LAPORAN AKTIVITI OGOS 2021

TARIKH : 02 OGOS 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: LATIHAN KEUSAHAWANAN (BENGKEL SHOPEE)

Masa

: 8.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: PIK KAMPUNG PINANG

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Memberi bimbingan kepada peserta tentang cara merancang strategi perniagaan secara online.

Aktiviti

Melalui bengkel ini, petugas membantu bakal usahawan muda yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan secara online melalui aplikasi Shopee. Oleh itu, petugas memberi bimbingan asas cara mempromosikan produk melalui aplikasi shopee. Selain itu petugas juga turut memberikan penerangan mengenai :

•        Membuat akaun jualan

•        Memuatnaik produk  

•        Free Shipping Program

•        Menambah akaun bank untuk seller            

TARIKH : 03 OGOS 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: LATIHAN KEUSAHAWANAN (BENGKEL FOODPANDA)

Masa

: 8.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: PIK KAMPUNG PINANG

Peserta

: 2 orang

Tujuan                            

Memberi bimbingan kepada peserta tentang cara merancang strategi perniagaan secara online. 

Aktiviti

Melalui bengkel ini, petugas membantu usahawan yang memiliki kedai makan/gerai untuk memulakan perniagaan secara online dengan menggunakan aplikasi Foodpaanda. Melalui bengkel ini juga, petugas memberikan penerangan dan panduan cara mendaftarkan perniagaan sebagai Foodpanda partner melalui aplikasi foodpanda. Secara ringkasnya petugas memberikan tunjuk ajar kepada para peserta tentang :

  • Cara mendaftar online & usahawan akan menunggu kelulusan daripada pihak Foodpanda
  • Kontrak perniagaan
  • Menu Perniagaan usahawan yang akan diletakkan diaplikasi Foodpanda
  • Penerimaan peranti FoodPanda
  • Partner/usahawan akan terima latihan melalui panggilan telefon
  • Partner kedai makan dan restoran kini sudah LIVE di FoodPanda mempunyai aplikasi

TARIKH: 06 OGOS 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: TUTORIAL MUAT TURUN VIDEO DARI FACEBOOK

Masa

: 9.30 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Aplikasi Whatsapp

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Memberikan panduan & tunjuk ajar kepada pengguna facebook cara memuat turun video di dalam Facebook melalui laman web.

Aktiviti

Melalui aktiviti ini, petugas memberikan tunjuk ajar kepada pengguna Facebook yang ingin memuat turun video di aplikasi Facebook secara online melalui aplikasi whatsapp. Petugas memberi penerangan kepada pengguna dengan penerangan bergambar langkah demi langkah di dalam aplikasi Whatsapp sehingga pengguna dapat memuat turun video yang ingin dimut turun oleh pengguna.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (BULI SIBER)

Masa

: 10.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: Aplikasi Whatsapp

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberikan pendedahan serta menerapkan nilai positif dalam diri peserta dalam penggunaan internet kepada kehidupan seharian.

Aktiviti

Melalui bengkel ini, pengguna internet diberikan pendedahan secara alam maya melalui aplikasi whatsapp, Facebook & Instagram oleh petugas. Pengguna internet didedahkan dengan beberapa infografik bergambar & video yang berkaitan dengan salah satu jenayah siber yang sering terjadi di media sosial iaitu ‘buli siber’. Petugas memberikan pendedahan kepada pengguna maksud buli siber iaitu perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), mesej(chatting), e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Petugas juga memberikan pendedahan tentang kesan buli siber yang boleh mengancam kesihatan mental mangsa & kesan terhadap orang lain terutamanya kepada pengguna internet yang masih bawah umur yang menyaksikan perkara ini diinternet yang boleh mendatangkan persepsi dan contoh yang tidak baik kepada mereka. Selain itu, kuiz secara online yang berkaitan dengan buli siber turut diadakan diaplikasi whatsapp bagi menguji pemahaman para peserta mengenai ancaman buli siber, kesan & cara mengelakkan perkara ini berlaku.

TARIKH : 09 OGOS 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT WORD (FOTO POLAROID)

Masa

: 8.30 PAGI – 11.30 PAGI

Lokasi

: PUSAT INTERNET KOMUNITI KAMPUNG PINANG

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara membuat foto polaroid menggunakan word.

Aktiviti

Petugas akan memberi tunjuk ajar menggunakan Microsoft word.

-          Membuat shapes bentuk segi empat

-          Insert picture mengikut saiz poloroid

-          Print gambar palaroid yang telah diatur mengikut format.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MULTIMEDIA : JOM MEWARNA

Masa

: 11.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI

Lokasi

: PUSAT INTERNET KOMUNITI KAMPUNG PINANG

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Para peserta dapat belajar mewarna menggunakan komputer.

Aktiviti

Aktiviti ini dapat melatihkan kemahiran multimedia para peserta agar lebih mahir menggunakan komputer untuk masa depan yang semakin maju.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL ADVOKASI : CERAMAH PENIPUAN SIBER

Masa

: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG

Lokasi

: PUSAT INTERNET KOMUNITI KAMPUNG PINANG

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang penipuan siber

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang penipuan siber dan tayangan video tentang penipuan siber kepada para peserta.Jenayah siber kini semakin aktiviti dan masih ramai lagi yang belum mahir mengenalpasti cara penipuan siber di internet.

TARIKH: 15 OGOS 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : KEMPEN KEBEBASAN BERSUARA

   BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG

Masa

: 8.00 PAGI – 5.00 petang

Lokasi

: APLIKASI WHATSAPP

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Menjalankan kempen kesedaran penggunaan internet iaitu ‘Kempen Kebebasan Besuara Bukan Kebebasan Berbohong’ secara online iaitu menggunakan infografik melalui aplikasi whatsapp

Aktiviti

Melalui kempen ini, para peserta didedahkan dengan hak kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat Malaysia. Para peserta juga di dedahkan dengan lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu:

•        Beringat bila bercakap

•        Bercakap benar

•        Bijak menilai

•        Luahkan pendapat berdasarkan fakta

•        Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian

Selain itu, kuiz secara online iaitu ‘Kuiz Truth Campaign’ juga diadakan berkenaan dengan kempen yang disertai oleh peserta. 

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL E-PEMBELAJARAN (KUIZ KEMERDEKAAN)

Masa

: 2.00 petang – 3.00 petang

Lokasi

: APLIKASI WHATSAPP

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan am peserta mengenai kemerdekaan Malaysia disamping memupuk penggunaan internet yang positif. Memupuk semangat cintakan Malaysia sempena Hari Kemerdekaan yang ke 64 tahun.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan kuiz bertemakan kemerdekaan secara atas talian melalui tunjuk ajar para petugas. Melalui aktiviti ini, peserta turut didedahkan dengan pengetahuan am & pengetahuan digital. Kuiz ini diadakan oleh petugas melalui aplikasi whatsapp. Sebelum kuiz diadakan, petugas memberi beberapa nota bergambar mengenai jalur gemilang, rukun negara, sejarah tokoh kemerdekaan dan lain-lain lagi.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL POSTER KEMERDEKAAN

Masa

: 3.00 petang – 5 petang

Lokasi

: Aplikasi Whatsapp

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk menanam semangat cinta akan negara melalui perandingan mewarna secara digital khusus untuk ahli pusat internet melalui aplikasi whatsapp.

Aktiviti

Melalui aktiviti ini, para peserta didedahkan dengan penggunaan aplikasi Microsoft Paint & penggunaan laman web supercolouring.com untuk aktiviti mewarna secara digital yang bertemakan ‘Jalur Gemilang.

TARIKH: 16 OGOS 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: E-PEMBELAJARAN : KUIZ ASAS KOMPUTER

Masa

: 9.00 PAGI – 11.00 PAGI

Lokasi

: PUSAT INTERNET KOMUNITI KAMPUNG PINANG

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti kuiz asas komputer ini agar para peserta lebih mengenali tentang komputer.

Aktiviti

Adanya aktiviti ini para peserta dapat mempelajari asas computer kerana pada zaman sekarang semua urusan hanya dihujung jari. Tanpa ilmu pengetahuan dunia ICT para peserta akan sukar untuk berurusan secara atas talian.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL PUBLISHER : BUSINESS CARD

Masa

: 11.00 PAGI –1.00 TENGAHARI

Lokasi

: PUSAT INTERNET KOMUNITI KAMPUNG PINANG

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran menggunakan komputer dan menarik minat para peserta untuk berbusiness pada usia yang muda.

Aktiviti

Aktiviti ini membantu meningkatkan minat para peserta untuk menjadi usahawan dan melahirkan bakat untuk membuat business card agar lebih mudah menarik minat pelangan untuk membeli barang jual para peserta.

TARIKH: 21 OGOS 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT WORD (SURAT RASMI)

Masa

: 12.00 tengahari – 2.00 petang

Lokasi

: Aplikasi Whatsapp

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberi tunjuk ajar & panduan kepada peserta cara membuat surat rasmi yang lengkap secara online

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara membuat surat rasmi yang mengikut format yang betul iaitu yang melibatkan maklumat alamat pengirim, alamat penerima, tajuk, kata sapaan kepada penerima, tarikh, rujukan dan sebagainya.