LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2020

TARIKH : 3 OKTOBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL PUBLISHER : AWARD CERTIFICATES

Masa

: 8.00 pagi –10.00 pagi.

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

 Tujuan

 Tujuan bengkel publisher award certificates untuk meningkatkan kemahiran para peserta membuat sijil dengan betul.

 Aktiviti

 Para peserta akan diajar satu demi satu cara membuat sijil menggunakan Microsoft publisher.Publisher lebih mudah digunakan oleh para peserta. Para peserta dapat membuat sijil mengikut kreativiti masing-masing. Adanya bengkel ini dapat membantu mereka pada masa akan datang.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: LATIHAN KEUSAHAWANAN : SOSIAL MEDIA

Masa

: 10.00 pagi – 12.00 tengahari.

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

 Tujuan

 Tujuan latihan keusahawanan di media sosial dapat membantu usahawanan lebih maju kehadapan.

 Aktiviti

 Banyak kebaikan yang ada di sosial media, tanpa sosial media tidak lengkap satu perniagaan. Usahawanan tidak kira muda ataupun tua dapat menggunakan sosial media untuk meluaskan lagi perniagaan secara atas talian. Pada zaman sekarang sosial media sangat penting seperti facebook,instagram,whatsapp, telegram, ataupun email.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: DASHBOARD : MY KOMUNITI

Masa

: 12.00 petang – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

 Tujuan

 Tujuan Bengkel Dashboard kepada komuniti kerana masih ada yang tidak tahu tentang dashboard komuniti.                                            

 Aktiviti

 Dashboard komuniti dapat membantu semua komuniti seperti mempromosikan barang jualan, kesihatan dan mengenali para pengguna yang lain. Banyak kegunaan dashboard komuiti pada semua. My komuniti dapat berkongsi ilmu penngetahuan kepada semua orang.

 

TARIKH : 1 - 31 OKTOBER 2020

 

Program / Aktiviti / Kelas

: PROGRAM MIV BERSAMA KOMUNITI 2020

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: Pi Kampung Pinang

Peserta

: Komuniti Setempat

 Tujuan

 Membantu mendidik lebih ramai komuniti yang mampu memajukan dan menghasilkan aplikasi serta perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian.

 Aktiviti

 Bengkel ini diadakan dengan berinteraksi dengan komuniti setempat bagi membimbing penggunaan ICT yang lebih positif supaya dapat membendung masalah penyalahgunaan kemudahan teknologi seperti mengaibkan orang lain di laman sosial Facebook ataupun penyebaran berita palsu di aplikasi WhatsApp.

 

TARIKH : 11 OKTOBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : ONLINE GROOMING

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

 Tujuan

Bengkel Advokasi yang diadakan bertujuan untuk meyampaikan maklumat dan kesedaran kepada komuniti setempat khususnya golongan pelajar sekolah. 

Aktiviti 

Melalui bengkel ini, petugas memberi ceramah kesedaran dengan tayangan slide bertajuk ‘ONLINE GROOMING’ atau Antun Seksual dalam talian. Petugas juga memberi penerangan kepada para peserta tentang keburukan serta kesan buruk ‘online grooming’ yang boleh menjejaskan kesihatan mental & fizikal kepada mangsa. Sesi soal jawab & kuiz turut diadakan berkenaan ‘online grooming’

 

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT POWERPOINT

Masa

: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

 

Tujuan

Memberi bengkel & latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara membuat slide dan slide baru dengan tools yang terdapat pada ribbons Microsoft PowerPoint. Para peserta kemudiannya diberikan latihan dan tugasan untuk menyiapkan satu presentation slide untuk tujuan pembentangan.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI : PENCETAK

Masa

: 2.00 petang –5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktivti ini diadakan bagi memberi pengetahuan kepada para peserta fungsi & kegunaan mesin pencetak.

Aktiviti

Melalui aktiviti ini, para peserta didedahkan serta diberi tunjuk ajar cara menggunakan mesin pencetak serta memperkenalkan fungsi-fungsi lain yang terdapat pada mesin pencetak seperti scan, fotostat dan lain-lain lagi.

 

TARIKH : 12 OKTOBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: PERKAKASAN KOMPUTER : ASAS PENJAGAAN KOMPUTER

Masa

: 2.00 petang – 3.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan kepada para peserta ialah menyedarkan para peserta pentingnya kenal jenis perkakasan dan cara penjagaan komputer 

Aktiviti

Para peserta akan mengenali jenis-jenis perkakasan dan fungsi.Seterusnya para peserta akan diberi tahu cara asas penjagaan komputer dengan betul. Jika kita tidak menjaga komputer dengan baik kemungkinan besar komputer akan mudah rosak. Penjagaan komputer sangat penting.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: E-PEMBELAJARAN : KUIZ ONLINE

Masa

: 3.00 petang – 4.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji kefahaman para peserta tentang perkakasanan dan penjagaan komputer.

Aktiviti

Aktiviti ini dapat membantu para peserta lebih memahami apa yang telah diajar oleh petugas. Ramai para peserta dapat menjawab kuiz dengan baik dan mereka dapat ilmu pengetahuan lebih meluas. Adanya aktiviti ini para peserta dapat mejaga komputer di rumah ataupun di sekolah ataupun di tempat kerja. 

 

TARIKH : 13 OKTOBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH DAN BENGKEL ADVOKASI : ADUAN DAN MAKLUMAT PALSU

Masa

: 2.00 petang – 4.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

 

Tujuan

Tujuan ceramah dan bengkel ini dapat mengurangkan maklumat palsu kerana masih ramai yang mudah percaya pada info terkini yang viral pada zaman sekarang.

Aktiviti

Para peserta mendengar ceramah daripada petugas dan petugas akan memberi contoh maklumat palsu kepada para peserta. Adanya sebenarnya.my dapat membantu kita semua supaya tidak mudah menyebarkan maklumat yang tidak betul. Para peserta boleh membuat aduan jika maklumat yang tidak benar disiarkan di sosial media. Adanya aktiviti ini dapat menyedarkan semua orang supaya tidak mudah tertipu di mana sahaja laman web ataupun sosial media.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: MULTIMEDIA : MEWARNI DUNIA ANDA

Masa

: 4.00 petang –5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini dapat menarik minat para peserta untuk berkarya seni mewarna menggunakan komputer.

Aktiviti                                            

Aktiviti ini dapat menjana pendapatan jika para peserta berusaha belajar berkarya menggunkan aplikasi yang ada di websites. Dengan kemudahan Internet dapat membantu para peserta berkarya seni mewarna.

 

TARIKH : 17 OKTOBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : KEGANASAN SIBER

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

 

Tujuan

Bengkel Advokasi yang diadakan bertujuan untuk meyampaikan maklumat dan kesedaran kepada komuniti setempat khususnya golongan pelajar sekolah.

Aktiviti

Melalui bengkel ini, petugas memberi ceramah kesedaran dengan tayangan slide bertajuk ‘Keganasan Siber’ iaitu perbuatan jenayah yang bertujuan menimbulkan ketakutan orang awam, kumpulan individu atau individu tertentu, dilakukan demi mencapai matlamat politik Petugas juga memberi penerangan kepada para peserta tentang contoh keganasan siber iaitu kumpulan penganas, cara keganasan siber dilakukan kesan & akibat buruk keganasan siber..

 

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT EXCEL

Masa

: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

 

Tujuan

Memberi bengkel & latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang fungsi Microsoft Excel iaitu cara membuat mengisi data, menambah formula dan menggunakan Tools yang ada pada ribbon tab Microsoft Excel. Setelah memberi penerangan kepada para peserta serta demonstarsi, para peserta diberi tugasan dan latihan oleh petugas.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: DASHBOARD KOMUNITI : MY PLACE

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang fungsi dan kelebihan aplikasi Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti serta modul My Place yang mempunyai fungsi untuk menandakan tempat-tempat yang terdapat pada MAPS di dalam My Place.

 

TARIKH : 22 OKTOBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: LATIHAN KEUSAHAWANAN : LOGO

Masa

: 9.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Memberi latihan & bimbingan kepada usahawan yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan

Aktiviti 

Melalui bengkel ini, petugas membantu usahawan untuk memilih & membuat logo yang bersesuaian mengikut jenis perniagaan yang telah dijalankan. Lakaran logo syarikat dibuat oleh peserta mengikut tema, bentuk, warna dan jenis perniagaan

 

Program / Aktiviti / Kelas

: LATIHAN KEUSAHAWANAN : MICROSOFT OFFICE

Masa

: 11.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Memberi bengkel & latihan keusahawanan kepada para peserta melalui perisian Microsoft Office untuk membuat buku profil syarikat, iklan dan sebagainya.

Aktiviti

Petugas membimbing usahawan baru untuk membuat profil perniagaan melalui Microsoft Word yang melibatkan lesen, pinjaman bank, sejarah penubuhan syarikat untuk dimasukkan didalam buku profil.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT WORD : TYPING

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Memberi bengkel & latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang fungsi Microsoft Word iaitu cara menaip, meletakkan jenis tulisan, garisan, warna tulisan dan lain-lain lagi. Peserta turut diberikan kuiz dan latihan setelah bengkel dijalankan.