LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2021

TARIKH : 02 SEPTEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (ONLINE GROOMING)

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: Aplikasi Whatsapp

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Bengkel Advokasi yang diadakan bertujuan untuk meyampaikan maklumat dan kesedaran kepada komuniti setempat tentang contoh,kesan & cara mengatasi online grooming khususnya golongan kanak-kanak dan remaja

Aktiviti

Melalui bengkel ini, petugas memberi ceramah kesedaran dengan tayangan slide bertajuk ‘ONLINE GROOMING’ atau Antun Seksual dalam talian iaitu tentang keburukan serta kesan buruk ‘online grooming’ yang boleh menjejaskan kesihatan mental & fizikal kepada mangsa secara online melalui aplikasi Whatsapp. Selain itu, petugas juga turut memberikan tips & cara mengatasi jenayah ‘Online Grooming’ pengguna media sosial dapat membuat persediaan untuk perhadapan dengan predator seks di media sosial. Kuiz turut diadakan berkenaan ‘online grooming’

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL PENGHASILAN VIDEO PENDEK

Masa

: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Rumah Peserta

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta cara menghasilkan video melalui aplikasi didalam komputer iaitu aplikasi Movie Maker.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara menyunting dan mencantum video-video yang dirakam melalui telefon ke aplikasi movie maker. Selain itu, peserta turut mempelajari cara ‘split’ & delete bahagian yang tidak berkenaan dan tidak penting dalam video untuk memendekkan masa video yang akan dihasilkan dengan menggunakan tools yang sedia ada diaplikasi movie maker.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (ONLINE GROOMING)

Masa

: 2.00 petang – 4.00 petang

Lokasi

: Rumah Peserta

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberi bimbingan kepada peserta tentang cara memuat turun video atau audio daripada Youtube melalui aplikasi dilaman web.

Aktiviti

Melalui aktiviti ini, peserta didedahkan cara memuat turun video di Youtube dengan menggunakan aplikasi dilaman web iaitu MP3 Converter & MP4 Converter. Terdapat beberapa laman web yang digunakan dapat memuat turun/menukar video dari Youtube yang berdurasi panjang & pendek yang telah dipelajari oleh peserta iaitu :

•        https://ytmp3.cc/en20/

•        https://320ytmp3.com/en14/

•        https://www.go-mp3.com/en27     

TARIKH : 07 SEPTEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT WORD : LATIHAN ASAS MENAIP

Masa

: 9.00pagi – 11.00pagi

Lokasi

: APLIKASI WHATSAPP

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini untuk melatih para peserta menaip di microsoft word masing-masing.

           

Aktiviti

Para peserta dapat menaip menggunakan Microsoft word masing-masing di rumah dan dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka. Adanya aktiviti ini dapat membantu para peserta membuat kerja yang berkaitan dengan Microsoft word.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL ADVOKASI : ETIKA DI LAMAN SOSIAL

Masa

: 11.00pagi – 1.00petang

Lokasi

: APLIKASI WHATSAPP

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Memberi kesedaran kepada para peserta bahawa pentingnya beretika di laman sosial.

Aktiviti

Pada zaman sekarang yang semakin maju ramai yang mempunyai pelbagai jenis akuan laman sosial masing-masing tanpa etika yang baik ketika di laman sosial boleh memberi kesan yang buruk kepada diri ataupun orang lain.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL E-PEMBELAJARAN : KUIZ HARI MALAYSIA

Masa

: 2.00petang 4.00petang

Lokasi

: APLIKASI WHATSAPP

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Kuiz hari Malaysia dapat memupuk semangat hari Malaysia pada bulan ini.

Aktiviti

Semperna hari Malaysia petugas membuat aktiviti ini dapat memupuk semangat hari Malaysia dan mengingati sejarah yang dulu-dulu. Kuiz secara online dilakukan agar lebih mudah para peserta memjawab kuiz tersebut.

TARIKH: 09 SEPTEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL LATIHAN KEUSAHAWANAN : CERAMAH APLIKASI MUDAH UNTUK MENJADI USAHAWAN ONLINE

Masa

: 9.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: APLIKASI WHATSAPP

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Membantu para peserta menjadi usahawan muda secara online.

Aktiviti

Zaman sekarang untuk menjadi usahawan yang berjaya hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang perniagaan secara online. Pelbagai jenis aplikasi yang dapat membantu para peserta menjadi usahawan online seperti shopee, lazada, dan lain-lain lagi.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL TMK : CARA MENGHADAPI MASALAH COVID19

Masa

: 11.00pagi-1.00petang

Lokasi

: APLIKASI WHATSAPP

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Memberi penerangan tentang cara menghadapi masalah covid19 yang semakin meningkat pada zaman sekarang.

Aktiviti

Aktiviti ini untuk memberi peringatan kepada para peserta bahawa sop kkm hendaklah dipatuhi dan menjaga kebersihatan dimana jua kita berada agar dapat menghadapi masalah ini.

TARIKH : 12 SEPTEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: PANDUAN MENDAFTAR AKAUN GMAIL

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: PIK KAMPUNG PINANG

Peserta

: 1 orang

Tujuan                            

Bengkel ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara membuat akaun Gmail.

Aktiviti

Melalui bengkel ini, petugas memberi penerangan kepada peserta cara membuat akaun gmail mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan serta cara menghantar emel, memadam emel & lain-lain lagi. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara mengemaskini maklumat akaun emel seperti info peribadi, data & privasi emel & lain-lain lagi.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL PENDAFTARAN PERKESO

Masa

: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: PIK KAMPUNG PINANG

Peserta

: 1 orang

Tujuan                            

Memberi bimbingan kepada peserta tentang cara mendaftarkan akaun perkeso secara online melalui website perkeso.

Aktiviti

Melalui bengkel ini, peserta didedahkan cara mendaftarkan akaun perkeso mengikut langkang demi langkah oleh petugas & seterusnya mengisi data & maklumat majikan. Petugas juga memberi tunjuk ajar cara mengemaskini beberapa borang dan pmaklumat seperti :

  • Rekod daftar pekerja
  • Takrif gaji

TARIKH: 17 SEPTEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MY SALAM

Masa

: 8.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: PIK KAMPUNG PINANG

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta untuk mengisi bantuan Mysalam Covid bagi yang telah menjalani kuarantin,

Aktiviti

Melalui bengkel ini, petugas memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada peserta yang ingin memohon bantuan Mysalam yang menuntut bantuan tuntutan covid yang terjejas pendapatan setelah dikuarantin.

Petugas membantu peserta untuk menyemak kelayakan bantuan serta memberi tunjuk ajar kepada peserta cara mendaftar akaun Mysalam. Seterusnya peserta didedahkan dengan cara memohon tuntutan covid dengan menunjukkan syarat tuntutan, cara menuntut bantuan, jumlah bantuan serta memberi bantuan memuat naik semua dokumen yang diperlukan untuk dihantar & dimasukkan kedalam sistem Mysalam.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : KEMPEN KEBEBASAN BERSUARA

BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG

Masa

: 11.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Aplikasi Whatsapp

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Menjalankan kempen kesedaran penggunaan internet iaitu ‘Kempen Kebebasan Besuara Bukan Kebebasan Berbohong’ secara online iaitu menggunakan infografik melalui aplikasi whatsapp

Aktiviti

Melalui kempen ini, para peserta didedahkan dengan hak kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat Malaysia. Para peserta juga di dedahkan dengan lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu:

•        Beringat bila bercakap

•        Bercakap benar

•        Bijak menilai

•        Luahkan pendapat berdasarkan fakta

•        Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian

Selain itu, kuiz secara online iaitu ‘Kuiz Truth Campaign’ juga diadakan berkenaan dengan kempen yang disertai oleh peserta.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL DASHBOARD KOMUNITI

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Aplikasi Whatsapp

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang aplikasi Dashboard Komuniti & muat turun aplikasi Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Melalui aktiviti ini, para peserta diberi penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti serta modul Dashboard Komuniti melalui google form yang diberikan melalui aplikasi Whatsapp iaitu :

•        My Komuniti

•        My Shop

•        My Place

•        My Health

•        My Soal

Para peserta secara langsung membuka aplikasi Dashboard Komuniti melalui komputer & telefon pintar untuk mempelajari setiap fungsi modul yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Selain itu, para peserta juga diberikan kuiz untuk menguji tahap pemahaman para peserta tentang penggunaan aplikasi ini.

TARIKH: 18 SEPTEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL ADVOKASI : PENGENALAN KLIK DENGAN BIJAK & KUIZ

Masa

: 8.30 pagi – 10.30 pagi

Lokasi

: APLIKASI WHATSAPP

Peserta

: 13 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini memperkenalkan apa itu klik dengan bijak kepada para peserta.

Aktiviti

Petugas memperkenalkan website klik dengan bijak kepada para peserta dan memberi tahu bahawa klik dengan bijak ini bagus untuk rujukan agar menjadi pengguna internet yang bijak.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT WORD : POSTER

Masa

: 10.30 pagi –11.30 pagi

Lokasi

: APLIKASI WHATSAPP

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini dapat membantu para peserta cara membuat poster.

Aktiviti

Para peserta membuat poster yang menarik menggunakan Microsoft word masing-masing.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL DASHBOARD : PENGENALAN APLIKASI DASHBOARD

Masa

: 11.30 pagi –12.30 tengahari

Lokasi

: APLIKASI WHATSAPP

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Pengenalan aplikasi dashboard kepada para peserta.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan tentang aplikasi dashboard komuniti ini agar para peserta dapat menggunakan aplikasi ini dengan baik.

TARIKH: 19 SEPTEMBER 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: POSTER SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Aplikasi Whatsapp

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk menanam semangat cinta akan negara melalui aktiviti mewarna secara digital khusus untuk ahli pusat internet melalui aplikasi whatsapp.

Aktiviti

Melalui aktiviti ini, para peserta didedahkan dengan penggunaan aplikasi Microsoft Paint & penggunaan laman web iaitu .com untuk aktiviti mewarna secara digital yang bertemakan ‘Baju Tradisional’