USAHAWAN KECIL KEREPEK

Nama

: PUAN HAMDIAH BINTI NASAR

Umur

: 37 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Puan Hamdiah merupakan seorang suri rumahtangga yang sangat aktif menjalankan perniagaan. Meskipun sibuk menguruskan lima orang anaknya yang masih dibangku sekolah, beliau sangat bergiat aktif untuk menjalankan perniagaan atas minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan disamping membantu suaminya dalam menjalankan perniaagaan. Beliau menjual pelbagai jenis kerepek iaitu Kerepek Keladi Cheese, Kerepek Keladi Seaweed, Kerepek Pisang Masin, Kerepek Pisang Susu, dan banyak lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Puan Hamdiah mengenali PI, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT sangat cetek. Beliau tidak begitu mahir menggunakan Microsoft Office, penggunaan aplikasi Adobe Photoshop, dan kemudahan internet seperti pencarian maklumat, laman sosial dan sebagainya. Selain itu, walaupun mempunyai akaun laman sosial seperti Facebook & WeChat, beliau masih tidak begitu mahir menggunakan aplikasi tersebut, terutamanya menggunakan aplikasi Facebook untuk tujuan mempromosikan kerepeknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

PI Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di PI Kg Pinang. Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di PI Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator yang dijalankan oleh petugas PI Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas-kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat sticker untuk diletakkan pada bungkusan kerepek dan membuat logo perniagaannya sendiri. Melalui internet terutamanya Facebook, Whatsapp dan WeChat, beliau mula belajar menggunakannya membuka page Facebook untuk tujuan mempromosikan kerepeknya.

BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER

Nama

: NUR WAHIDAH BINTI MUHAMMAD

Umur

: 14 tahun

Ahli

: 2014    

 

Latar belakang

Nur Wahidah merupakan seorang pelajar tingkatan 2 yang bersekolah di SMK Kota Samarahan, Sarawak. Nur Wahidah kerap berkunjung di PI untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah untuk tujuan akademik. Kini, Nur Wahidah merupakan salah seorang ahli PI yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PI Kg Pinang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penubuhan PI Kg Pinang, pengetahuan Nur Wahidah mengenai bidang ICT amat lemah. Dia tidak tahu menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Nur Wahidah mengalami kesukaran untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru sekiranya melibatkan pencarian bahan akademik melalui internet. Nur Wahidah juga selalu bergantung dengan pertolongan orang lain untuk mencari bahan akademik melalui internet. Selain itu, sebelum mengaktifkan diri dan melibatkan diri dengan PI, Nur Wahidah juga sukar untuk mencari bahan akademik melalui internet kerana terpaksa pergi ke kafe siber yang terletak jauh dari kampungnya. Selain itu, beliau mengalami kesukaran untuk membuat tugasan dari sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan sukar mencetak nota yang diberikan oleh gurunya di sekolah. Hal ini kerana kemudahan komputer dan mesin pencetak dikampung tidak disediakan dan kafe siber yang terletak jauh dari kampungnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Nur Wahidah setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PI iaitu Nur Wahidah kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Selain itu, Nur Wahidah kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya disekolah. Nur Wahidah juga sering berkunjung ke PI Kg Pinang untuk mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI supaya dia semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office seperti membuat jadual,menaip dan sebagainya. Di samping itu, Nur Wahidah juga turut belajar menggunakan aplikasi paint dan Adobe Photoshop yang digunakan untuk mengedit dan membuat gambar dengan lebih cepat dan mudah. Kini, Nur Wahidah sudah mahir menggunakan aplikasi Adobe dan Paint kerana sering menyertai kelas yang dianjurkan oleh petugas PI. Kini, Nur Wahidah merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di PI selain menghadiri kelas ICT yang dikendalikan oleh petugas di PI. Nur Wahidah juga sering berkunjung ke PI untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PI. Contohnya, program Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan oleh PI Kg Pinang. Nur Wahidah menyertai pertandingan dalam program tersebut.

BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER

Nama

: AIESYA HUMAIRA BINTI HASIB@HASBI

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 2014    

 

Latar belakang

Adik Aiesya Humaira merupakan seorang pelajar tahun 5 yang bersekolah di SK Pinang. Aiesya Humaira sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang bersama rakan-rakannya yang lain untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PI Kampung Pinang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Adik Aiesya Humaira merupakan seorang pelajar sekolah yang cemerlang dan rajin. Dia sering berkunjung ke PI Kampung Pinang untuk belajar bersama rakan-rakannya. Namun begitu, dia tidak tahu menggunakan komputer dan sering meminta pertolongan rakannya untuk mencari maklumat akademik sekiranya mendapat arahan daripada guru sekolahnya untuk menyiapkan kerja sekolah berkiatan dengan carian di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sedar akan kelemahannya, Adik Aiesya Humaira telah mengikuti semua latihan ICT yang telah dianjurkan oleh PI Kampung Pinang. Antaranya ialah kelas Microsoft Office, Bengkel Klik Dengan Bijak, Bengkel Asas Teknologi Maklumat dan lain-lain lagi. Melalui latihan yang diberikan oleh petugas PI Kampung Pinang, kini Adik Aiesya Humaira mahir menggunakan komputer serta tahu menggunakan perisian komputer.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Adik Aiesya Humaira tetap berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, adik Aiesya juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi kemudahannya sebagai seorang pelajar sekolah.