LAPORAN AKTIVITI MAC 2022

TARIKH : 04 MARCH 2022

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL WEBSITE : PENGENALAN KEMAHIRAN DIGITAL

Masa

: 9.00pagi – 1.00 petang

Lokasi

: PEDi KAMPUNG PINANG

Peserta

: 2 ORANG

Tujuan 

Tujuan aktiviti ini memberi kesedaran bahawa kemahiran digital ini sangat penting pada zaman sekarang dan akan datang.

Aktiviti

Penerangan kemahiran digital ini perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan kawasan luar bandar.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL ADVOKASI & KLIK DENGAN BIJAK : KESELAMATAN KOMPUTER ANDA

Masa

: 2.00 petang – 4.00 petang

Lokasi

: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL

Peserta

: 33 ORANG

Tujuan

Tujuan aktiviti ini memberi kesedaran kepada semua pentingnya melindungi komputer kerana sebahagian besar kehidupan kita beroperiasi di dunia siber mana semua data peribadi kita disimpan.

Aktiviti

Memberi penerangan dan membuat kuiz yang berkiatan dengan aktiviti ini. Keselamatan komputer sangat penting antara contoh komputer anda telah dicerobohi dan cara panduan keselamatan komputer kepada semua.

TARIKH: 06 MARCH 2022

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL LATIHAN KEUSAHAWAN : CARA MEMBUAT WHATSAPP BUSINESS

Masa

: 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi

: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL

Peserta

: 2 ORANG

Tujuan

Tujuan aktiviti ini untuk memberi penerangan apa itu whatsapp business kerana pada zaman sekarang ramai yang membuat business secara online.

Aktiviti

Petugas akan memberi tunjuk ajar cara install whatsapp business kepada para peserta. Adanya whatsapp business memudahkan segala urusan jual beli memlalui whatsapp business.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL ADVOKASI & KLIK DENGAN BIJAK : KATAKAN TIDAK UNTUK JENAYAH SIBER

Masa

: 2.00 petang – 4.00 petang

Lokasi

: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL

Peserta

: 32 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini untuk melindungi diri anda daripada terkena sasaran jenayah siber di internet.

Aktiviti

Pelbagai cara penjenayah siber pada zaman sekarang untuk mengambil kesempatan hak orang lain. Penipuan yang sering berlaku memlaui internet. Kita kena bijak sebelum mengambil tindakan.

TARIKH: 07 MARCH 2022

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MULTIMEDIA : MEWARNA WARNI

Masa

: 9.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL

Peserta

: 3 ORANG

Tujuan

Aktiviti mewarna komputer secara atas talian kerana untuk meningkatkan kemahiran komputer.

Aktiviti

Para peserta mewarna secara atas talian untuk melatih kemahiran mewarna menggunakan komputer. Aktiviti ini sangat menarik dan para peserta mewarna dengan bagus.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT WORD : ASAS MEMBUAT BANNER CALENDAR ANDA

Masa

: 11.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL

Peserta

: 3 ORANG

Tujuan

Aktitivi ini belajar membuat calendar yang menarik.

Aktiviti

Para peserta dapat memilih template calendar dan membuat calendar mengikut kreativiti masing-masing. Para peserta mengikut step yang telah diberi oleh petugas. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran komputer.

TARIKH : 12 MAC 2022

Program / Aktiviti / Kelas

: KEMPEN MOBILE E-WASTE

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: PEDi Kg Pinang & MEDIA SOSIAL PEDi Kg Pinang

Peserta

: 70 ORANG

Tujuan       

Kempen ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta kepentingan membuang & mengitar semula semua peranti mudah alih yang telah tamat jangka hayat secara selamat & mesra alam.

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat tentang cara membuang & mengitar semula peranti mudah alih serta petugas membuat demonstrasi cara mengitar semula ke tempat/kotak khas yang disediakan. Selain itu, petugas PEDi memperkenalkan website Mobile E-waste kepada para peserta yang mempunyai maklumat dan informasi mengenai kempen E- sisa yang boleh menyelamatkan bumi daripada tercemar. Kuiz Mobile E-Waste juga turut berlangsung untuk menguji kefahaman para peserta mengenai kempen ini.

Program / Aktiviti / Kelas

: KURSUS ASAS PENGENALAN KOMPUTER

(PERKAKASAN & PERISIAN)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 2 ORANG

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para peserta asas pengenalan perkakasan & perisian komputer.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang jenis-jenis perkakasan & perisian komputer melalui tayangan slide & video iaitu jenis komputer serta fungsi komputer. Kemudian petugas mengadakan kuiz bertulis untuk menguji kefahaman peserta tentang perkakasan komputer.

Program / Aktiviti / Kelas

: KURSUS MICROSOFT OFFICE SIRI 1 (MICROSOFT

WORD)

Masa

: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 2 ORANG

Tujuan

Melatih peserta menggunakan perisian Microsoft Ofice untuk menghasilkan format lembaran kerja yang berkaitan serta memberi bimbingan kepada para peserta menaip melalui perisian Microsoft Office mengikut format & tools yang sedia ada didalam perisian.

Aktiviti

Para peserta dilatih menggunakan perisian Microsoft Word dengan dibimbing menaip, diperkenalkan kepada para peserta cara menggunakan tetapan & tools yang terdapat dalam Microsoft Word. Peserta juga diberi bimbingan dan latihan berterusan untuk meningkatkan kemahiran & pengetahuan peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Word.

TARIKH: 13 MAC 2022

Program / Aktiviti / Kelas

: CERMAH & BENGKEL ADVOKASI : JENAYAH SIBER

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: PEDi Kg Pinang & MEDIA SOSIAL PEDi Kg Pinang

Peserta

: 80 ORANG

Tujuan

Bengkel ini yang diadakan bertujuan untuk meyampaikan maklumat dan kesedaran kepada komuniti setempat khususnya golongan pelajar sekolah berkaitan dengan kesalahan jenayah siber.

Aktiviti

Ceramah & Bengkel kesedaran dengan menyebarkan infografik di media sosial & tayangan slide mengenai jenis-jenis jenayah siber kepada para peserta. Antara pengisian bengkel yang dikendalikan oleh petugas adalah pendedahan mengenai :

•        Scam

•        Cyber Grooming

•        Buli siber

•        Penipuan Kewangan

Petugas juga memberikan penerangan mengenai kesan negatif serta langkah pencegahan kepada para peserta untuk mengelakkan jenayah siber berlaku kepada para peserta. Selain itu, petugas juga menerangkan fungsi & peranan pihak berwajib seperti SKMM & pihak Polis untuk mengendalikan masalah jenayah siber.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL POWERPOINT : STORYBOARD

Masa

: 8.00pagi - 1.00petang

Lokasi

: PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberikan bimbingan & latihan kepada para peserta menggunakan Perisian Microsoft PowerPoint mengikut tools dan format yang terdapat dalam perisian

Aktiviti

Melalui aktiviti ini, para peserta didedahkan dengan cara membuat storyboard mengikut format yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada para peserta cara membuat slide, text box dan cara menghasilkan shape mengikut ribbon untuk menghasilkan bingkai storyboard.

TARIKH : 19 MAC 2022

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : BULI SIBER

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: PEDi Kg Pinang & M

Peserta

: 70 ORANG

Tujuan       

Memberikan pendedahan tentang buli siber serta memberi pendedahan tentang contoh buli siber serta kesan negatif buli siber.

Aktiviti

Melalui kempen ini, pengguna internet diberikan pendedahan dengan beberapa infografik bergambar & video yang berkaitan dengan salah satu jenayah siber yang sering terjadi di media sosial iaitu ‘buli siber’. Petugas memberikan pendedahan kepada pengguna maksud buli siber iaitu perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), mesej(chatting), e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Petugas juga memberikan pendedahan tentang kesan buli siber yang boleh mengancam kesihatan mental mangsa & kesan terhadap orang lain terutamanya kepada pengguna internet yang masih bawah umur yang menyaksikan perkara ini diinternet yang boleh mendatangkan persepsi dan contoh yang tidak baik kepada mereka.

Program / Aktiviti / Kelas

: KURSUS MICROSOFT OFFICE SIRI 2 (MICROSOFT

  POWERPOINT)

Masa

: 8.00 pagi -1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Memberikan bimbingan & latihan kepada para peserta menggunakan Perisian Microsoft PowerPoint mengikut tools dan format yang terdapat dalam perisian.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara membuat slide dan slide baru dengan tools yang terdapat pada ribbons Microsoft PowerPoint. Para peserta kemudiannya diberikan latihan dan tugasan untuk menyiapkan satu presentation slide untuk menguji pemahaman peserta melalui bengkel yang telah dijalankan.