BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER
Nama |
: SANSRIHAZNIE BT SUHAIMI |
Umur |
: 11 tahun |
Ahli |
: 2015 |
Latar belakang
Sansrihaznie merupakan seorang pelajar tahun 5 yang bersekolah di SK Pinang Samarahan, Sarawak. Sansrihaznie merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke PI untuk mengulangkaji pelajaran dan menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PI Kampung Pinang. Sansrihaznie kerap berkunjung di PI bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di PI. Kini, Sansrihaznie merupakan salah seorang ahli PI yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PI Kg Pinang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer dan sering dibuli oleh rakan sekolah kerana tidak mahir menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke PI Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas PI untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas PI. Selain itu, sebelum mengaktifkan diri dan melibatkan diri dengan PI, Sansrihaznie juga sukar untuk mencari bahan akademik melalui internet kerana terpaksa pergi ke kafe siber yang terletak jauh dari kampungnya. Selain itu, beliau mengalami kesukaran untuk membuat tugasan dari sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan sukar mencetak nota yang diberikan oleh gurunya di sekolah. Hal ini kerana kemudahan komputer dan mesin pencetak dikampung tidak disediakan dan kafe siber yang terletak jauh dari kampungnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Sansrihaznie setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PI iaitu Sansrihaznie kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Selain itu, Sansrihaznie kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya disekolah. Sansrihaznie juga sering berkunjung ke PI Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI supaya dia semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office seperti membuat jadual,menaip dan sebagainya. Antara program yang Sansrihaznie sertai di PI ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer,, E-pembelajaran dan lain-lain lagi. Oleh itu, beliau sering diberi tunjuk ajar oleh petugas PI dalam bidang akademik melalui kelas E-pembelajaran, carian maklumat secara berhemah dan pemeriksaan keputusan peperiksaan melalui Bengkel SAPS yang sering dikendalikan oleh petugas PI. Di samping itu, Sansrihaznie juga turut belajar menggunakan aplikasi paint dan Adobe Photoshop yang digunakan untuk mengedit dan membuat gambar dengan lebih cepat dan mudah. Kini, Sansrihaznie sudah mahir menggunakan aplikasi Adobe dan Paint kerana sering menyertai kelas yang dianjurkan oleh petugas PI. Kini, Sansrihaznie merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di PI selain menghadiri kelas ICT yang dikendalikan oleh petugas di PI. Sansrihaznie juga sering berkunjung ke PI untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PI. Contohnya, program Hari Dashboard Komuniti, Program Klik Dengan Bijak, serta pelbagai program lain yang dianjurkan oleh PI Kg Pinang