet. Nur Atirah juga kelihatan malu dan teragak-agak apabila menggunakan komputer pada mulanya.Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer dan sering dibuli oleh rakan sekolah kerana tidak mahir menggunakan komputer.Selain itu, beliau mengalami kesukaran untuk membuat tugasan dari sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan sukar mencetak nota yang diberikan oleh gurunya di sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu Nur Atirah untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT serta dia telah mendapat banyak pengalaman melalui aktiviti yang disertai di Pusat Internet. Nur Atirah banyak mendapat pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT.Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Nur Atirah setelah mengikuti beberapa kelas ICT di Pusat Internet iaitu Nur Atirah kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran.Selain itu, Nur Atirah kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word. Nur Atirah juga sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet supaya dia semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office. Antara program yang Nur Atirah sertai di Pusat Internet ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer, E-pembelajaran dan lain-lain.Kini, Nur Atirah merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di Pusat Internet. Nur Atirah juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan.Kini, Nur Atirah menjadi seorang yang berkeyakinan diri kerana tahap pngetahuan ICT semakin baik dan mampu berdikari menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung.