CELIK IT – AIDID MIRZAN BIN MUHD NIZAM (Q2,2024)
BELAJAR INTERNET, MENAIP, MULTIMEDIA & PERKAKASAN KOMPUTER
Nama |
: AIDID MIRZAN BIN MUHD NIZAM |
Umur |
: 11 TAHUN |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Aidid merupakan seorang pelajar tahun 5 yang bersekolah di SK Pinang, Sarawak. Aidid merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke NADI bersama-sama rakannya untuk melayari internet. Aidid kerap berkunjung di NADI bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di NADI. Kini, Aidid merupakan salah seorang ahli NADI yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di NADI Kg Pinang. Aidid juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas NADI untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah. Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh NADI Kampung Pinang, Aidid dapat mencari maklumat dan bahan untuk pembelajaran akademik dan lain-lain lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum berkunjung ke NADI Kg Pinang, pengetahuan Aidid dalam bidang ICT amat lemah. Aidid tidak begitu mahir menggunakan komputer serta perisian yang terdapat pada komputer.
Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, Aidid mengalami kesukaran untuk mencari bahan ilmiah untuk aktiviti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke NADI Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas NADI untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas NADI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
NADI Kampung Pinang telah banyak membantu Aidid untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh NADI terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer. Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Aidid setelah mengikuti beberapa kelas ICT di NADI iaitu Aidid kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Menurut Aidid juga, NADI juga menyediakan kemudahan fotostat, pencetakan, imbasan pencetak yang memudahkan Aidid untuk mencetak latihan yang telah dibuat kerana NADI Kg Pinang yang tidak terletak jauh dari rumahnya berbanding dengan kedai pencetak yang dikunjunginya sebelum ini yang terletak jauh dari rumahnya. Kini, Aidid menjadi seorang yang berkeyakinan diri kerana tahap pngetahuan ICT semakin baik dan mampu berdikari menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh NADI Kampung Pinang.