USAHAWAN KECIL HAI - O
Nama |
: PUAN DAYANG REJENI BT AWANG SEBI |
Umur |
: 39 tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Puan Dayang merupakan seorang pembantu tadbir di SK Pinang yang sangat aktif menjalankan perniagaan. Meskipun mempunyai pekerjaan tetap, beliau masih bergiat aktif untuk menjalankan perniagaan atas minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan. Beliau menceburi dunia perniagaan dan keusahawanan melalui galakkan rakan-rakan beliau iaitu perniagaan menjual produk Hai-O. Produk Hai-O yang beliau pasarkan ialah produk kecantikan, kesihatan, dan kewanitaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Puan Dayang mengenali PI, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT lemah. Meskipun kebanyakkan masa beliau dihabiskan di pejabat, beliau tidak begitu mahir menggunakan Microsoft Office, penggunaan aplikasi Adobe Photoshop, dan kemudahan internet seperti pencarian maklumat, laman sosial dan sebagainya. Selain itu, beliau kurang didedahkan kepada pengetahuan ICT dan pengetahuan tentang asas dalam memulakan perniagaan beliau amat kurang. Hal ini menyebabkan perniagaan beliau kurang mendapat sambutan walaupun beliau sudahpun mempromosi produk Hai-O beliau di laman sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
PI Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan menggunakan kemudahan internet di PI Kg Pinang. Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di PI Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator yang dijalankan oleh petugas PI Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara mempromosikan barangan jualan beliau dengan lebih berkesan untuk mendapatkan tarikan kepada para pelanggan.Melalui internet terutamanya Facebook, Whatsapp dan WeChat, beliau mula belajar menggunakannya membuka page Facebook untuk tujuan mempromosikan produk jualan beliau dengan lebih baik. Selain itu, setelah mempromosikan perniagaannya di Facebook, jualan produk kesihatan dan kecantikan beliau telah meningkat kerana menerima tempahan yang berlipat kali ganda dari pelanggan berbanding sebelum ini . Perniagaannya telah memdapat sambutan yang amat positif kerana strategi promosi dan iklan di Facebook sangat meyakinkan pelanggan.