KEUSAHAWANAN – NURUL JANNAH BINTI SANARBI
USAHAWAN MENJUAL PAKAIAN (BAJU KURUNG)
Nama |
: NURUL JANNAH BINTI SANARBI |
Umur |
: 23 tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Cik Nurul merupakan seorang usahawanan yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan secara online. Beliau memulakan perniagaannya atas dorongan rakan-rakan yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan di atas talian secara kecilan terlebih dahulu. Dengan dorongan rakan-rakannya, ibu bapa dan perasaan ingin mencuba menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini. Oleh itu, beliau telah pergi ke Pusat Internet Kampung Pinang setelah mengetahui Pusat Internet ada menyediakan latihan dan bimbingan untuk golongan usahawan dan belia.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Cik Nurul mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer untuk membuat promosi produk & barangan jualannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan perisian komputer dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang. Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu Latihan Keusahawanan Shopee yang membantu beliau mempromosikan produk perniagaannya. Latihan yang dijalankan telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara mendaftar akaun shopee sebagai penjual, memuatnaik produk, mengiklankan produk serta menyertai free shipping program. Melalui kelas keusahawanan ini juga Cik Jannah juga mempelajari cara & tips yang berkesan untuk menarik minat pembeli untuk membeli produknya. Selain itu, beliau turut mempelajari cara mempromosikan produk melalui media sosial seperti facebook & instagram dengan belajar membuat page & akaun untuk perniagaan.