KEUSAHAWANAN – HASLINDA BINTI LIMAN
USAHAWAN PRODUK MINYAK AOW
Nama |
: HASLINDA BINTI LIMAN |
Umur |
: 30 tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Puan Linda merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan secara online minyak AOW. Meskipun sibuk menguruskan tugasan rumahtangga beliau, beliau sangat berminat untuk menjalankan perniagaan atas minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan disamping membantu suaminya.Puan Linda mulakan perniagaan secara atas talian produk minyak AOW. Perniagaan ini telah dijalankan selama 1 tahun namun pendapatan masih belum kukuh.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Puan Linda mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT sederhana. Beliau tidak begitu mahir menggunakan laman sosial untuk membuat promosi perniagaannya melalui media sosial walaupun pernah mempromosikan perniagaan menjual produknya sebelum ini tetapi belum ada sambutan.Kurang kenalan juga tidak dapat membantu Puan Linda mendapat pendapatan yang tinggi.Dengan adanya Latihan usahawanan di Pusat Internet Puan Linda mengambil keputusan untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan secara online ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu kelas Latihan Keusahawanan, Dashboard Komuniti, yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di dalam kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat mempromosikan perniagaannya memandangkan Puan Linda masih baru dalam bidang perniagaan ini.Setelah Puan Linda menghadiri kelas di pusat internet ini hasil jualan beliau semakin baik di media sosial.
CELIK IT – SITI SYAKINAH BINTI MAHAR
BELAJAR INTERNET, PERISIAN KOMPUTER, & MENAIP.
Nama |
: SITI SYAKINAH BINTI MAHAR |
Umur |
: 10 tahun |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Siti Syakinah merupakan seorang pelajar tahun 4 yang bersekolah di SK Pinang, Sarawak. Siti Syakinah merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke Pusat Internet bersama-sama rakannya untuk melayari internet. Siti Syakinah merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kg Pinang. Siti Syakinah juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah. Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang, Siti Syakinah dapat mencari maklumat dan bahan untuk pembelajaran akademik dan lain-lain lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Kg Pinang, pengetahuan Siti Syakinah dalam bidang ICT amat lemah. Siti Syakinah tidak begitu mahir menggunakan komputer serta perisian yang terdapat pada komputer.Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, Siti Syakinah mengalami kesukaran untuk mencari bahan ilmiah untuk aktiviti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu Siti Syakinah untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer. Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Siti Syakinah setelah mengikuti beberapa kelas ICT di Pusat Internet iaitu Siti Syakinah kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Antara program yang Siti Syakinah sertai di Pusat Internet ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer,, E-pembelajaran dan lain-lain lagi. Oleh itu, beliau sering diberi tunjuk ajar oleh petugas Pusat Internet dalam bidang akademik melalui kelas E-pembelajaran, carian maklumat secara berhemah. Kini, Siti Syakinah merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di Pusat Internet selain menghadiri kelas ICT yang dikendalikan oleh petugas di Pusat Internet. Siti Syakinah juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Contohnya, program Hari Malaysia 2020, Program Advokasi, serta pelbagai program lain yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Pinang. Siti Syakinah menyertai pertandingan dalam program tersebut.
KEUSAHAWANAN – NURUL JANNAH BINTI SANARBI
USAHAWAN MENJUAL PAKAIAN (BAJU KURUNG)
Nama |
: NURUL JANNAH BINTI SANARBI |
Umur |
: 23 tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Cik Nurul merupakan seorang usahawanan yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan secara online. Beliau memulakan perniagaannya atas dorongan rakan-rakan yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan di atas talian secara kecilan terlebih dahulu. Dengan dorongan rakan-rakannya, ibu bapa dan perasaan ingin mencuba menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini. Oleh itu, beliau telah pergi ke Pusat Internet Kampung Pinang setelah mengetahui Pusat Internet ada menyediakan latihan dan bimbingan untuk golongan usahawan dan belia.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Cik Nurul mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer untuk membuat promosi produk & barangan jualannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan perisian komputer dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang. Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu Latihan Keusahawanan Shopee yang membantu beliau mempromosikan produk perniagaannya. Latihan yang dijalankan telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara mendaftar akaun shopee sebagai penjual, memuatnaik produk, mengiklankan produk serta menyertai free shipping program. Melalui kelas keusahawanan ini juga Cik Jannah juga mempelajari cara & tips yang berkesan untuk menarik minat pembeli untuk membeli produknya. Selain itu, beliau turut mempelajari cara mempromosikan produk melalui media sosial seperti facebook & instagram dengan belajar membuat page & akaun untuk perniagaan.
KEUSAHAWANAN – NUR ATHILAH BINTI RAZAK
USAHAWAN PRODUK CRUNCHY CRAB
Nama |
: NUR ATHILAH BINTI RAZAK |
Umur |
: 24 tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Cik Athilah merupakan seorang pelajar UPSI yang baru bermula menjalankan perniagaan.Meskipun sibuk menguruskan tugasan beliau latihan industri, beliau sangat berminat untuk menjalankan perniagaan atas minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan disamping membantu keluarganya. Cik Athilah mulakan perniagaan secara atas talian produk yang beliau minat. Perniagaan ini telah dijalankan selama 5 bulan namun masih kurang mendapat sambutan daripada pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Cik Athilah mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT sederhana. Beliau tidak begitu mahir menggunakan laman sosial untuk membuat promosi perniagaannya melalui media sosial walaupun pernah mempromosikan perniagaan menjual produknya sebelum ini tetapi belum ada sambutan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang. Seterusnya melalui pembelajaran melalui internet terutamanya Facebook dan Whatsapp, beliau mula belajar menggunakan media sosial seperti Instagram, Facebook untuk tujuan perniagaannya ini.
CELIK IT – NUR SHAMILA BINTI JAMERI
BELAJAR INTERNET, PERISIAN KOMPUTER, & MENAIP.
Nama |
: NUR SHAMILA BINTI JAMERI |
Umur |
: 14 tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Nur Shamila merupakan seorang pelajar tingkatan 2 yang bersekolah di SMK Kota Samarahan, Sarawak. Nur Shamila merupakan seorang pelajar yang sederhana dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke Pusat Internet bersama-sama rakannya untuk melayari internet. Seterusnya, Nur Shamila kerap berkunjung di Pusat Internet bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di Pusat Internet. Kini, Nur Shamila merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kg Pinang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Kg Pinang, pengetahuan Nur Shamila dalam bidang ICT amat cetek. Nur Shamila yang sebelum ini tidak mahir dalam menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Nur Shamila mengalami kesukaran untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru sekiranya melibatkan pencarian bahan akademik melalui internet. Nur Shamila juga selalu bergantung dengan pertolongan orang lain untuk mencari bahan akademik melalui internet. Nur Shamila juga kelihatan tidak tahu menggunakan komputer dan pendiam orangnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu Nur Shamila untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT serta dia telah mendapat banyak pengalaman melalui aktiviti yang disertai di Pusat Internet. Nur Shamila banyak mendapat pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer.Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Nur Shamila setelah mengikuti beberapa kelas ICT di Pusat Internet iaitu Nur Shamila kini sudah mahir menggunakan komputer.