BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER

Nama

: Burhanuddin Bin Othaman

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Burhanuddin merupakan seorang pelajar tahun 5 yang bersekolah di SK Pinang Samarahan, Sarawak. Burhanuddin merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke Pusat Internet bersama-sama rakannya untuk melayari internet.Burhanuddin kerap berkunjung di Pusat Internet bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di Pusat Internet. Kini, Burhanuddin merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kg Pinang.Burhanuddin juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah. Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang, Burhanuddin dapat mencari maklumat dan bahan untuk pembelajaran akademik dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Kg Pinang, pengetahuan Burhanuddin dalam bidang ICT amat cetek. Burhanuddin yang sebelum ini tidak mahir dalam menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Burhanuddin mengalami kesukaran untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru sekiranya melibatkan pencarian bahan akademik melalui internet. Burhanuddin juga selalu bergantung dengan pertolongan orang lain untuk mencari bahan akademik melalui internet. Burhanuddin juga kelihatan malu dan teragak-agak apabila menggunakan komputer pada mulanya. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer dan sering dibuli oleh rakan sekolah kerana tidak mahir menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet. Selain itu, beliau mengalami kesukaran untuk membuat tugasan dari sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan sukar mencetak nota yang diberikan oleh gurunya di sekolah. Hal ini kerana kemudahan komputer dan mesin pencetak dikampung tidak disediakan dan kafe siber yang terletak jauh dari kampungnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Burhanuddin banyak mendapat pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer.Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Burhanuddin setelah mengikuti beberapa kelas ICT di Pusat Internet iaitu Burhanuddin kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Selain itu, Burhanuddin kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya disekolah. Burhanuddin juga sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet supaya dia semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office seperti membuat jadual,menaip dan sebagainya.