USAHAWAN KECIL MENJUAL MAKEUP JENAMA SEPHORA

Nama

: Nurhazaliana Binti Merikan

Umur

: 16 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Cik Nurhazliana merupakan seorang pelajar  yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan makeup secara kecil-kecilan. Beliau memulakan perniagaan atas talian dengan menjadi agen jualan (Dropship). Beliau ingin menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini. Beliau mendapat maklumat mengenai PI dan ahli keluarga  bahawa PI sering mengadakan kelas berkaitan mengenai ICT dan beliau ingin mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Cik Nurhazliana mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan Microsoft office dan aplikasi perisian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

PI Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di PI Kg Pinang. Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di PI Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator yang dijalankan oleh petugas PI Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat sticker untuk diletakkan pada kotak kek dan  membuat logo perniagaannya sendiri. Melalui internet terutamanya Facebook, Whatsapp dan Instagram, beliau mula belajar menggunakannya membuka page Facebook untuk tujuan mempromosikan kek nya. Pengetahuan dan kemahiran ICT beliau semakin baik dan ini telah memudahkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.