KEUSAHAWANAN – PUAN MASNIAH BINTI SERI

USAHAWAN KEK LAPIS SARAWAK

Nama

: Masniah Binti Seri

Umur

: 37 tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Puan Masniah merupakan seorang suri rumahtangga yang sangat aktif menjalankan perniagaan. Beliau menjalankan perniagaan Kek Lapis Sarawak Homemade dan perniagaan ini telah dijalankan selama lebih 3tahun namun masih kurang mendapat sambutan daripada pelanggan kerana beliau tidak begitu mahir mempromosikan perniaagaannya menyebabkan bisnes beliau kurang aktif dan maju. Menjelang ketibaan bulan Syawal tidak lama lagi, beliau ingin memajukan perniagaannya memandangkan pada masa ini permintaan untuk Kek Lapis Sarawak amat tinggi. Untuk tujuan tersebut beliau telah berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk memohon bantuan petugas untuk membantu beliau mengembangkan lagi perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Puan Masniah mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer untuk membuat promosi perniagaannya melalui media sosial walaupun pernah mempromosikan perniagaannnya. Untuk mempromosikan Kek Lapis beliau, beliau perlu membuat katalog kek untuk memudahkan beliau mengedarkan katalog secara atas talian melalui Whatsapp kepada kenalan beliau untuk mengambil tempahan. Namun begitu, beliau tidak begitu mahir menggunakan perisian komputer untuk membuat katalog.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mendapat tunjuk ajar & bantuan petugas Pusat Internet Kampung Pinang, beliau telah banyak dibantu dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office khususnya Microsoft Office Word dan PDF untuk membuat katalog kek. Selain itu, beliau turut menghadiri Latihan Keusahawanan yang membantu beliau untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan serta tips-tips untuk mempromosikan Kek Lapis beliau di media sosial. Disamping itu, kelas & latihan Program Dashboard Komuniti, Program Advokasi dan lain-lain yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat mempromosikan perniagaannya memandangkan Puan Masniah tidak mahir dalam menggunakan media sosial untuk melakukan promosi. Melalui pembelajaran melalui internet terutamanya Facebook dan Whatsapp, beliau mula belajar menggunakan media sosial seperti Whatsapp untuk tujuan mempromosi perniagaannya.