CELIK IT – NUR AZLIN BINTI WAHED
BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER
Nama |
: Nur Azlin Binti Wahid |
Umur |
: 19 tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Nur Azlin merupakan seorang pelajar lepasan sekolah yang pada masa ini sedang menunggu tawaran pekerjaan. Nur Azlin kerap berkunjung di Pusat Internet bersama sahabatnya sejak beliau dibangku sekolah lagi untuk menggunakan perkhidmatan internet mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di Pusat Internet. Nur Azlin juga kerap menghadiri program, bengkel dan kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang, Nur Azlin dapat mencari maklumat untuk mencari pekerjaan memandangkan beliau kini sedang mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakkan akademiknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Kg Pinang, pengetahuan Nur Azlin dalam bidang ICT amat cetek. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer dan sering dibuli oleh rakan sekolah kerana tidak mahir menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet. Kini, beliau mengalami kesukaran untuk mengisi jawatan kosong, membuat resume yang harus dilakukan beliau secara online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu Nur Azlin untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT serta dia telah mendapat banyak pengalaman melalui aktiviti yang disertai di Pusat Internet. Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Nur Azlin setelah mengikuti beberapa kelas ICT secara online dengan petugas Pusat Internet iaitu Nur Azlin kini sudah mahir menggunakan komputer dirumah dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat untuk mengisi jawatan kosong secara online seperti portal SPA, Job Malaysia & sebagainya. Selain itu, Nur Azlin kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat resume untuk dihantar melalui emel dan portal kepada agensi pencari pekerja melalui online. Selain itu, beliau turut menyertai pelbagai program yang dianjurkan di Pusat Internet iaitu Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer, Program Youtube dan lain-lain lagi. Kini, Nur Azlin menjadi seorang yang berkeyakinan diri kerana tahap pngetahuan ICT semakin baik dan mampu berdikari menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang.