LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2020

TARIKH : 06 NOVEMBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT OFFICE : POWERPOINT

Masa

: 2.00 petang –3.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini untuk meningkatkan kemahiran para peserta menggunakan Microsoft office powerpoint.

Aktiviti

Petugas akan memberi tahu fungi dan cara penggunakan membuat asas powerpoint. Para peserta terdiri pelajar sekolah rendah petugas akan memberi tunjuk ajar cara memilih design untuk slide yang mereka buat. Seterusnya, para petugas akan di ajar cara membuat Insert SmartArt Graphic.

Program / Aktiviti / Kelas

: E-PEMBELAJARAN : KUIZ SEJARAH

Masa

: 3.00 petang – 4.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Para peserta akan dapat ilmu pengetahuan tentang sejarah.

Aktiviti

Para peserta akan menjawab kuiz secara online dan mendapat ilmu pengetahuan tentang sejarah yang ada di Malaysia.Kuiz sejarah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta.Selain itu, para peserta sangat gembira mengikuti kuiz secara online di Pusat Internet.

              

Program / Aktiviti / Kelas

: MULTIMEDIA : CERAMAH APLIKASI EDIT GAMBAR

Masa

: 4.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Meningkatakan kemahiran mengubah gambar dengan menggunakan aplikasi yang ada di playstore.

Aktiviti

Petugas akan memberi penerangan penggunaan aplikasi yang mudah untuk mengedit gambar dan para peserta akan mengikut langkah-langkah tersebut.Aplikasi PicsArt sangat mudah untuk digunakan, PicsArt juga dapat menggunakan telefon bimbit. Adanya PicsArt ini para peserta dapat edit gambar lebih cantik.

TARIKH : 08 NOVEMBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH DAN BENGKEL ADVOKASI : PENIPUAN ATAS TALIAN

Masa

: 8.00 pagi –11 .00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Ceramah penipuan atas talian ini sangat penting kepada para peserta supaya para peserta tidak mudah tertipu.

Aktiviti

Petugas akan memberi ceramah tentang ciri-ciri penipuan atas talian kepada para peserta dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut.Banyak kebaikkan apabila adanya ceramah advokasi ini kepada komuniti.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL LATIHAN KEUSAHAWANAN : PERBANKAN DALAM TALIAN

Masa

: 11.00 pagi –12.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Latihan Usahawanan sangat penting kepada para peserta akan lebih mahir membuat perniagaan selepas ini.

Aktiviti                                            

Para peserta akan diterangkan cara menjadi usahawanan berjaya pada masa sekarang. Dengan kemudahan dan bantuan yang ada dapat membantu para peserta menjalani perniagaan mereka dengan baik. Para peserta akan dapat ilmu pengetahuan dan pentingnya bijak menhguruskan kewangan perniagan pada zaman sekarang.

Program / Aktiviti / Kelas

: PERISIAN KOMPUTER : KUIZ PERISIAN KOMPUTER

Masa

: 2.00 petang –4.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Para peserta akan mengenali tentang perisian komputer.

Aktiviti

Petugas akan memberi tahu tentang perisian computer kepada para peserta agar mereka lebih tahu kegunaan perisian di dalam komputer.

TARIKH : 14 NOVEMBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : SEBENARNYA.MY

Masa

: 8.00 pagi –10.00 pagi.

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Menerangkan fungsi kempen SEBENARNYA.MY  kepada para peserta.

Aktiviti

Petugas memberi ceramah berkenaan portal SEBENARNYA.MY yang memberi informasi kepada peserta khusunya rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak pasti sumber kesahihannya . Melalui ceramah ini juga, para peserta membuka portal SEBENARNYA.MY untuk menyemak berita yang tidak sahih yang seringkali dikongsikan di internet.

Program / Aktiviti / Kelas

: DASHBOARD KOMUNITI : MY KOMUNITI

Masa

: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang fungsi dan kelebihan  aplikasi Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Petugas memperkenalkan modul My Komuniti yang terdapat aplikasi Dashboard Komuniti supaya aplikasi ini dapat digunakan oleh komuniti setempat. Para peserta juga diberi peluang untuk membuat dan mencipta ‘posting’ melalui akaun masing-masing.

Program / Aktiviti / Kelas

: E-PEMBELAJARAN (KUIZ)

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Memberi latihan & aktiviti pembelajaran secara atas talian kepada para peserta yang berkaitan dengan kuiz iaitu ‘Kuiz Peribahasa’.

Aktiviti

Petugas memperkenalkan kepada para peserta aktiviti kuiz atas talian yang melibatkan aktiviti pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu.

TARIKH : 15 NOVEMBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : PERANAN, FUNGSI & ADUAN

  KE SKMM

Masa

: 8.00 pagi –10.00 pagi.

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 7 orang

Tujuan

Memberikan pendedahan kepada para peserta cara membuat aduan ke SKMM serta menerangkan tentang fungsi dan peranan MCMC.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang MCMC yang mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. Peserta juga didedahkan dengan fungsi utama MCMC iaitu MCMC terlibat dengan aduan pengguna, pembangunan industri dan kawalselia di dalam bidang telekomunikasi, multimedia dan lain-lain lagi.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL PERKAKASAN KOMPUTER

Masa

: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 7 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para peserta asas pengenalan perkakasan komputer.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang jenis-jenis perkakasan & perisian komputer melalui tayangan slide. Kemudian petugas mengadakan kuiz untuk menguji kefahaman peserta tentang komputer.

Program / Aktiviti / Kelas

: ONLINE COLOURING

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 7 orang

Tujuan

Mendedahkan kepada para peserta tentang aplikasi laman web yang melibatkan aktiviti mewarna secara digital.

Aktiviti

Petugas  melatih para peserta mewarna melalui aplikasi di dalam laman web. Peserta diberi latihan mewarna melalui pelbagai bentuk & imej.

TARIKH : 21 NOVEMBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL DASHBOARD : MY PLACES

Masa

: 9.00 pagi –10 .00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Memberi Ceramah Dashboard kepada para peserta tentang MyPlaces Komuniti.

Aktiviti

Petugas akan memberi ceramah dan cara penggunaan Dashboard komuniti yang ada di pusat internet ini. Para peserta dapat melihat tempat-tempat yang ada di dalam map dashboard komuniti.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT OFFICE WORD : SURAT RASMI

Masa

: 10.00 pagi –1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Mengajar para peserta membuat surat rasmi menggunakan Microsoft word.

Aktiviti                                            

Petugas akan memberi format cara membuat surat kiriman rasmi kerana pada zaman sekarang surat kiriman rasmi masih lagi digunakan dalam segala urusan penting. Para peserta juga dapat belajar menaip dengan baik.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH ADVOKASI : BULI SIBER

Masa

: 2.00 petang –4.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Ceramah Advokasi Buli siber agar para peserta tahu tentang buli siber.

Aktiviti

Ceramah advokasi buli siber dapat dapat menyedarkan para peserta bahawa buli siber ini tidak baik untuk semua.Buli siber yang semakin menjadi dikalangan penggunakan laman sosial. Adanya ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada para peserta dan lebih berhati-hati di laman sosial.

TARIKH : 22 NOVEMBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: ASAS TEKONOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (KEBAIKAN *

  KEBURUKAN INTERNET)

Masa

: 8.00 pagi –10.00 pagi.

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Menerangkan fungsi internet serta mendedahkan kebaikan & keburukan internet.

Aktiviti

Petugas memberi ceramah & tayangan video mengenai kelebihan & keburukan internet kepada para peserta yang boleh membawa kesan baik atau buruk bergantung kepada penggunaan internet tersebut dalam kalangan pengguna internet. Selain itu, petugas juga mengadakan kuiz kepada para peserta untuk mencungkil pemahaman peserta mengenai topik internet.

Program / Aktiviti / Kelas

: TEN FINGERS TYPING TEST

Masa

: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Memberi para peserta latihan menaip melalui perisian komputer.

Aktiviti

Peserta memilih karangan Bahasa Melayu dan mula menaip perkataan yang Typing Test paparkan. Selepas menghabiskan ayat tersebut, peserta dapat melihat keputusan yang betul dan salah secara tidak langsung dapat mengukur tahap kecekapan mereka menaip.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : MENGURUS JEJAK DIGITAL ANDA

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 7 orang

Tujuan

Memberi penerangan kepada para peserta panduan etika dan daya bijak ketika melayari internet.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta mengenai etika ketika melayari internet terutamanya di laman sosial untuk mengelakkan berlakunya gejala yang tidak sihat. Petugas juga memberikan beberapa tips kepada para peserta cara yang sihat dan baik ketika melayari internet.