USAHAWAN YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN KIMPALAN

Nama

: HAMDIAH BINTI NASAR

Umur

: 42 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Puan Hamdiah merupakan seorang suri rumahtangga yang sangat aktif menjalankan perniagaan. Selain daripada menjual kerepek, beliau juga menjalankan perniagaan lain iaitu perniagaan servis kimpalan. Perniagaan ini telah dijalankan selama lebih 5 tahun namun masih kurang mendapat sambutan daripada pelanggan. Hal ini kerana beliau dan rakan kongsinya iaitu suami beliau sendiri kurang mempromosikan perniagaan kimpalan ini kerana tidak mahir mempromosikan perniagaan ini dilaman sosial untuk menambahkan pelanggan. Beliau ingin meluaskan perniagaannya dan menambahkan pendapatan dengan membuat promosi perniagaannya di media sosial iaitu ‘HAMIJA GLOBAL’.Untuk tujuan tersebut beliau telah berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk memohon bantuan petugas untuk membantu beliau mempromosikan perniagaannya di media sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Puan Hamdiah mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer untuk membuat promosi perniagaannya melalui media sosial walaupun pernah mempromosikan perniagaan menjual kerepeknya sebelum ini kerana berlainan servis.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang.Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, Latihan Keusahawanan, Dashboard Komuniti, Program Advokasi dan lain-lain yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat mempromosikan perniagaannya memandangkan Puan Hamdiah masih baru dalam bidang perniagaan kimpalan ini. Melalui pembelajaran melalui internet terutamanya Facebook dan Whatsapp, beliau mula belajar menggunakan media sosial seperti Facebook untuk tujuan perniagaan perkhidmatan kimpalannya. Pengetahuan dan kemahiran ICT beliau semakin baik dan ini telah memudahkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.