BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER
Nama |
: NURHAFIZAH BINTI MERIKAN |
Umur |
: 13 tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Nurhafizah merupakan seorang pelajar tingkatan 1 yang bersekolah di SMK Kota Samarahan, Sarawak. Nurhafizah merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke PI untuk mengulangkaji pelajaran dan menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PI Kampung Pinang. Nurhafizah kerap berkunjung di PI bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah untuk tujuan akademik. Kini, Nurhafizah merupakan salah seorang ahli PI yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PI Kg Pinang. Nurhafizah juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas PI untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penubuhan PI Kg Pinang, pengetahuan Nurhafizah dalam bidang ICT amat lemah. Nurhafizah yang sebelum ini tidak tahu menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Nurhafizah mengalami kesukaran untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru sekiranya melibatkan pencarian bahan akademik melalui internet. Nurhafizah juga selalu bergantung dengan pertolongan orang lain untuk mencari bahan akademik melalui internet. Oleh kerana tidak tahu cara menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke PI Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas PI untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
PI Kg Pinang telah banyak membantu Nurhafizah untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT serta dia telah mendapat banyak pengalaman melalui aktiviti yang disertai di PI. Nurhafizah banyak mendapat pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PI terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer. Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Nurhafizah setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PI iaitu Nurhafizah kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Selain itu, Nurhafizah kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya disekolah. Nurhafizah juga sering berkunjung ke PI Kg Pinang untuk mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI supaya dia semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office seperti membuat jadual,menaip dan sebagainya. Beliau kini juga sedang membuat kerja kursus seni yang diberikan oleh gurunya dan sering mendapat tunjuk ajar oleh petugas PI walaupun sudah mahir dalam menggunakan Microsoft Word.