BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER
Nama |
: FARZILLA BINTI IBRAHIM |
Umur |
: 24 tahun |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Farzilla merupakan seorang suri rumah berusia 24 tahun yang telah tamat zaman sekolah di SMK Kota Samarahan,Sarawak pada tahun 2012. Farzilla kerap berkunjung di Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari Kerja Kosong secara Online di Pusat Internet. Kini, Farzilla merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kg Pinang. Farzilla juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan memudahkan farzilla lebih mahir menggunakan komputer.Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang, Farzilla dapat mencari maklumat dan kerja kosong pada masa sekarang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Kg Pinang, pengetahuan Farzilla dalam bidang ICT amat cetek. Farzilla yang sebelum ini tidak mahir dalam menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Farzilla mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan pada zmzn sekarang dengan menggunakan internet. Farzilla juga tiada siapa pun mahu mengajarnya untuk mencari pekerjaan pada zaman sekarang.Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang mahir menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu Fazilla untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT serta dia telah mendapat banyak pengalaman melalui aktiviti yang disertai di Pusat Internet. Fazilla banyak mendapat pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer.Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Fazilla setelah mengikuti beberapa kelas ICT di Pusat Internet iaitu Fazilla kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari kerja kosong. Selain itu, Fazilla kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat resume dan surat rasmi.Antara program yang Fazilla sertai di Pusat Internet ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer, dan lain-lain lagi. Oleh itu, beliau sering diberi tunjuk ajar oleh petugas Pusat Internet melalui Bengkel Microsoft word yang sering dikendalikan oleh petugas Pusat Internet.Di samping itu, Fazilla juga turut belajar menggunakan komputer ataupun laptop yang digunakan untuk resume dan surat dengan lebih cepat dan mudah. Kini,Fazilla sudah mahir menggunakan kamputer kerana sering menyertai kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet.Kini, Fazilla merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di Pusat Internet selain menghadiri kelas ICT yang dikendalikan oleh petugas di Pusat Internet. Fazilla juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Contohnya, program Hari Dashboard Komuniti, Program Klik Dengan Bijak, serta pelbagai program lain yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Pinang. Kini, Fazilla mempunyai pengetahuan ICT yang semakin baik dan mampu berdikari menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang.