BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER

Nama

: Aina Zahidah Binti Sabehat

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Aina Zahidah merupakan seorang pelajar tingkatan 1 yang bersekolah di SMK Kota Samarahan, Sarawak. Aina Zahidah merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke Pusat Internet bersama-sama rakannya untuk melayari internet. Memandangkan persekolahan sudah bermula, Aina Zahidah kerap berkunjung di Pusat Internet bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di Pusat Internet. Kini, Aina Zahidah merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kg Pinang. Aina Zahidah juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Kg Pinang, pengetahuan Aina Zahidah dalam bidang ICT amat lemah. Aina Zahidah yang sebelum ini tidak mahir dalam menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Aina Zahidah mengalami kesukaran untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru sekiranya melibatkan pencarian bahan akademik melalui internet. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer dan sering dibuli oleh rakan sekolah kerana tidak mahir menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet. Selain itu, beliau mengalami kesukaran untuk membuat tugasan dari sekolah yang melibatkan penggunaan komputer dan sukar mencetak nota yang diberikan oleh gurunya di sekolah. Hal ini kerana kemudahan komputer dan mesin pencetak dikampung tidak disediakan dan kafe siber yang terletak jauh dari kampungnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sepanjang mengikuti kelas, latihan & program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Pinang, Aina Zahidah banyak mendapat pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer. Selain itu, Aina Zahidah kini turut belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya disekolah. Aina Zahidah juga sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet supaya dia semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office seperti membuat jadual,menaip dan sebagainya. Antara program yang Aina Zahidah sertai di Pusat Internet ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer, E-pembelajaran dan lain-lain lagi. Oleh itu, beliau sering diberi tunjuk ajar oleh petugas Pusat Internet dalam bidang akademik melalui kelas E-pembelajaran, carian maklumat secara berhemah dan pemeriksaan keputusan peperiksaan melalui Bengkel SAPS yang sering dikendalikan oleh petugas Pusat Internet.