LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2021

TARIKH : 06 NOVEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL LATIHAN KEUSAHAWAN : LAMAN SOSIAL (FACEBOOK PAGES)

Masa

: 9.00pagi – 11.00pagi

Lokasi

: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL

Peserta

: 2 ORANG

Tujuan

Tujuan aktiviti ini memberi pendedahan kepada usahawan tentang cara membina ayat untuk mempromosi produk perniagaan mereka di dalam laman sosial seperti facebook dan instagram.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang pentingnya facebook pages pada zaman sekarang. Adanya facebook pages dapat membantu usahawan untuk berniaga secara atas talian dan mudah dikenali oleh semua orang.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL ADVOKASI & KLIK DENGAN BIJAK : JENAYAH SIBER

Masa

: 11.00pagi – 1.00petang

Lokasi

: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL

Peserta

: 16 ORANG

Tujuan

Tujuan aktiviti ini menyedarkan jenayah siber secara amnya merujuk kepada aktiviti jenayah berkaitan teknologi dan komputer yang dihubungi kepada internet.

Aktiviti

Petugas akan memberi penerangan dan tayangan video di laman sosial agar lebih mudah orang melihat dan memahami tentang jenayah siber yang pelbagai cara pada zaman sekarang. Dapat melindungi kita semua dari ancaman jenayah siber dan hidup akan aman damai.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL CANVA : STORY INSTAGRAM

Masa

: 2.00petang 4.00petang

Lokasi

: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL

Peserta

: 2 ORANG

Tujuan

Tujuan aktiviti memberi pendedahan kepada para peserta cara menyuting imej dengan betul menggunakan website canva.

Aktiviti

Bengkel ini dapat menarik minat para peserta untuk mengikuti aktiviti ini kerana poster yang menarik di laman sosial ramai orang guna pada zaman sekarang.Poster yang menarik dapat meningkatkan lagi keyakian pada diri sendiri agar lebih menarik di laman sosial.

TARIKH: 10 NOVEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL ADVOKASI : E-WASTE

Masa

: 9.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL

Peserta

: 20 ORANG

Tujuan

Tujuan aktiviti menerangkan tentang kebaikan mobile e-waste yang perlu ada pada setiap pengguna barangan elektronik.

Aktiviti

Petugas akan memberi nota ringkas dan tayangan video kepada semua. Pentingnya menjaga alam sekitar dengan baik. Sikap bertanggungjawab yang baik sekiranya kita semua mengamalkan e-waste dan ekonomi Negara akan jadi lebih baik.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL TMK : CARA MENJAGA KOMPUTER DENGAN BAIK

Masa

: 11.00pagi-1.00petang

Lokasi

: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini untuk menggelakan berlakunya kerosakan komputer.

Aktiviti

Petugas akan memberi penerangan kepada semua dan banyak fakta yang dapat membantu kita semua untuk menjaga komputer dengan baik.Sekiranya kita menjaga computer dengan baik dapat menjimatkan lagi kos sekiranya jangka hayat barang anda baik.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL TMK : JOM KITA KEKAL SIHAT

Masa

: 2.00 petang – 4.00 petang

Lokasi

: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini untuk meningkatkan lagi semangat untuk menjaga kesihatan kita pada zaman sekarang.

Aktiviti

Petugas akan memberi tahu bahawa menjaga kesihatan sangat penting dari segi permakanan, kebersihatan, kesihatan emosi. Kesihatan hendaklah dijaga tidak mengira umur kerana apabila kita sihat semua urusan akan jadi lebih mudah dan baik.

TARIKH: 13 NOVEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MY SALAM

Masa

: 9.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta untuk mengisi bantuan Mysalam Covid bagi yang telah menjalani kuarantin

Aktiviti

Melalui bengkel ini, petugas memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada peserta yang ingin memohon bantuan Mysalam yang menuntut bantuan tuntutan covid yang terjejas pendapatan setelah dikuarantin. Petugas membantu peserta untuk menyemak kelayakan bantuan serta memberi tunjuk ajar kepada peserta cara mendaftar akaun Mysalam. Seterusnya peserta didedahkan dengan cara memohon tuntutan covid dengan menunjukkan syarat tuntutan, cara menuntut bantuan, jumlah bantuan serta memberi bantuan memuat naik semua dokumen yang diperlukan untuk dihantar & dimasukkan kedalam sistem Mysalam.

                       

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL E-KASIH

Masa

: 11.00 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi

: PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta untuk mengisi dan menyemak bantuan melalui portal laman web E-Kasih.

Aktiviti

Melalui bengkel ini, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta yang ingin memohon bantuan E-Kasih secara online. Petugas juga memberi penerangan kepada peserta tentang langkah demi langkah permohonan bantuan ini & menerangkan syarat dan kriteria pemohon bantuan E-Kasih.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (KEBEBASAN BERSUARA BUKAN

   KEBEBASAN BERBOHONG)

Masa

: 2.00 petang – 3.00 petang

Lokasi

: PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Menjalankan kempen kesedaran penggunaan internet iaitu ‘Kempen Kebebasan Besuara Bukan Kebebasan Berbohong’ unutk memberi kesedaran kepada para peserta.

Aktiviti

Melalui kempen ini, para peserta didedahkan dengan hak kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat Malaysia. Para peserta juga di dedahkan dengan lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu:

•        Beringat bila bercakap

•        Bercakap benar

•        Bijak menilai

•        Luahkan pendapat berdasarkan fakta

•        Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian

TARIKH: 14 NOVEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: ASAS LATIHAN MICROSOFT WORD

Masa

: 9.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberi bengkel & latihan kepada para peserta untuk meningkatkan kemahiran menggunakan Perisian Microsoft Office.

Aktiviti

Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan dengan cara meletakkan gambar di lembaran Microsoft Office Word. Selain itu, petugas juga turut memberi penerangan tentang fungsi tab-tab & ribbon yang berkaitan dengan fungsi menyunting gambar supaya gambar dapat disunting mengikut format yang dimahukan oleh peserta. Para peserta juga diberi latihan meletakkan gambar mengikut arahan yang telah diberikan.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (KENALI RAKAN ANDA DI FACEBOOK)

Masa

: 11.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Bengkel advokasi yang diadakan ini bertujuan untuk menerangkan tentang keselamatan diri semasa di media sosial melalui pengenalan terhadap kenalan dimedia sosial.

Aktiviti

Petugas memberi ceramah berkenaan dengan tips untuk mengenali rakan kenalan di media sosial iaitu tips berkenalan dengan rakan - rakan baru di Facebook. Melalui ceramah ini, peserta diberikan tips supaya berhati-hati dengan kenalan yang tidak dikenali diintenet supaya tidak menjadi mangsa jenayah-jenayah siber yang sering berlaku pada masa kini. Selain itu, permainan kuiz secara online juga diadakan berkenaan dengan kempen ini secara individu oleh peserta. Para peserta diminta menjawab kuiz mengikut masa yang diberikan melalui website Wordwall.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL YAYASAN SARAWAK

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu peserta untuk membuat permohonan mendapatkan bantuan pembiayaan pendidikan melalui Bantuan Yayasan Sarawak.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan pendaftaran permohonan bantuan kepada pihak Yayasan Sarawak secara online untuk permohonan bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu petugas turut membantu para peserta mengisi maklumat peribadi serta data-data penting kedalam sistem permohonan bantuan Yayasan Sarawak.     

TARIKH: 20 NOVEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT WORD : EDIT GAMBAR

Masa

: 9.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: PUSAT INTERNET & MEDIA SOSIAL

Peserta

:2 ORANG

Tujuan

Tujuan aktiviti ini untuk mengajar para peserta cara edit gambar menggunakan Microsoft word.

Aktiviti

Petugas akan memberi tahu cara edit gambar dengan mudah.Para peserta dapat edit gambar sendiri mengikut tunjuk ajar oleh para petugas PIK. Adanya aktiviti ini dapat meningkatkan lagi kemahiran ICT kepada para peserta.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL ADVOKASI : KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG

Masa

: 11.30 pagi –12.30 tengahari

Lokasi

: PUSAT INTERNET KOMUNITI KAMPUNG PINANG

Peserta

: 10 ORANG

Tujuan

Tujuan aktiviti ini untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet.

Aktiviti

Petugas akan memberi penerangan dan tayangan video agar lebih mudah difahami dan sentiasa beringat tentang nilai-nilai positif. Dalam kehidupan seharian mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab dan membuktikan sikap yang baik kepada semua orang.

TARIKH: 21 NOVEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: E-PEMBELAJARAN (KUIZ KESIHATAN)

Masa

: 9.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan kuiz ini dijalankan adalah bertujuan untuk menambah pengetahuan para peserta tentang kesihatan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan kesihatan manusia seperti kesihatan jasmani & rohani

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menjawab kuiz kesihatan secara online dan kemudian para peserta dikehendaki diminta menjawab kesemua soalan kuiz yang dipaparkan dengan betul dan pantas. Kuiz ini meliputi tentang kesihatan manusia, cara menjaga kesihatan tubuh badan, sukan & kesihatan mental dan langkah-langkah mengatasi penyakit berjangkit yang membawa kesan negatif pada kesihatan tubuh manusia.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL DASHBOARD (MY PLACE)

Masa

: 11.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang fungsi dan kelebihan aplikasi Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti serta modul My Place yang mempunyai fungsi untuk menandakan tempat-tempat yang terdapat pada MAPS di dalam My Place

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (MACAU SCAM)

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: PEDi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberi ceramah berbentuk kesedaran kepada para peserta untuk menggelakkan diri daripada melibatkan diri dengan jenayah siber iaitu ‘Macau Scam’

Aktiviti

Petugas memberi ceramah berbentuk tayangan video iaitu berkaitan dengan ‘Macau Scam’ serta menerangkan kepada para peserta mengenai kelebihan dalam menggunakan internet ke arah positif untuk mengelakkan penggunaan internet secara tidak sihat.