CELIK IT – AFIQAH BATRISYIA BINTI ARMIADIE

BELAJAR MELAYARI INTERNET & MENAIP.

Nama

: AFIQAH BATRISYA BINTI ARMIADIE

Umur

: 9 tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Afiqah merupakan seorang pelajar tahun 3 yang bersekolah di SK Pinang, Sarawak. Afiqah merupakan salah seorang ahli PEDi yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Pinang. Afiqah juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas PEDi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum berkunjung ke PEDi Kg Pinang, pengetahuan Afiqah dalam bidang ICT amat lemah. Afiqah tidak begitu mahir menggunakan komputer serta perisian yang terdapat pada komputer. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, Afiqah mengalami kesukaran untuk mencari bahan ilmiah untuk aktiviti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke PEDi Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas PEDi untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Afiqah setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PEDi iaitu Afiqah kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Antara program yang Afiqah sertai di PEDi ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer,, E-pembelajaran dan lain-lain lagi. Oleh itu, beliau sering diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi dalam bidang akademik melalui kelas E-pembelajaran, carian maklumat secara berhemah. Kini, Afiqah merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di PEDi selain menghadiri kelas ICT yang dikendalikan oleh petugas di PEDi. Afiqah juga sering berkunjung ke PEDi untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PEDi. Contohnya, program Hari Malaysia 2020, Program Advokasi, serta pelbagai program lain yang dianjurkan oleh PEDi Kg Pinang. Afiqah menyertai pertandingan dalam program tersebut.