USAHAWAN KECIL MENJUAL PERLBAGAI BARANG PERNIAGAAN SECARA ONLINE.
Nama |
: RATINA BINTI ADENAN |
Umur |
: 23 tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Cik Ratina merupakan ahli pusat internet yang sudah lama menjadi ahli tetapi tidak aktif kerana terlalu sibuk dengan urusan lain.Cik Ratina juga bekas pelajar sekolah rendah di SK Pinang selama 6 tahun tetapi pada zaman itu, pelajar sekolah rendah tidak didedahkan tentang IT dan keusahawanan. Selain itu, Cik Ratina juga pernah bersekolah di SMK Kota Samarahan selama 5 tahun, hanya tingkatan 1 sahaja yang ada kelas IT itu pun hanya Asas IT. Kerana terlalu singkat sama dalam 1 tahun hanya beberapa jam dalam seminggu kelas IT Cik Ratina masih lagi belum mahir menggunakan Komputer.Akhir sekali, Cik Ratina berasa gembira Pusat Internet di bina di kawasan kampungnya dan mudah bagi dia untuk menimba ilmu tentang IT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Cik Ratina mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan Microsoft Office serta aplikasi perisian yang lain seperti penggunaan aplikasi Adobe Photoshop bahkan agak sukar beliau membuat kerja kursus dan mengulangkaji pelajaran pada zaman IPTA.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang.Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, Latihan Keusahawanan, Dashboard Komuniti, Program Advokasi, kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat halaman facebook untuk mempromosikan perniagaannya memandangkan Cik Ratina masih baru dalam bidang perniagaan.Melalui pembelajaran melalui internet terutamanya Facebook, Whatsapp dan Instagram, beliau mula belajar menggunakannya membuka page Facebook untuk tujuan mempromosikan koleksi pakaian wanita yangdijualnya.Pengetahuan dan kemahiran ICT beliau semakin baik dan ini telah memudahkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.