Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak telah membuka cawangan kedua UiTM Samarahan 2 di kawasan berdekatan Kampung Pinang, Samarahan, Sarawak. Kampus ini merupakan universiti yang paling dekat dengan kampong Pinang. Kampus itu mula beroperasi pada sesi Oktober 2013 yang dapat menempatkan kira-kira 4,000 orang pelajar baru, pelajar miskin dan anak yatim bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading. Menurut Pro Canselor UiTM, Tan Sri Nuraiza Abdul Hamid, sehingga semester September 2012, jumlah pelajar UiTM Sarawak dari Kampus Samarahan dan Kampus Mukah telah mencapai seramai 6,598 orang.

Berdasarkan pencapaian dan peningkatan yang amat memberangsangkan dari kesemua Fakulti, beliau yakin matlamat UiTM Sarawak untuk mencapai 10,000 orang pelajar menjelang tahun 2013 dapat direalisasikan. Tan Sri Nuraiza berkata, segala usaha yang dijalankan adalah sejajar dengan matlamat penubuhan asal UiTM iaitu menyediakan tempat bagi pelajar miskin dan anak yatim terutama dari luar bandar untuk melanjutkan pelajaran. Pelbagai usaha giat dijalankan melalui program ‘Mengubah Destinisi Anak Bangsa’ dari kalangan orang susah untuk memasuki program pra-diploma dan asasi sains yang akan dibiayai perbelanjaan sepenuhnya melalui dana khas yang disediakan kerajaan.   

Kini UiTM membuka kampus baru berikutan peningkatan pelajar terlalu ramai. Lokasinya terletak tidak jauh dari kampus pertama. Kampus 2 siap dibina pada taun 2013 berkeluasan 357 hektar. Kemudahan yang disedaikan di kampus 2 ialah blok pentadbiran, blok akademik, perpustakaan, surau, pusat pelajar, asrama, dewan makan, pusat ultiliti dan post pengawal. Pengajian yang tedapat di kampus dua ialah kejuruteraan & senibina, sains sosial & kemanusiaan, sains gunaan, sains & teknologi dan ACIS

UiTM Kampus 1