LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2021
TARIKH : 04 DISEMBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL LATIHAN KEUSAHAWAN : MICROSOFT WORD (MEMBUAT KATALOG JUALAN) |
Masa |
: 9.00pagi – 11.00pagi |
Lokasi |
: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL |
Peserta |
: 3 ORANG |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dapat menarik minat para peserta membuat katalog produk mereka sendiri.
Aktiviti
Melatih para peserta membuat asas membuat katalog agar nampak lebih kemas.Dengan adanya aktiviti ini para peserta dapat berniaga secara atas talian dengan mudah dan menarik.Katalog lebih nampak menarik minat pembeli dan juga dapat meningkatkan pendapatan usahawan.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL TMK : APA ITU JENDELA? |
Masa |
: 11.00pagi – 1.00petang |
Lokasi |
: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL |
Peserta |
: 5 ORANG |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini untuk memperkenalkan jendela kepada semua komuniti bahawa pada zaman sekarang adalah zaman jalinan digital negara.
Aktiviti
Memperkenalkan jendela kepada semua orang tentang kegunaan jendela mobile app. Banyak kemudahan yang ada di dalam jendela.Para peserta mempunyai ilmu pengetahuan dan isu semasa dengan zaman digital pada masa sekarang.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL ADVOKASI & KLIK DENGAN BIJAK : MENDIDIK ANAK DENGAN BIJAK |
Masa |
: 2.00petang 4.00petang |
Lokasi |
: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL |
Peserta |
: 20 ORANG |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini memberi kesedaran kepada semua terutama ibu bapa bahawa kanak-kanak terdedah kepada bahaya di dalam dunia siber.
Aktiviti
Tayangan video di laman sosial agar lebih mudah untuk difahami oleh semua golongan dan mendapat ilmu pengetahuan mendidik anak dengan bijak.Aktiviti ini membantu ibu bapa untuk memerhati anak-anak agar tidak terdedah dengan bahayanya internet pada zaman sekarang.
TARIKH: 08 DISEMBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL TMK : CARA MEMOHON KERJA KERAJAAN MELALUI SISTEM SPA9 |
Masa |
: 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL |
Peserta |
: 2 ORANG |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini untuk membantu semua orang yang belum ada pekerjaan.
Aktiviti
Aktiviti ini dapat membantu semua orang untuk mengisi spa secara atas talian.Zaman yang semakin maju masih ramai lagi orang yang ingin mencari pekerjaan tetapi tidak mahir dengan pengurusan daftar dan kemaskini data di laman spa. Adanya tayangan video dapat membantu semua golongan yang masih mencari kerja dan mudah utuk berurusan.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL ADVOKASI : MAKLUMAT PALSU |
Masa |
: 11.00pagi-1.00petang |
Lokasi |
: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL |
Peserta |
: 18 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini untuk melindungi daripada mudah tertipu dengan maklumat palsu pada zaman sekarang.
Aktiviti
Dapat melindungi semua orang daripada tertipu dengan maklumat palsu pada zaman sekarang.Maklumat palsu akan diguna oleh penyalahguna internet kerana mereka akan mengambil kesempatan kepada masyarakat yang lalui dalam berurusan diatas talian. Disebebkan itu juga pentingnya aktiviti ini sentiasa dipromosikan kepada semua agar lebih berhati-hati.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL TMK : APA ITU BKM (BANTUAN KELUARGA MALAYSIA) |
Masa |
: 2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi |
: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan ini untuk mempekenalkan BKM yang akan datang pada tahun hadapan.
Aktiviti
Mengkongsikan tayangan video yang berkaitan dengan bantuan BKM pada tahun hadapan. Pentingnya ilmu pengetahuan isu semasa kerana pada zaman sekarang masih ramai lagi insan yang tidak berkemampuan. Adanya website untuk memohon bantuan dapat meringankan beban rakyat.
TARIKH : 11 DISEMBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (KEBAIKAN & KEBURUKAN INTERNET) |
Masa |
: 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: PEDi Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 ORANG |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi ceramah kesedaran tentang penggunaan internet yang berkaitan dengan kebaikan dan keburukan internet
Aktiviti
Para peserta didedahkan dengan penerangan mengenai maksud internet & kegunaan internet yang merangkumi kegunaan didalam media komunikasi, pertukaran media & akses kepada internet melalui tayangan video. Selain itu, petugas turut memberi penerangan kepada para peserta tentang kebaikan pengguna internet & keburukan internet yang memberi pelbagai kesan kepada pengguna internet. Disamping itu, peserta turut menyertai kuiz kebaikan & keburukkan penggunaan internet untuk menguji pemahaman peserta terhadap penggunaan internet.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL & CERAMAH DASHBORD KOMUNITI (MY SHOP) |
Masa |
: 11.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi |
: PEDi Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 ORANG |
Tujuan
Bengkel & ceramah ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai aplikasi Dashboard Komuniti yang telah dilancarkan oleh PEDi diseluruh Malaysia bagi memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi penduduk setempat.
Aktiviti
Petugas memperkenalkan modul My Shop kepada peserta yang terdapat aplikasi Dashboard Komuniti supaya aplikasi ini dapat digunakan oleh komuniti setempat khususnya kepada golongan usahawan. Melalui aplikasi ini, komuniti/ usahawan dapat mempromosikan produk/perkhidmatan mereka melalui akaun Dashboard Komuniti masing-masing melalui tunjuk ajar para petugas pusat internet.
Program / Aktiviti / Kelas |
: ONLINE COLOURING |
Masa |
: 2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 ORANG |
Tujuan
Mendedahkan kepada para peserta tentang aplikasi laman web yang melibatkan aktiviti mewarna secara digital.
Aktiviti
Petugas melatih para peserta mewarna melalui aplikasi di dalam laman web. Peserta diberi latihan mewarna melalui pelbagai bentuk & imej.
TARIKH: 12 DISEMBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD (TABLE) |
Masa |
: 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: PEDi Kampung Pinang |
Peserta |
: 2 ORANG |
Tujuan
Memberi bengkel & latihan kepada para peserta untuk meningkatkan kemahiran menggunakan Perisian Microsoft Office.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang fungsi Tools di dalam Microsoft Word. Selain itu, para peserta juga diberi latihan untuk membuat jadual dan mengisi data-data didalam jadual. Para peserta juga diberi latihan membuat jadual mengikut arahan & data yang telah diberikan.
Program / Aktiviti / Kelas |
: E-PEMBELAJARAN (KUIZ PERIBAHASA) |
Masa |
: 11.00 pagi-1.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kampung Pinang |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Memberi latihan & aktiviti pembelajaran secara atas talian kepada para peserta yang berkaitan dengan kuiz iaitu ‘Kuiz Peribahasa’.
Aktiviti
i. Petugas memperkenalkan kepada para peserta aktiviti kuiz atas talian yang melibatkan aktiviti pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu iaitu kuiz peribahasa.
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG) |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kampung Pinang |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Menjalankan kempen kesedaran penggunaan internet iaitu ‘Kempen Kebebasan Besuara Bukan Kebebasan Berbohong’.
Aktiviti
i. Melalui kempen ini, para peserta didedahkan dengan hak kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat Malaysia. Para peserta juga di dedahkan dengan lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu:
a. Beringat bila bercakap
b. Bercakap benar
c. Bijak menilai
d. Luahkan pendapat berdasarkan fakta
e. Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian
TARIKH: 20 DISEMBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: TABUNG HAJI ONLINE BANKING |
Masa |
: 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL |
Peserta |
: 2 ORANG |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini untuk memudahakan menyimpan dan menyemak simpanan secara online.
Aktiviti
Tayangan video cara mempunyai THijari di laman sosial agar lebih mudah untuk semua orang merujuk.Zaman sekarang semuanya di hujung jari adanya aplikasi ini bukan sahaja memudahkan urusan tetapi dapat membantu kita untuk lebih bijak menyimpan duit simpanan dan dapat pergi haji pada masa akan datang.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL ADVOKASI : KAWALAN KENDIRI |
Masa |
: 11.30 pagi –12.30 tengahari |
Lokasi |
: PUSAT INTERNET KOMUNITI KAMPUNG PINANG |
Peserta |
: 15 ORANG |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini untuk memberi kesedaran kepada semua pentingnya berfikir sebelum bertindak.
Aktiviti
Mempromosikan dilaman sosial tentang kawal kendiri kerana di media sosial lebih mudah untuk semua orang mengikuti kawalan kendiri ketika di media sosial.Adanya sikap kawalan kendiri dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara baik dan bijak dalam menyelesaikan masalah.