KEUSAHAWANAN – MAZIDAH BINTI MAZLAN (1) (2023)

USAHAWAN HANDBEG KRAFTANGAN

Nama

: MAZIDAH BINTI MAZLAN

Umur

: 64 tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Puan Mazidah merupakan seorang usahawanan yang giat menjalankan perniagaan Handbeg kraftangan. Beliau memulakan perniagaannya atas minat yang mendalam dalam bidang pembuatan handbeg kraftangan disampingan dorongan keluarga, rakan-rakannya serta pelanggan dan perasaan ingin mencuba menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini. Oleh itu, beliau telah pergi ke PEDi Kampung Pinang setelah mengetahui PEDi ada menyediakan latihan dan bimbingan untuk golongan usahawan dan belia bagi meningkatkan pendapatan dan membantu didalam mengembangkan perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum Puan Mazidah mengenali PEDi, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak begitu baik. Beliau tidak begitu mahir tentang kemahiran mempromosikan produk & menggunakan komputer/telefon untuk membuat promosi barang online video promosi,poster jualan & lain-lain lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, perisian komputer yang lain dan menggunakan kemudahan internet di PEDi Kg Pinang. Beliau juga telah menghadiri kelas yang dianjurkan di PEDi Kg Pinang iaitu kelas Website, Latihan Keusahawanan, Kelas Fotografi, Bengkel Microsft Office, aplikasi Canva dan lain-lain yang dijalankan oleh petugas PEDi Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara mempromosikan produk ke halaman facebook, membuat kertas keja, poster jualan, buku profile syarikat serta katalog kek yang memudahkan urusan beliau untuk mengurus perniagaannya. Melalui tunjuk ajar petugas, Puan Mazidah telah dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran ICT disamping kemahiran keusahawanan beliau menjalankan perniagaan dengan lebih lancar.