LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2021
TARIKH : 2 OKTOBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL ADVOKASI : PERMAINAN DALAM TALIAN |
Masa |
: 9.00pagi – 11.00pagi |
Lokasi |
: KELAS ONLINE (MEDIA SOSIAL) |
Peserta |
: 35 ORANG |
Tujuan
Permainan dalam talian mampu menarik minat orang ramai supaya lebih celik ICT dan mampu mengubah gaya hidup secara tidak langsung.
Aktiviti
Petugas memberi nota ringkas kepada para peserta tentang permainan dalam talian. Permainan dalam talian sememangnya boleh meningkatkan kecergasan minda. Meskipun bermain dalam talian boleh memuaskan semangat daya saing pemain, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan keseronokan bermain.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL ADVOKASI : OVERSHARING |
Masa |
: 11.00pagi – 1.00petang |
Lokasi |
: KELAS ONLINE (MEDIA SOSIAL) |
Peserta |
: 41 ORANG |
Tujuan
Bengkel advokasi oversharing adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek.
Aktiviti
Didikan sebegini juga mampu memberi ilmu pengetahuan kepada mereka terhadap gaya hidup digital. Tayangan video di laman sosial agar dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan tentang oversharing.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL E-PEMBELAJARAN : KUIZ ENGLISH |
Masa |
: 2.00petang 4.00petang |
Lokasi |
: PUSAT INTERNET & APLIKASI WHATSAPP |
Peserta |
: 2 ORANG |
Tujuan
Tujuan ini melatih para peserta untuk berbahasa English.
Aktiviti
Para peserta menyertai kuiz secara online.Adanya aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kemahiran bahasa English pada zaman sekarang. Bahasa English sangat penting dan perlu dipelajari dari awal.
TARIKH : 10 OKTOBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (TIDAK PASTI JANGAN KONGSI) |
Masa |
: 8.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi |
: Aplikasi Whatsapp & Facebook |
Peserta |
: 74 orang |
Tujuan
Bengkel diadakan bertujuan untuk memberikan perkongsian kepada para peserta apa itu kempen ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ serta memberi taklimat kesedaran kepada peserta tentang keburukan & langkah mengatasinya.
Aktiviti
Petugas memberikan ceramah berbentuk tayangan video & memberikan penerangan melalui tayangan slide kepada para peserta mengenai kempen ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’. Melalui ceramah ini, peserta diberikan perkongsian tentang keburukan melakukan perkongsian sesuatu berita/perihal di internet diantaranya ialah boleh mendatangkan fitnah. Selain itu, petugas juga memberi tips & penerangan cara mengelakkan gejala ini berlaku dengan mengamalkan :
• Kawal selia kendiri;
• Semak kesahihan sebelum berkongsi di laman web SEBENARNYA.MY;
• Bertanggungjawab terhadap apa jua yang dikongsikan diinternet
Petugas juga mengadakan aktiviti/permainan berbentuk kuiz kepada para peserta berkaitan dengan kempen ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ untuk menguji kefahaman para peserta supaya dapat mengelakkan diri daripada perkara ini.
Program / Aktiviti / Kelas |
: LATIHAN KEUSAHAWANAN (PERBANKAN DALAM TALIAN) |
Masa |
: 2.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Memberi bimbingan kepada peserta iaitu usahawan baru mendaftar perbankan secara online untuk urusniaga perniagaan.
Aktiviti
Melalui bengkel ini, peserta terlabih dahulu diberikan penerangan tentang ‘Perbankan Dalam Talian’ sebelum diberikan tunjuk ajar serta proses pendaftaran secara online. Para peserta didedahkan & diberikan definisi penerangan tentang kaedah perbankan berasaskan web iaitu yang membolehkan pelanggan bank menyelesaikan urus niaga bank mereka dan aktiviti berkaitan di laman web bank masing-masing.Peserta kemudiannya diberikan latihan secara terus oleh petugas untuk mendaftarkan perbankan secara online melalui Bank Simpanan Nasional.
TARIKH: 16 OKTOBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL ADVOKASI : REPUTASI DIGITAL |
Masa |
: 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: KELAS ONLINE (MEDIA SOSIAL) |
Peserta |
: 28 ORANG |
Tujuan
Tujuan bengkel advokasi ini adalah cara mengenali sikap anda sebenar.
Aktiviti
Petugas akan berkongsi tayangan video reputasi digital di media sosial. Reputasi Digital adalah cara orang melihat anda berdasarkan apa yang anda pos/kongsi di atas talian termasuk entri blog, komentar, gambar dan profil rangkaian sosial. Ingat, Internet tidak lupa dan itulah pentingnya menjaga reputasi digital anda dengan baik.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL PERKAKASAN : PENGENALAN PERKAKASAN KOMPUTER |
Masa |
: 11.00pagi-1.00petang |
Lokasi |
: PUSAT INTERNET KOMUNITI KAMPUNG PINANG |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dapat meluaskan pengetahuan perkakasan komputer yang ada pada zaman sekarang.
Aktiviti
Adanya aktiviti ini dapat mengenali jenis-jenis perkakasan dan fungsi perkakasan tersebut.
TARIKH : 17 OKTOBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : BULI SIBER |
Masa |
: 8.00 pagi – 5 petang |
Lokasi |
: Aplikasi Whatsapp & Facebook |
Peserta |
: 71 orang |
Tujuan
Memberikan pendedahan tentang buli siber serta memberi pendedahan tentang contoh buli siber serta kesan negatif buli siber.
Aktiviti
Melalui bengkel ini, pengguna internet diberikan pendedahan dengan beberapa infografik bergambar & video yang berkaitan dengan salah satu jenayah siber yang sering terjadi di media sosial iaitu ‘buli siber’. Petugas memberikan pendedahan kepada pengguna maksud buli siber iaitu perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), mesej(chatting), e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Petugas juga memberikan pendedahan tentang kesan buli siber yang boleh mengancam kesihatan mental mangsa & kesan terhadap orang lain terutamanya kepada pengguna internet yang masih bawah umur yang menyaksikan perkara ini diinternet yang boleh mendatangkan persepsi dan contoh yang tidak baik kepada mereka Selain itu, kuiz secara online yang berkaitan dengan buli siber turut diadakan diaplikasi whatsapp bagi menguji pemahaman para peserta mengenai ancaman buli siber, kesan & cara mengelakkan perkara ini berlaku.
Program / Aktiviti / Kelas |
: LATIHAN KEUSAHAWANAN (KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN) |
Masa |
: 10.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Memberi bimbingan dan latihan kepada usahawan cara mengemaskini akaun perkeso secara online melalui website perkeso.
Aktiviti
Melalui latihan keusahawanan ini, peserta didedahkan cara mengemaskini semula maklumat majikan dan pekerja seperti rekod alamat, gaji, premis dan sebagainya.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD |
Masa |
: 2.00 petang - 5.00petang |
Lokasi |
: APLIKASI WHATSAPP |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Memberi latihan & bimbingan kepada para peserta pengetahuan, kemahiran dan kecekapan sehingga ke peringkat pertengahan kepada peserta menggunakan perisian MS Word.
Aktiviti
Melalui aktiviti ini, petugas memberi penerangan dan membimbing peserta dengan mengenal fungsi dan teknik di dalam lembaran word itu sendiri. Latihan praktikal turut dijalankan untuk memberikan pemahaman kepada peserta. Selain itu, petugas juga memberikan tunjuk ajar kepada para peserta untuk membuat kertas kerja yang perlu disiapkan oleh petugas untuk tujuan memohon sumbangan dengan tools & lembaran kerja yang ada pada MS Word.
TARIKH: 23 OKTOBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL ADVOKASI : KAWALAN KENDIRI |
Masa |
: 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: KELAS ONLINE (MEDIA SOSIAL) |
Peserta |
: 47 ORANG |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini untuk amalkan kawalan kendiri dimana juga anda berada.
Aktiviti
Petugas memberi nota ringkas dan tayangan video yang berkaitan agar lebih mudah untuk difahami oleh semua orang. Amat penting bagi pengguna Internet memastikan kandungan yang diperolehi dalam talian adalah wajar dan sah. Kandungan yang dicipta atau disebarkan mestilah benar dan boleh memberi manfaat kepada komuniti dalam talian dan masyarakat umum secara positif.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MULTIMEDIA : JOM MEWARNA |
Masa |
: 11.30 pagi –12.30 tengahari |
Lokasi |
: PUSAT INTERNET KOMUNITI KAMPUNG PINANG |
Peserta |
: 1 ORANG |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini untuk melatih para peserta mewarna menggunakan komputer.
Aktiviti
Petugas memberi link yang berkaitan dengan aktiviti mewarna secara online ini dapat memberi semangat kepada yang lain untuk belajar mewarna secara online.
TARIKH: 24 OKTOBER 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : KEMPEN KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG |
Masa |
: 8.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang, Facebook & Aplikasi Whatsapp |
Peserta |
: 80 orang |
Tujuan
Menjalankan kempen kesedaran penggunaan internet iaitu ‘Kempen Kebebasan Besuara Bukan Kebebasan Berbohong’ yang memberikan kesedaran kepada pengguna internet khususnya pengguna media sosial.
Aktiviti
Melalui kempen ini, para peserta didedahkan dengan hak kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat Malaysia. Para peserta juga di dedahkan dengan lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu:
• Beringat bila bercakap
• Bercakap benar
• Bijak menilai
• Luahkan pendapat berdasarkan fakta
• Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian
Selain itu, kuiz secara online iaitu ‘Kuiz Truth Campaign’ juga diadakan berkenaan dengan kempen yang disertai oleh peserta.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL DASHBOARD KOMUNITI : MUAT TURUN APLIKASI DASHBOARD |
Masa |
: 10.00 pagi – 1.00petang |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para peserta tentang aplikasi Dashboard Komuniti & muat turun aplikasi Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Melalui aktiviti ini, para peserta diberi penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti serta modul Dashboard Komuniti melalui google form yang diberikan melalui aplikasi Whatsapp iaitu :
• My Komuniti
• My Shop
• My Place
• My Health
• My Soal
Para peserta secara langsung membuka aplikasi Dashboard Komuniti melalui komputer & telefon pintar untuk mempelajari setiap fungsi modul yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Selain itu, para peserta juga diberikan kuiz untuk menguji tahap pemahaman para peserta tentang penggunaan aplikasi ini.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT EXCEL |
Masa |
: 2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi |
: PIK KAMPUNG PINANG |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Memberi latihan & bimbingan kepada para peserta pengetahuan, kemahiran dan kecekapan sehingga ke peringkat pertengahan kepada peserta menggunakan perisian MS Excel.
Aktiviti
Melalui aktiviti ini, petugas memberi penerangan dan membimbing peserta menggunakan formula & tools pada setiap tabs. Petugas juga memberikan tunjuk ajar dengan cara memberikan latihan kepada peserta seperti cara menginput serta memasukkan data ke dalam Microsoft Excel yang berbentuk jadual dan pengiraan.