LAPORAN AKTIVITI APRIL 2021

TARIKH : 02 APRIL 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL PERKAKASAN KOMPUTER

Masa

: 2.30 petang – 3.30 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini untuk memperkenalkan komponen fizikal sistem komputer kepada para peserta.

Aktiviti

Petugas akan memberi tahu tentang perkakasan komputer merupakan komponen jenis fizikal yang dihubungkan secara terus dengan komputer atau sistem yang lain.Para peserta dapat membezakan antara perkakasan yang ada pada zaman sekarang.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : ONLINE GROOMING

Masa

: 3.30 petang – 4.30 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Ceramah advokasi ini untuk memberi pendedahan kepada para peserta online grooming iaitu  kaedah untuk kanak-kanak menjadi mangsa seks secara online. Menerangkan bagaimana aplikasi chat dapat memberi kesan keatas kanak-kanak yang tidak berhati-hati.

Aktiviti

Adanya ceramah ini dapat melindungi orang daripada terpedaya dengan orang yang melakukan online grooming. Kebanyakan mangsa iaitu kanak-kanak, wanita, dan lain-lain lagi.Ceramah ini dapat menyedarkan para peserta bahayanya online grooming dan kesan yang akan meninggalkan buruk. Melindungi diri sendiri adalah amat penting.

TARIKH : 04 APRIL2021

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH DAN BENGKEL ADVOKASI : PENIPUAN ATAS TALIAN

Masa

: 9.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Tujuan ceramah ini dapat membantu para peserta tidak menjadi mangsa penipuan atas talian.

Aktiviti

Petugas akan memberi ceramah jenis-jenis penipuan atas talian dan cara untuk mengelak dari menjadi mangsa penipuan atas talian pada zaman sekarang.Jika para peserta tidak mempunyai ilmu tentang penipuan atas talian ini akan membawa padah sepeti kehilangan wangan simpanan ataupun harta yang lain.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MULTIMEDIA : JOM BELAJAR MEWARNA

Masa

: 11.00 pagi –1.00 tengahari

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Meningkatkan kemahiran para peserta dalam bidang multimedia mewarna menggunakan komputer.

Aktiviti

Petugas akan memberi arahan dan tunjuk ajar cara mewarna menggunakan paint untuk mewarna bersama rakan yang lain.Apa yang menarik tentang jom mewarna ini ialah para peserta dapat ilmu kemahiran dalam bidang multimedia. Pada zaman sekarang pentingnya bakat dalam multimedia.

TARIKH : 09 APRIL 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT WORD : POSTER

Masa

: 2.30 petang –4.30 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Tujuan bengkel asas membuat poster kepada para peserta.

Aktiviti

Petugas akan mengajar cara mencari latar belakang yang menarik untuk dijadikan poster. Para peserta akan menaip nama dan umur mereka.Asas ini di ajar kepada para peserta sekolah rendah dan mereka belum mahir dalam bidang membuat poster. Aktiviti ini dapat membantu para peserta melatihkan diri mereka terlebih dahulu.

Program / Aktiviti / Kelas

: LATIHAN KEUSAHAWANAN : PENGENALAN MENJADI USAHAWANAN BERJAYA

Masa

: 4.30 petang –5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Memberi ceramah kepada para peserta menjadi usahawan yang berjaya.

Aktiviti

Petugas akan memberi ceramah asas menjadi usahawan pada zaman sekarang.Banyak yang para peserta perlu belajar kerana pada zaman sekarang nak jadi usahawan bukannya senang. Adanya kelas seperti ini dapat membantu para peserta lebih teliti dalam membuat perancangan menjadi usahawan. 

TARIKH : 10 APRIL 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : KEMPEN KEBEBASAN BERSUARA &

KEBEBASAN BERBOHONG

Masa

: 9.00 pagi –11.00 pagi

Lokasi

: PIK Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Menjalankan kempen kesedaran penggunaan internet iaitu ‘Kempen Kebebasan Besuara Bukan Kebebasan Berbohong’.

Aktiviti

Melalui kempen ini, para peserta didedahkan dengan hak kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat Malaysia. Para peserta juga di dedahkan dengan lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu:

•        Beringat bila bercakap

•        Bercakap benar

•        Bijak menilai

•        Luahkan pendapat berdasarkan fakta

•        Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian

ii.       Selain itu, permainan word search puzzle secara online juga diadakan berkenaan dengan kempen ini secara individu oleh peserta. Para peserta diminta membuat word search puzzle sendiri melalui aplikasi word search maker.

Program / Aktiviti / Kelas

: KUIZ SAMBUTAN BULAN PUASA

Masa

: 11.00 pagi –1.00 petang

Lokasi

: PIK Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Tujuan kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dengan soalan-soalan yang berkaitan puasa di samping meningkatkan kefahaman mereka mengenai ibadah berpuasa.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menjawab kuiz secara online yang bertajuk ‘Kuiz Ramadhan’. Peserta kemudian dikehendaki diminta menjawab kesemua soalan kuiz yang dipaparkan dengan betul dan pantas.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT POWERPOINT (SLIDE & BULLETS)

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: PIK Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Memberi bengkel & latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara membuat slide dan slide baru dengan tools yang terdapat pada ribbons Microsoft PowerPoint. Para peserta kemudiannya diberikan latihan dan tugasan untuk menyiapkan satu presentation slide untuk tujuan pembentangan.

TARIKH : 18 APRIL 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (FITNAH)

Masa

: 8.00 pagi –10.00 pagi

Lokasi

: PIK Kampung Pinang

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Bengkel advokasi yang diadakan ini bertujuan untuk menerangkan tentang apa itu ‘Fitnah’ serta menerangkan keburukan gejala fitnah terutamanya di media sosial.

Aktiviti

Melalui ceramah ini, para peserta diberi penerangan tentang gejala fitnah melalui media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini khususnya di aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Telegram diguna bagi menyebarkan pelbagai berita dan cerita palsu berunsur fitnah. Selain itu, para peserta turut diberikan penerangan bagaimana fitnah tersebar iaitu melalui penulisan seperti melalui kata-kata secara lisan dan melalui penulisan di SMS, laman sesawang, media sosial dan lain-lain lagi. Disamping itu, pertugas juga turut mengadakan kuiz ‘’KLIK DENGAN BIJAK’ secara online iaitu kuiz berkenaan program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Program / Aktiviti / Kelas

: - E-PEMBELAJARAN : KESIHATAN MANUSIA, VAKSIN & COVID19

Masa

: 10.00 pagi –1.00 petang

Lokasi

: PIK Kampung Pinang

Peserta

: 2 orang

Tujuan

Tujuan kuiz ini dijalankan adalah bertujuan untuk menambah pengetahuan para peserta tentang kesihatan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan kesihatan manusia, vaksin & covid19.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menjawab kuiz kesihatan secara online dan kemudian para peserta dikehendaki diminta menjawab kesemua soalan kuiz yang dipaparkan dengan betul dan pantas. Kuiz ini meliputi tentang kesihatan manusia, penyakit berjangkit, virus covid19 dan langkah-langkah mengatasi penyakit berjangkit yang membawa kesan negatif pada kesihatan tubuh manusia

TARIKH : 21 APRIL 2021

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : KEMPEN KEBEBASAN BERSUARA &

KEBEBASAN BERBOHONG

Masa

: 8.00 pagi –10.00 pagi

Lokasi

: PIK Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Menjalankan kempen kesedaran penggunaan internet iaitu ‘Kempen Kebebasan Besuara Bukan Kebebasan Berbohong’.

Aktiviti

Melalui kempen ini, para peserta didedahkan dengan hak kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat Malaysia. Para peserta juga di dedahkan dengan lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu:

•        Beringat bila bercakap

•        Bercakap benar

•        Bijak menilai

•        Luahkan pendapat berdasarkan fakta

•        Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian

ii.       Selain itu, permainan word search puzzle secara online juga diadakan berkenaan dengan kempen ini secara individu oleh peserta. Para peserta diminta membuat word search puzzle sendiri melalui aplikasi word search maker.

Program / Aktiviti / Kelas

: ASAS TEKONLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (BENGKEL YOUTUBE)

Masa

: 10.00 pagi –1.00 petang

Lokasi

: PIK Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Menjalankan latihan asas perisian komputer iaitu laman web Youtube’ biasa digunakan untuk menonton video.

Aktiviti

Para peserta didedahkan oleh petugas PIK dengan Laman web iaitu Youtube secara asas untuk mencari video untuk aktiviti pembelajaran, video tutorial dan lain-lain lagi. Melalui bengkel ini, petugas turut memberikan latihan & kuiz di Youtube iaitu kuiz ‘Colour Blind Test’ iaitu kuiz yang menguji penglihatan mata pada warna.