LAPORAN AKTIVITI MAC 2021
TARIKH : 02 MARCH 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : KEBEBASAN BERSUARA |
Masa |
: 9.00 pagi –11.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini untuk memberi kesedaran bahawa kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat yang benar.
Aktiviti
Petugas memberi ceramah kepada para peserta dan para peserta melihat tayangan video yang berkaitan dengan kebebasan bersuara di internet. Kebebasan bersuara dapat membantu para peserta lebih bijak apabila mereka hendak bersuara di laman sosial. Hak kebebasan bersuara adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia. Bagi menjaga keharmonian negara, gunakan hak anda dengan lebih bertangungjawab.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD : CARA MEMBUAT MUKA SURAT |
Masa |
: 11.00pagi– 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini untuk mengajar para peserta membuat muka surat menggunakan Microsoft word.
Aktiviti
Petugas akan memberi tunjuk ajar cara yang betul membuat muka surat kepada para peserta. Masih ada para peserta tidak tahu cara membuat muka surat menggunakan Microsoft word. Cara membuat muka surat dekat bahagian Insert – page number – top of page – pilih ikut kehendak masing-masing.
TARIKH : 5 MAC 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (SEBENARNYA.MY) |
Masa |
: 8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Bengkel advokasi yang diadakan ini bertujuan untuk menerangkan fungsi kempen SEBENARNYA.MY kepada para peserta.
Aktiviti
Petugas memberi ceramah berkenaan portal SEBENARNYA.MY yang memberi informasi kepada peserta khusunya rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak pasti sumber kesahihannya. Melalui ceramah ini juga, para peserta membuka portal SEBENARNYA.MY untuk menyemak berita yang tidak sahih yang seringkali dikongsikan di internet. Selain itu, permainan Klik Dengan Bijak iaitu ‘TELEFON KARAT’ yang melibatkan aktiviti secara berkumpulan juga turut berlangsung melalui aktiviti ini. Urus setia berikan kepada orang pertama ayat sekurang-kurangnya 3 baris (dicadangkan tips keselamatan internet). Juga boleh gunakan lukisan dan pergerakan anggota badan. Orang pertama perlu mengingati ayat/lukisan atau pergerakan tersebut dan sampaikan atau lukis dan tunjukkan pada orang kedua dan orang kedua pada orang seterusnya sehingga orang terakhir. Orang yang terakhir perlu ulang ayat/lukis atau gayakan perkara orang pertama sampaikan.
Program / Aktiviti / Kelas |
: APLIKASI DASHBOARD KOMUNITI (MY SHOP) |
Masa |
: 10.00 pagi –12.00 tengahari |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para peserta tentang fungsi dan kelebihan aplikasi Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Petugas memperkenalkan modul My Shop yang terdapat aplikasi Dashboard Komuniti supaya aplikasi ini dapat digunakan oleh komuniti setempat khususnya kepada golongan usahawan. Melalui aplikasi ini, komuniti/ usahawan dapat mempromosikan produk/perkhidmatan mereka melalui akaun Dashboard Komuniti masing-masing melalui tunjuk ajar para petugas pusat internet.
Program / Aktiviti / Kelas |
: E-LEARNING (COVID-19) |
Masa |
: 2.00 petang –4.00 petang |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan dan kesedaran melalui kuiz secara online tentang wabak Covid19.
Aktiviti
Petugas memberikan kuiz secara online berkenaan Covid19 untuk menguji tahap pengetahuan para peserta tentang info terkini Covid19. Petugas juga memberi penerangan mengenai program vaksin yang telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia yang mampu mengurangkan risiko jangkitan virus Covid19.
TARIKH : 06 MARCH2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI OVERSHARING |
Masa |
: 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Tujuan ceramah oversharing agar dapat menyedarkan bahayanya oversharing di internet.
Aktiviti
Petugas akan memberi ceramah tentang oversharing kepada para peserta dan para peserta melihat tayangan video bahaya apabila oversharing. Antara contoh oversharing lokasi rumah, gambar, no telefon, no kad pengenalan, dan banyak lagi tentang oversharing. Apabila kerap melakukan oversharing kemungkinan besar anda dalam bahaya. Sebelum terjadinya perkara yang tidak baik lebih baik anda semua lebih berhati-hati ketika berada di laman sosial.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL KEUSAHAWANAN : LAMAN SOSIAL |
Masa |
: 11.00 pagi –1.00 tengahari |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Tujuan membantu para usahawan pentingnya laman sosial untuk menjalankan perniagaan secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi ceramah dan cara untuk mempromosikan barang di laman sosial. Adanya laman sosial dapat membantu pendapatan usahawan pada zaman sekarang. Zaman sekarang dengan kemudahan yang ada dapat meningkatkan hasil jualan kerana rakyat membeli barang secara online.
TARIKH : 13 MAC 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (IDENTITI SESEORANG DIINTERNET) |
Masa |
: 8.00 pagi –10.00 pagi |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel advokasi yang diadakan ini bertujuan untuk menerangkan tentang keselamatan diri semasa di media sosial melalui pengenalan terhadap identiti seseorang dimedia sosial.
Aktiviti
Petugas memberi ceramah berkenaan keselamatan ketika melayari media sosial iaitu tips berkenalan dengan rakan - rakan baru di Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Melalui ceramah ini, peserta diberikan tips supaya berhati-hati dengan kenalan yang tidak dikenali diintenet supaya tidak menjadi mangsa jenayah-jenayah siber yang sering berlaku pada masa kini. Selain itu, permainan word search puzzle secara online juga diadakan berkenaan dengan kempen ini secara individu oleh peserta. Para peserta diminta membuat word search puzzle sendiri melalui aplikasi word search maker.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD (SMARTART) |
Masa |
: 10.00pagi– 1.00 petang |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Memberi latihan & bimbingan kepada para peserta cara membuat SMARTART melalui aplikasi perisian Microsoft Word.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada para peserta cara membuat SMARTART yang berfungsi untuk memudahkan para peserta membuat jadual & carta organisasi. Peserta turut diberikan latihan setelah bengkel dijalankan.
TARIKH : 20 MARCH 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : KAWAL SELIA KENDIRI |
Masa |
: 9.00 pagi –11.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Tujuan ceramah advokasi iaitu mendidik masyarakat akan cara pengunaan media sosial secara berhemah
Aktiviti
Petugas akan memberi ceramah pengenalan, peranan, dan kesan-kesan apabila bijak membuat kawal selia kendiri. Para peserta dapat ilmu pengetahuan cara kawal selia kendiri dengan baik. Pentingnya kawal selia kendiri dari segi keselamatan pada zaman sekarang.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL POWERPOINT : INSERT VIDEO |
Masa |
: 11.00 pagi –1.00 tengahari |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan mengajar para peserta cara mudah insert video yang ada di dalam powerpoint.
Aktiviti
Microsoft powerpoint dapat menarik minat para peserta membuat slide yang berasaskan video. Pada zaman sekarang para peserta terutama pelajar-pelajar sekolah yang membuat pembentangan lebih menarik menggunakan video.
TARIKH : 21 MAC 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (ONLINE GAMES) |
Masa |
: 8.00 pagi –10 .00 pagi |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi latihan & bimbingan kepada usahawan baru yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan melalui media sosial.
Aktiviti
Penerangan melalui tayangan slide oleh petugas mengenai bidang keusahawanan kepada usahawan baru. Antara pengisian yang dikongsikan oleh petugas adalah tentang cara memulakan perniagaan melalui media baru seperti halaman facebook & Instagram.
Program / Aktiviti / Kelas |
: LATIHAN KEUSAHAWANAN (PERNIAGAAN SECARA ONLINE) |
Masa |
: 10.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Memberi bimbingan kepada peserta tentang cara merancang strategi perniagaan secara online.
Aktiviti
Petugas memberi bimbingan cara membuat halaman facebook & akaun instagram produk secara atas talian iaitu melalui tayangan slide & secara langsung kepada para peserta. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta cara memasarkan perniagaan secara online secara berkesan untuk meningkatkan jualan dan mendapatkan pelanggan dengan mudah melalui media sosial.