LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2021
TARIKH : 1 FEBRUARI 2021 28 FEBRUARI 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL KEMASKINI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) |
Masa |
: 8.00 pagi –5.00 petang |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Membantu komuniti sekitar PIK Kampung Pinang untuk mengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat dan lain-lain secara Online.
Aktiviti
Bengkel ini dikendalikan oleh petugas PIK Kampung Pinang dengan memberikan bantuan kepada komuniti setempat untuk mengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat secara atas talian yang terbuka kepada semua ahli PIK Kampung Pinang yang layak mendapat bantuan tersebut.
TARIKH : 4 FEBRUARI 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (CYBERGROOMING) |
Masa |
: 8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Bengkel advokasi yang diadakan ini bertujuan untuk meyampaikan maklumat dan kesedaran kepada komuniti setempat khususnya golongan pelajar sekolah.
Aktiviti
Melalui bengkel ini, petugas memberi ceramah kesedaran dengan tayangan video bertajuk ‘CYBERGROOMING’ atau Antun Seksual dalam talian. Petugas juga memberi penerangan kepada para peserta tentang keburukan serta kesan buruk ‘cyber grooming’ yang boleh menjejaskan kesihatan mental & fizikal kepada mangsa apabila terjebak dengan permasalahan ini. Sesi soal jawab & kuiz turut diadakan berkenaan ‘cyber grooming’.
Program / Aktiviti / Kelas |
: KUIZ ONLINE (SAMBUTAN TAHUN BARU CINA) |
Masa |
: 11.00 pagi –1.00 tengahari |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi latihan & aktiviti pembelajaran secara atas talian kepada para peserta yang berkaitan dengan kuiz iaitu ‘Kuiz Tahun Baru Cina’.
Aktiviti
Petugas memperkenalkan kepada para peserta aktiviti kuiz atas talian yang melibatkan aktiviti pembelajaran dan disamping memberi pengetahuan kepada para peserta tentang budaya masyarakat Cina melalui kuiz Sambutan Tahun Baru Cina. Peserta menjawab kuiz secara berkumpulan dan berbincang untuk mendapatkan jawapan kuiz yang tepat dan betul.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT EXCEL (DATA) |
Masa |
: 2.00 petang –4.00 petang |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.
Aktiviti
Petugas memberi tugasan kepada para peserta cara menginput serta memasukkan data ke dalam Microsoft Excel yang berbentuk jadual dan pengiraan.
TARIKH : 05 FEBRUARI 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI & KDB GAMES : JENAYAH SIBER |
Masa |
: 9.00 pagi –11.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Ceramah advokasi bertajuk Jenayah Siber kepada para peserta.
Aktiviti
Petugas akan memberi ceramah tentang jenis-jenis jenayah siber yang ada pada zaman sekarang kepada para peserta. Para peserta akan mendengar ceramah dan melihat tayangan video tentang jenayah siber yang berlaku pada zaman sekarang. Jenayah siber merupakan jenayah komputer pada zaman sekarang.Masih ramai lagi tidak tahu tentang jenayah siber ini. Adanya ceramah ini dapat menyedarkan para peserta dan komuniti yang lain agar lebih berhati-hati.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL E-PEMBELAJARAN : BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH |
Masa |
: 11.00pagi– 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Mempelajari bahasa melayu dengan lebih mudah. Pentingnya bahasa melayu dalam kehidupan seharian kita.
Aktiviti
Para peserta akan menjawab kuiz bahasa melayu yang telah disediakan oleh petugas. Para peserta akan belajar perkataan yang betul dengan ayat yang sesuai apabila digabungkan menjadi ayat yang panjang. Para peserta akan lebih mudah belajar dengan adanya kuiz seperti ini.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL LATIHAN KEUSAHAWANAN : CERAMAH KEUSAHAWANAN |
Masa |
: 12.00tengahari– 1.00 tengahari |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Ceramah menjadi usahawanan muda kepada para peserta.
Aktiviti
Petugas memberi ceramah menjadi usahawan muda kepada para peserta dan membuat senarai barang untuk dijual pada masa akan datang. Nak menjadi usahawanan kena ada ilmu pengetahuan asas. Pada zaman sekarang banyak kemudahan dan bantuan untuk usahawan pada zaman sekarang. Dengan adanya perancangan sebelum memulakan perniagaan kena ikut susunan yang betul.
TARIKH : 10 FEBRUARI 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: LATIHAN KEUSAHAWAN ONLINE (LATIHAN ASAS MEDIA BARU) |
Masa |
: 8.00 pagi –10 .00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Memberi latihan & bimbingan kepada usahawan baru yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan melalui media sosial.
Aktiviti
Penerangan melalui tayangan slide oleh petugas mengenai bidang keusahawanan kepada usahawan baru. Antara pengisian yang dikongsikan oleh petugas adalah tentang cara memulakan perniagaan melalui media baru seperti halaman facebook & Instagram.
Program / Aktiviti / Kelas |
: LATIHAN KEUSAHAWANAN (PERNIAGAAN SECARA ONLINE) |
Masa |
: 9.00 pagi –11.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Memberi bimbingan kepada peserta tentang cara merancang strategi perniagaan secara online.
Aktiviti
Petugas memberi bimbingan cara membuat halaman facebook & akaun instagram produk secara atas talian iaitu melalui tayangan slide & secara langsung kepada para peserta. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta cara memasarkan perniagaan secara online secara berkesan untuk meningkatkan jualan dan mendapatkan pelanggan dengan mudah melalui media sosial.
Program / Aktiviti / Kelas |
: LATIHAN KEUSAHAWANAN (SUNTINGAN IMEJ) |
Masa |
: 11.00 pagi –1.00 tengahari |
Lokasi |
: Bilik Latihan PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Memberi tunjuk ajar & bimbingan kepada peserta cara membuat logo perniagaan melalui perisian komputer.
Aktiviti
Melalui bengkel ini, petugas membantu usahawan untuk memilih & membuat logo yang bersesuaian mengikut jenis perniagaan yang telah dijalankan. Lakaran logo syarikat dibuat oleh peserta mengikut tema, bentuk, warna dan jenis perniagaan
TARIKH : 14 FEBRUARI 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL & CERAMAH ADVOKASI : KEMPEN KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG |
Masa |
: 8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Menjalankan kempen kesedaran penggunaan internet iaitu ‘Kempen Kebebasan Besuara Bukan Kebebasan Berbohong’.
Aktiviti
Melalui kempen ini, para peserta didedahkan dengan hak kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat Malaysia. Para peserta juga di dedahkan dengan lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu:
• Beringat bila bercakap
• Bercakap benar
• Bijak menilai
• Luahkan pendapat berdasarkan fakta
• Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian
Selain itu, permainan word search puzzle secara online juga diadakan berkenaan dengan kempen ini secara individu oleh peserta. Para peserta diminta membuat word search puzzle sendiri melalui aplikasi word search maker.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL PERISIAN KOMPUTER |
Masa |
: 10.00 pagi –1.00 tengahari |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para peserta asas pengenalan perisian komputer.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang jenis-jenis perisian komputer melalui kuiz, perbincangan jawapan serta sesi soal jawab sepanjang kuiz berlangsung. Kuiz dan perbincangan jawapan diadakan untuk menguji kefahaman peserta tentang komputer.
TARIKH : 15 FEBRUARI2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH ADVOKASI & KDB GAMES : KEGANASAN SIBER |
Masa |
: 8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Ceramah Advokasi Keganasan siber kepada para peserta.
Aktiviti
Petugas memberi tahu bahawa keganasan siber ini seperti memberi kecemasan ataupun ugutan kepada orang. Keganasan siber sering berlaku pada zaman sekarang.Seterusnya,Pelbagai faktor penyebab keganasan siber dan boleh menjadi fitnah jika kita mudah percaya sesuatu berita yang tidak benar. Kes buli dilaman sosial pun boleh terjadi dan memberi kesan buruk kepada orang lain ataupun mangsa.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD : KAD JEMPUTAN |
Masa |
: 10.00 pagi –1.00 tengahari |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Bengkel micosoft word cara membuat kad jemputan kepada para peserta.
Aktiviti
Petugas akan memberi tunjuk ajar cara membuat kad jemputan asas kepada para peserta. Dengan adanya kemudahan yang ada didalam Microsoft word para peserta dapat membuat kad dengan mudah dan baik. Pada zaman sekarang banyak kemudahan templet yang mudah untuk digunakan.
TARIKH : 16 FEBRUARI 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL ADVOKASI : KETAGIHAN INTERNET |
Masa |
: 9.00 pagi –11.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Ceramah tentang ketagihan internet kepada para peserta. Adanya ceramah ini para peserta akan jadi yang lebih bijak dalam pengurusan masa.
Aktiviti
Petugas akan memberi ceramah tentang ketagihan internet kepada para peserta. Pelbagai jenis kesan baik & buruk apabila ketagihan internet yang semakin maju pada zaman sekarang.Petugas akan menerangkan cara untuk mengatasi ketagihan internet terutama dikalangan pelajar zaman sekarang.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MULTIMEDIA : JOM KITA MELUKIS |
Masa |
: 11.00 pagi –1.00 tengahari |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Membuat aktiviti yang menarik melukis menggunakan komputer.
Aktiviti
Aktiviti ini dapat menarik minat para peserta untuk membuktikan bakat mereka dalam bidang seni lukisan.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL TMK : HELLO GOOGLE! |
Masa |
: 2.00 petang –3.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Memberi penerangan tentang dunia google kepada para peserta
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang google dan apa yang menarik di dalam google kepada para peserta. Petugas akan memberi tahu sejarah tentang google dan tujuan google ini wujud untuk apa.
TARIKH : 20 FEBRUARI 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL & CERAMAH ADVOKASI (BENGKEL MOBILE E-WASTE) |
Masa |
: 8.00 pagi –10.00 pagi |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta kepentingan membuang & mengitar semula semua peranti mudah alih yang telah tamat jangka hayat secara selamat & mesra alam.
Aktiviti
Para peserta diberi taklimat tentang cara membuang & mengitar semula peranti mudah alih serta petugas membuat demonstrasi cara mengitar semula ke tempat/kotak khas yang disediakan. Selain itu, petugas PIK memperkenalkan website Mobile E-waste kepada para peserta yang mempunyai maklumat dan informasi mengenai kempen E- sisa yang boleh menyelamatkan bumi daripada tercemar. Kuiz Mobile E-Waste juga turut berlangsung untuk menguji kefahaman para peserta mengenai kempen ini.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD |
Masa |
: 10.00 pagi– 1.00 tengahari |
Lokasi |
: PIK Kampung Pinang |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Memberi latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat buku folio dan format yang betul untuk membuat buku folio