BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER

Nama

: NUR WAHIDAH BINTI MUHAMMAD

Umur

: 14 tahun

Ahli

: 2014    

 

Latar belakang

Nur Wahidah merupakan seorang pelajar tingkatan 2 yang bersekolah di SMK Kota Samarahan, Sarawak. Nur Wahidah kerap berkunjung di PI untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah untuk tujuan akademik. Kini, Nur Wahidah merupakan salah seorang ahli PI yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PI Kg Pinang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penubuhan PI Kg Pinang, pengetahuan Nur Wahidah mengenai bidang ICT amat lemah. Dia tidak tahu menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Nur Wahidah mengalami kesukaran untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru sekiranya melibatkan pencarian bahan akademik melalui internet. Nur Wahidah juga selalu bergantung dengan pertolongan orang lain untuk mencari bahan akademik melalui internet. Selain itu, sebelum mengaktifkan diri dan melibatkan diri dengan PI, Nur Wahidah juga sukar untuk mencari bahan akademik melalui internet kerana terpaksa pergi ke kafe siber yang terletak jauh dari kampungnya. Selain itu, beliau mengalami kesukaran untuk membuat tugasan dari sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan sukar mencetak nota yang diberikan oleh gurunya di sekolah. Hal ini kerana kemudahan komputer dan mesin pencetak dikampung tidak disediakan dan kafe siber yang terletak jauh dari kampungnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Nur Wahidah setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PI iaitu Nur Wahidah kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Selain itu, Nur Wahidah kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya disekolah. Nur Wahidah juga sering berkunjung ke PI Kg Pinang untuk mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI supaya dia semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office seperti membuat jadual,menaip dan sebagainya. Di samping itu, Nur Wahidah juga turut belajar menggunakan aplikasi paint dan Adobe Photoshop yang digunakan untuk mengedit dan membuat gambar dengan lebih cepat dan mudah. Kini, Nur Wahidah sudah mahir menggunakan aplikasi Adobe dan Paint kerana sering menyertai kelas yang dianjurkan oleh petugas PI. Kini, Nur Wahidah merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di PI selain menghadiri kelas ICT yang dikendalikan oleh petugas di PI. Nur Wahidah juga sering berkunjung ke PI untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PI. Contohnya, program Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan oleh PI Kg Pinang. Nur Wahidah menyertai pertandingan dalam program tersebut.