KEUSAHAWANAN – PUAN NURZARINA APENDI

USAHAWAN BURGER

Nama

: NURZARINA APENDI

Umur

: 29 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan NurZarina merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis burger . Beliau memulakan perniagaannya atas dorongan keluarga dan rakan-rakannya yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis burger dihadapan rumahnya. Dengan dorongan keluarga dan rakan-rakannya, perasaan nya ingin mencuba menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini. Oleh itu, beliau telah pergi ke Pusat Internet Kampung Pinang setelah mengetahui Pusat Internet ada menyediakan latihan dan bimbingan untuk golongan usahawan dan belia. Beliau mendapat maklumat mengenai Pusat Internet kerana lokasi pusat internet berdekatan dengan rumah beliau. Selain itu, beliau mengetahui perkhidmatan pusat internet dari rakan-rakannya yang tinggal di kampung yang mempunyai Pusat Internet sering mengadakan kelas berkaitan mengenai ICT dan beliau ingin mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Puan NurZarina mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT hanya asas sahaja. Beliau tidak begitu mahir menggunakan Microsoft Office serta aplikasi perisian yang lain seperti penggunaan aplikasi Adobe Photoshop bahkan agak sukar beliau membuat promosi barang jualan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang.Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, Latihan Keusahawanan, Dashboard Komuniti, Program Advokasi, kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat halaman facebook untuk mempromosikan perniagaannya memandangkan Puan NurZarina masih baru dalam bidang perniagaan.Melalui pembelajaran melalui internet terutamanya Facebook, Whatsapp dan Instagram, beliau mula belajar menggunakannya membuka page Facebook untuk tujuan mempromosikan burger yang dijualnya.Pengetahuan dan kemahiran ICT beliau semakin baik dan ini telah memudahkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.