KEUSAHAWANAN – ADHAR UBIN BRAHIM (2024/Q2)

USAHAWAN KEK LAPIS SARAWAK & MANISAN

Nama

: ADHAR BIN BRAHIM

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 2024


 

 

 

Latar belakang

En Adhar merupakan seorang usahawanan yang giat menjalankan perniagaan barang makan pelbagai jenis kek dan manisan yang dijual. Beliau memulakan perniagaannya atas minat yang mendalam dalam perniagaan secara atas talian disampingan dorongan keluarga, rakan-rakannya serta pelanggan dan perasaan ingin mencuba menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini. Oleh itu, beliau telah pergi ke NADI Kampung Pinang setelah mengetahui NADI ada menyediakan latihan dan bimbingan untuk golongan usahawan dan belia bagi meningkatkan pendapatan dan membantu didalam mengembangkan perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum En Adhar mengenali NADI, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT taraf biasa. Beliau tidak begitu mahir tentang kemahiran mempromosikan produk & menggunakan komputer/telefon untuk membuat promosi kek lapis Sarawak dan pelbagai jenis manisan yang lain melalui video promosi,poster jualan & lain-lain lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

NADI Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, perisian komputer yang lain dan menggunakan kemudahan internet di NADI Kg Pinang. Beliau juga telah menghadiri kelas yang dianjurkan di NADI Kg Pinang iaitu kelas tiktok,shoppe, Latihan Keusahawanan, Kelas Fotografi, Bengkel Microsft Office, aplikasi Canva dan lain-lain yang dijalankan oleh petugas NADI Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara mempromosikan produk ke halaman facebook, poster jualan, yang memudahkan urusan beliau untuk mengurus perniagaannya. Melalui tunjuk ajar petugas, En Adhar telah dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran ICT disamping kemahiran keusahawanan beliau menjalankan perniagaan dengan lebih lancar.