KEUSAHAWANAN – ATHIRAH BINTI MASUUD
USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MAKANAN (KEDE PINK)
Nama |
: ATHIRAH BINTI MASUUD |
Umur |
: 21 tahun |
Ahli |
: 2021 |
Latar belakang
Cik Athirah merupakan seorang penjual makanan yang aktif membuka stall kecil di aiman mall. Meskipun masih mencari kerja, beliau sangat berminat untuk menjalankan perniagaan atas minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan disamping membantu ahli keluarganya. Cik Athirah mulakan perniagaan di stall kecil pada tahun 2020. Perniagaan ini telah dijalankan selama 1 tahun namun pendapatan belum mencapai targetnya. Beliau ingin meluaskan perniagaannya dan menambahkan pendapatan dengan membuat promosi perniagaannya di media sosial iaitu ‘KEDE PINK’ Untuk tujuan tersebut beliau telah menghubungi petugas PEDi Kampung Pinang untuk memohon bantuan petugas untuk membantu beliau mempromosikan perniagaannya di media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum Cik Athirah mengenali PEDi, pengetahuan beliau terhadap hanya asas ICT sahaja. Beliau tidak begitu mahir menggunakan laman sosial untuk membuat promosi perniagaannya melalui media sosial walaupun pernah mempromosikan perniagaan menjual produknya sebelum ini tetapi belum ada sambutan. Kurang kenalan juga tidak dapat membantu Cik Athirah mendapat pendapatan yang tinggi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
PEDi Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terutamanya dalam menggunakan microsoft office, Excel, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Canva dan menggunakan kemudahan internet di PEDi Kg Pinang. Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di PEDi Kg Pinang iaitu kelas Latihan Keusahawanan, Dashboard Komuniti, yang dijalankan oleh petugas PEDi Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di dalam kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat mempromosikan perniagaannya memandangkan Cik Athirah masih baru dalam bidang perniagaan ini. Melalui pembelajaran melalui internet terutamanya Facebook dan Whatsapp, beliau mula belajar menggunakan media sosial seperti Instagram Facebook untuk tujuan perniagaannya ini. Pengetahuan dan kemahiran ICT beliau semakin baik dan ini telah memudahkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.