CELIK IT – MUHAMMAD EMRAN BIN MAHAR
BELAJAR MELAYARI INTERNET & MENAIP.
Nama |
: MOHD AIMAN ZAQWAN ENDONG |
Umur |
: 10 tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Emran merupakan seorang pelajar tahun 4 yang bersekolah di SK Pinang, Sarawak. Emran merupakan salah seorang ahli PEDi yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Pinang. Emran juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas PEDi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum berkunjung ke PEDi Kg Pinang, pengetahuan Emran dalam bidang ICT amat lemah. Emran tidak begitu mahir menggunakan komputer serta perisian yang terdapat pada komputer. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, Emran mengalami kesukaran untuk mencari bahan ilmiah untuk aktiviti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke PEDi Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas PEDi untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas PEDi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Emran setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PEDi iaitu Emran kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Antara program yang Emran sertai di PEDi ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer,, E-pembelajaran dan lain-lain lagi. Oleh itu, beliau sering diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi dalam bidang akademik melalui kelas E-pembelajaran, carian maklumat secara berhemah. Kini, Emran merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di PEDi selain menghadiri kelas ICT yang dikendalikan oleh petugas di PEDi. Emran juga sering berkunjung ke PEDi untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PEDi. Contohnya, program Hari Malaysia 2020, Program Advokasi, serta pelbagai program lain yang dianjurkan oleh PEDi Kg Pinang. Emran menyertai pertandingan dalam program tersebut.
CELIK IT – NUR SYIFA ZULAIKA BINTI ABDUL RAUB
BELAJAR INTERNET, MENAIP, MULTIMEDIA & PERKAKASAN KOMPUTER
Nama |
: NUR SYIFA ZULAIKA BINTI ABDUL RAUB |
Umur |
: 10 TAHUN |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Nur Syifa merupakan seorang pelajar tahun 4 yang bersekolah di SK Pinang, Sarawak. Nur Syifa merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke PEDi bersama-sama rakannya untuk melayari internet. Nur Syifa kerap berkunjung di PEDi bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di PEDi. Kini, Nur Syifa merupakan salah seorang ahli PEDi yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Pinang. Nur Syifa juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas PEDi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah. Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh PEDi Kampung Pinang, Nur Syifa dapat mencari maklumat dan bahan untuk pembelajaran akademik dan lain-lain lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum berkunjung ke PEDi Kg Pinang, pengetahuan Nur Syifa dalam bidang ICT amat lemah. Nur Syifa tidak begitu mahir menggunakan komputer serta perisian yang terdapat pada komputer.
Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, Nur Syifa mengalami kesukaran untuk mencari bahan ilmiah untuk aktiviti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke PEDi Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas PEDi untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas PEDi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
PEDi Kampung Pinang telah banyak membantu Nur Syifa untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer. Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Nur Syifa setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PEDi iaitu Nur Syifa kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Menurut Nur Syifa juga, PEDi juga menyediakan kemudahan fotostat, pencetakan, imbasan pencetak yang memudahkan Nur Syifa untuk mencetak latihan yang telah dibuat kerana PEDi Kg Pinang yang tidak terletak jauh dari rumahnya berbanding dengan kedai pencetak yang dikunjunginya sebelum ini yang terletak jauh dari rumahnya. Kini, Nur Syifa menjadi seorang yang berkeyakinan diri kerana tahap pngetahuan ICT semakin baik dan mampu berdikari menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh PEDi Kampung Pinang.
CELIK IT – NORHAYATI BINTI CHAMAT
BELAJAR INTERNET, LAMAN SOSIAL, MENAIP, & PERKAKASAN KOMPUTER
Nama |
: NORHAYATI BINTI CHAMAT |
Umur |
: 26 TAHUN |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Cik Norhayati merupakan seorang suri rumah dan seorang usahawan muda di kampung berusia 26 tahun yang menetap di Kampung Pinang Samarahan,Sarawak. Cik Norhayati merupakan isteri kepada encik ujang. Cik Norhayati merupakan seorang usahawan yang aktif di kampung ini kerana sikapnya yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan. Cik norhayati sering berkunjung ke Pusat Internet bersama-sama rakannya untuk melayari internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Kg Pinang, pengetahuan Cik Norhayati dalam bidang ICT amat lemah dalam penggunaan komputer. Cik Norhayati yang sebelum ini tidak mahir dalam menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Cik Norhayati mengalami kesukaran untuk membuat perniagaan secara atas talian dan tidak pandai belajar menggunakan komputer.Cik Norhayati juga selalu bergantung dengan pertolongan orang lain untuk membuat sesuatu perkara yang memerlukan kemahiran komputer dan internet.Cik Norhayati juga kelihatan tidak tahu menggunakan komputer untuk melaksanakan perniagaannya dan beliau seorang yang pemalu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Cik Norhayati banyak mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer.Seterusnya,Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Cik Norhayati setelah mengikuti beberapa kelas ICT di Pusat Internetiaitu Cik Norhayati kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat serta membuat sesuatu yang berkaiatan dengan perniagaannya.
CELIK IT – NUR RUZAIMAH BINTI ABDUL RAUB
BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERKAKASAN KOMPUTER
Nama |
: NUR RUZAIMAH BINTI ABDUL RAUB |
Umur |
: 6 TAHUN |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Nur Ruzaimah merupakan seorang pelajar tahun 6 yang bersekolah di SK Pinang, Sarawak. Nur Ruzaimah merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke PEDi bersama-sama rakannya untuk melayari internet. Nur Ruzaimah kerap berkunjung di PEDi bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di PEDi. Kini, Nur Ruzaimah merupakan salah seorang ahli PEDi yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Pinang. Nur Ruzaimah juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas PEDi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah. Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh PEDi Kampung Pinang, Nur Ruzaimah dapat mencari maklumat dan bahan untuk pembelajaran akademik dan lain-lain lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum berkunjung ke PEDi Kg Pinang, pengetahuan Nur Ruzaimah dalam bidang ICT amat lemah. Nur Ruzaimah tidak begitu mahir menggunakan komputer serta perisian yang terdapat pada komputer.
Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, Nur Ruzaimah mengalami kesukaran untuk mencari bahan ilmiah untuk aktiviti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke PEDi Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas PEDi untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas PEDi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
PEDi Kampung Pinang telah banyak membantu Nur Ruzaimah untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer. Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Nur Ruzaimah setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PEDi iaitu Nur Ruzaimah kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Menurut Nur Ruzaimah juga, PEDi juga menyediakan kemudahan fotostat, pencetakan, imbasan pencetak yang memudahkan Nur Ruzaimah untuk mencetak latihan yang telah dibuat kerana PEDi Kg Pinang yang tidak terletak jauh dari rumahnya berbanding dengan kedai pencetak yang dikunjunginya sebelum ini yang terletak jauh dari rumahnya. Kini, Nur Ruzaimah menjadi seorang yang berkeyakinan diri kerana tahap pngetahuan ICT semakin baik dan mampu berdikari menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh PEDi Kampung Pinang.
KEUSAHAWANAN – HASZILAWATI BINTI SEKAWI
USAHAWAN BARANG MAKANAN ‘TEMPE CRISPY’
Nama |
: HASZILAWATI BINTI SEKAWI |
Umur |
: 25 tahun |
Ahli |
: 2021 |
Latar belakang
Cik Haszilawati merupa akan anak keempat yang menjalani perniagaan tempe crispy secara kecilan di kampung pinang. Cik Haszilawati yang ingin mengubah nasib hidup dengan memulakan perniagaan secara kecil. Walaupun cik Haszilawti sibuk menjaga ibu bapa nya bukan alas an untuk beliau mencari rezeki yang halal. Perniagaan ini telah dijalankan selama beberapa bulan yang lalu.Beliau ingin membesarkan lagi perniagaannya ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Cik Haszilawati mengenali Pusat Internet,pengetahuannya terhadap ICT sangat lemah dan beliau tidak mahir menggunakan komputer. Sebelum ini beliau hanya mempromosikan tempe crispy di whatsapp sahaja tetapi belum banyak sambutan kerana tidak banyak ilmu tentang usahawan dan kemahiran ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pusat Internet banyak membantu Cik Haszilawati dalam meningkatkan kemahiran ICT dan kemahiran asas perniagaan secara atas talian di pusat internet ini. Beliau mengahadiri kelas yang ada di pusat internet seperti kelas komputer, kelas usahawan, kelas advokasi, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan beliau. Selepas beliau mahir menggunakan media sosial semakin banyak sambutan tempe crispy. Adanya bantuan pusat internet membantu Cik Haszilawati mempromosi tempe crispy beliau rezekinya semakin baik.