CELIK IT – AZWAN AZIZI BIN ABDULLAH

BELAJAR MELAYARI INTERNET, ADVOKASI & MENAIP.

Nama

: AZWAN AZIZI BINTI ABDULLAH

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Azwan Azizi merupakan seorang pelajar tahun 13 yang bersekolah di SMK Kota Samarahan, Sarawak. Azwan merupakan salah seorang ahli PEDi yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Pinang. Azwan juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas PEDi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum berkunjung ke PEDi Kg Pinang, pengetahuan Azwan dalam bidang ICT amat lemah. Azwan tidak begitu mahir menggunakan komputer serta perisian yang terdapat pada komputer. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, Azwan mengalami kesukaran untuk mencari bahan ilmiah untuk aktiviti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke PEDi Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas PEDi untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Azwan setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PEDi iaitu Azwan kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Antara program yang Azwan sertai di PEDi ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer,, E-pembelajaran dan lain-lain lagi. Oleh itu, beliau sering diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi dalam bidang akademik melalui kelas E-pembelajaran, carian maklumat secara berhemah. Kini, Azwan merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di PEDi selain menghadiri kelas ICT yang dikendalikan oleh petugas di PEDi. Azwan juga sering berkunjung ke PEDi untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PEDi.

KEUSAHAWANAN – IDALIA FITRI BINTI ABANG AHMAD

USAHAWAN DROPSHIP

Nama

: IDALIA FITRI BINTI ABANG AHMAD

Umur

: 28 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Cik Idalia merupakan seorang usahawanan yang giat menjalankan perniagaan Dropship pelbagai jenis barang keperluan. Beliau memulakan perniagaannya atas minat yang mendalam dalam perniagaan secara atas talian disampengan dorongan keluarga, rakan-rakannya serta pelanggan dan perasaan ingin mencuba menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini. Oleh itu, beliau telah pergi ke PEDi Kampung Pinang setelah mengetahui PEDi ada menyediakan latihan dan bimbingan untuk golongan usahawan dan belia bagi meningkatkan pendapatan dan membantu didalam mengembangkan perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum Cik Idahlia mengenali PEDi, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak begitu baik. Beliau tidak begitu mahir tentang kemahiran mempromosikan produk & menggunakan komputer/telefon untuk membuat promosi barang online video promosi,poster jualan & lain-lain lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, perisian komputer yang lain dan menggunakan kemudahan internet di PEDi Kg Pinang. Beliau juga telah menghadiri kelas yang dianjurkan di PEDi Kg Pinang iaitu kelas Website, Latihan Keusahawanan, Kelas Fotografi, Bengkel Microsft Office, aplikasi Canva dan lain-lain yang dijalankan oleh petugas PEDi Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara mempromosikan produk ke halaman facebook, poster jualan, yang memudahkan urusan beliau untuk mengurus perniagaannya. Melalui tunjuk ajar petugas, Cik Idahlia telah dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran ICT disamping kemahiran keusahawanan beliau menjalankan perniagaan dengan lebih lancar.

KEUSAHAWANAN – MERIAM BINTI SABIE

USAHAWAN KEK LAPIS SARAWAK HOMEMADE

Nama

: Meriam Binti Sabie

Umur

: 54 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Puan Meriam merupakan seorang usahawanan yang giat menjalankan perniagaan Kek Lapis Sarawak ( Homemade). Beliau memulakan perniagaannya atas minat yang mendalam dalam bidang pembuatan kek lapis disampengan dorongan keluarga, rakan-rakannya serta pelanggan dan perasaan ingin mencuba menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini. Oleh itu, beliau telah pergi ke PEDi Kampung Pinang setelah mengetahui PEDi ada menyediakan latihan dan bimbingan untuk golongan usahawan dan belia bagi meningkatkan pendapatan dan membantu didalam mengembangkan perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum Puan Meriam mengenali PEDi, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak begitu baik. Beliau tidak begitu mahir tentang kemahiran mempromosikan produk & menggunakan komputer/telefon untuk membuat promosi barang online video promosi,poster jualan & lain-lain lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, perisian komputer yang lain dan menggunakan kemudahan internet di PEDi Kg Pinang. Beliau juga telah menghadiri kelas yang dianjurkan di PEDi Kg Pinang iaitu kelas Website, Latihan Keusahawanan, Kelas Fotografi, Bengkel Microsft Office, aplikasi Canva dan lain-lain yang dijalankan oleh petugas PEDi Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara mempromosikan produk ke halaman facebook, membuat kertas keja, poster jualan, buku profile syarikat serta katalog kek yang memudahkan urusan beliau untuk mengurus perniagaannya. Melalui tunjuk ajar petugas, Puan Meriam telah dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran ICT disamping kemahiran keusahawanan beliau menjalankan perniagaan dengan lebih lancar.

CELIK IT – AFIQAH BATRISYIA BINTI ARMIADIE

BELAJAR MELAYARI INTERNET & MENAIP.

Nama

: AFIQAH BATRISYA BINTI ARMIADIE

Umur

: 9 tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Afiqah merupakan seorang pelajar tahun 3 yang bersekolah di SK Pinang, Sarawak. Afiqah merupakan salah seorang ahli PEDi yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Pinang. Afiqah juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas PEDi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum berkunjung ke PEDi Kg Pinang, pengetahuan Afiqah dalam bidang ICT amat lemah. Afiqah tidak begitu mahir menggunakan komputer serta perisian yang terdapat pada komputer. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, Afiqah mengalami kesukaran untuk mencari bahan ilmiah untuk aktiviti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke PEDi Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas PEDi untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Afiqah setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PEDi iaitu Afiqah kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Antara program yang Afiqah sertai di PEDi ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer,, E-pembelajaran dan lain-lain lagi. Oleh itu, beliau sering diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi dalam bidang akademik melalui kelas E-pembelajaran, carian maklumat secara berhemah. Kini, Afiqah merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di PEDi selain menghadiri kelas ICT yang dikendalikan oleh petugas di PEDi. Afiqah juga sering berkunjung ke PEDi untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PEDi. Contohnya, program Hari Malaysia 2020, Program Advokasi, serta pelbagai program lain yang dianjurkan oleh PEDi Kg Pinang. Afiqah menyertai pertandingan dalam program tersebut.

KEUSAHAWANAN – ATHIRAH BINTI MASUUD

USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MAKANAN (KEDE PINK)

Nama

: ATHIRAH BINTI MASUUD

Umur

: 21 tahun

Ahli

: 2021

Latar belakang

Cik Athirah merupakan seorang penjual makanan yang aktif membuka stall kecil di aiman mall. Meskipun masih mencari kerja, beliau sangat berminat untuk menjalankan perniagaan atas minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan disamping membantu ahli keluarganya. Cik Athirah mulakan perniagaan di stall kecil pada tahun 2020. Perniagaan ini telah dijalankan selama 1 tahun namun pendapatan belum mencapai targetnya. Beliau ingin meluaskan perniagaannya dan menambahkan pendapatan dengan membuat promosi perniagaannya di media sosial iaitu ‘KEDE PINK’ Untuk tujuan tersebut beliau telah menghubungi petugas PEDi Kampung Pinang untuk memohon bantuan petugas untuk membantu beliau mempromosikan perniagaannya di media sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum Cik Athirah mengenali PEDi, pengetahuan beliau terhadap hanya asas ICT sahaja. Beliau tidak begitu mahir menggunakan laman sosial untuk membuat promosi perniagaannya melalui media sosial walaupun pernah mempromosikan perniagaan menjual produknya sebelum ini tetapi belum ada sambutan. Kurang kenalan juga tidak dapat membantu Cik Athirah mendapat pendapatan yang tinggi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terutamanya dalam menggunakan microsoft office, Excel, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Canva dan menggunakan kemudahan internet di PEDi Kg Pinang. Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di PEDi Kg Pinang iaitu kelas Latihan Keusahawanan, Dashboard Komuniti, yang dijalankan oleh petugas PEDi Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di dalam kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat mempromosikan perniagaannya memandangkan Cik Athirah masih baru dalam bidang perniagaan ini. Melalui pembelajaran melalui internet terutamanya Facebook dan Whatsapp, beliau mula belajar menggunakan media sosial seperti Instagram Facebook untuk tujuan perniagaannya ini. Pengetahuan dan kemahiran ICT beliau semakin baik dan ini telah memudahkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.