LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2020
TARIKH : 04 SEPTEMBER 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: TMK : CARA MENINGKATKAN KELAJUAN INTERNET PADA TELEFON MUDAH ALIH |
Masa |
: 2.00 petang –3.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini ialah mengenalpasti masalah internet di telefon mudah alih.
Aktiviti
Ceramah ini dapat membantu para peserta meningkatkan kelajuan internet pada telefon mudah alih mereka. Petugas memberi tahu bahawa terlalu banyak aplikasi dalam telefon mudah alih juga fakto utama penyebab internet anda pelahan. Untuk mengurangkan masalah ini, para peserta akan membuang aplikasi yang tidak penting atau menutup data untuk aplikasi tersebut.
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI : CERAMAH CARA MELINDUNGI DATA PERIBADI DAN PRIVASI ANDA DALAM TALIAN |
Masa |
: 3.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Tujuan ceramah advokasi ini ialah menyedarkan para peserta bahawa pentingnya melindungi data peribadi di dalam talian.
Aktiviti
Pentingnya ceramah ini kepada para peserta kerana pada zaman sekarang terlalu banyak scammer yang menggunakan data kita tanpa kita sedar. Para peserta akan lebih berhati-hati agar data mereka tidak disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Program / Aktiviti / Kelas |
: MULTIMEDIA : MELAYARI YOUTUBE KRAFTANGAN |
Masa |
: 4.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
:4 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk menyemai semangat hari Malaysia dan memberi semangat para peserta untuk menghasilkan kraftangan pada masa akan datang.
Aktiviti
Semperna hari Malaysia aktiviti ini sangat menarik minat para peserta dan dapat memupuk semangat mencintai negara kita Malaysia. Adanya kraftangan yang terkenal di Malaysia dapat menjanakan pendapatan tidak mengira usia. Banyak kebaikan apabila para peserta melihat video kraftangan.
TARIKH : 06 SEPTEMBER 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD : ASAS MENAIP |
Masa |
: 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini untuk para peserta belajar menaip sajak agar lebih mudah melaksanakan tugasan pada masa akan datang dengan adanya asas menaip ini.
Aktiviti
Pada zaman sekarang asas menaip sangat penting kerana kita berada di zaman digital. Adanya petugas pusat internet yang dapat mengajar dan membantu para peserta ataupun komuniti yang memerlukan bantuan yang menggunakan komputer dan intnernet.
Program / Aktiviti / Kelas |
: TMK : CERAMAH TENTANG APLIKASI BOOST |
Masa |
: 2.00 petang – 3.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Tujuan mengenali aplikasi boost kepada para peserta kerana masih ramai yang tidak tahu kewujudan aplikasi ini.
Aktiviti
Aplikasi ini sangat menarik dan senang digunakan dimana sahaja. Para peserta tidak perlu risau untuk bebelanja walaupun tidak membawa wang secara tunai.Adanya aplikasi ini dapat memudahkan para peserta untuk bebelanja.
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI : ETIKA DAN BAHASA KETIKA BERKOMUNIKASI DI MEDIA SOSIAL |
Masa |
: 3.00 petang –5.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini ialah memberi kesedaran kepada para peserta pentingnya beretika dan bahasa ketika berada di media sosial.
Aktiviti
Media sosial sangat mudah dan ramai yang menggunakan media sosial pada zaman sekarang. Pentingnya etika dan bahasa ketika berada di dalam media sosial. Hati-hati ketika berada di media sosial jadilah pengguna yang bijak.
TARIKH : 09 SEPTEMBER 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN KAWASAN PUSAT INTERNET |
Masa |
: 8.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: Petugas Pusat Internet Kampung Pinang |
Tujuan
Mengadakan kerja-kerja pembersihan & nyahkuman di kawasan skitar PI Kampung Pinang
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan bermula pada jam 8.00 pagi. Kerja-kerja pembersihan Pusat Internet dilakukan disekitar kawasan luar PI untuk membersihkan kawasan longkang, simen, membersih koridor, cermin, pintu dan lain-lain lagi. Kawasan dalam Pusat Internet juga dilakukan pembersihan untuk membuang debu dan habuk serta membersihkan & membuang kotak-kotak barangan yang tidak digunakan lagi.
TARIKH : 12 SEPTEMBER 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : JENIS-JENIS JENAYAH SIBER |
Masa |
: 8.00 pagi – 9.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Bengkel Advokasi yang diadakan bertujuan untuk meyampaikan maklumat dan kesedaran kepada komuniti setempat khususnya golongan pelajar sekolah.
Aktiviti
Melalui bengkel ini, petugas memberi ceramah kesedaran dengan tayangan slide mengenai jenis-jenis jenayah siber kepada para peserta. Antara pengisian bengkel yang dikendalikan oleh petugas adalah pendedahan mengenai :
• Scam
• Cyber Grooming
• Buli siber
• Penipuan Kewangan
Petugas juga memberikan penerangan mengenai kesan negatif serta langkah pencegahan kepada para peserta untuk mengelakkan jenayah siber berlaku kepada para peserta. Selain itu, petugas juga menerangkan fungsi & peranan pihak berwajib seperti SKMM & pihak Polis untuk mengendalikan masalah jenayah siber.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT POWERPOINT |
Masa |
: 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Memberi latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian komputer seperti perisian Microsoft Office.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara membuat slide dan slide baru dengan tools yang terdapat pada ribbons Microsoft PowerPoint. Para peserta kemudiannya diberikan latihan dan tugasan untuk menyiapkan satu presentation slide yang bertajuk ‘Jenis Aplikasi Permainan telefon’
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL & CERAMAH APLIKASI DASHBOARD : MY SHOP |
Masa |
: 11.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para peserta tentang fungsi dan kelebihan aplikasi Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti serta modul My Shop yang mempunyai fungsi untuk membantu usahawan tempatan khususnya ahli Pusat Internet Kampung Pinang untuk mempromosikan produk & perniagaan melalui aplikasi My Shop.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL GMAIL |
Masa |
: 2.00 petang – 3.00 petang |
Lokasi |
: Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara membuat akaun Gmail.
Aktiviti
Melalui bengkel ini, petugas memberi penerangan kepada peserta cara membuat akaun gmail mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan serta cara menghantar emel, memadam emel & lain-lain lagi.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL BAITULMAL |
Masa |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Membantu peserta untuk membuat permohonan mendapatkan bantuan melalui Baitulmal.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan pendaftaran permohonan Baitulmal secara online untuk permohonan bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu petugas turut membantu para peserta mengisi maklumat peribadi serta data-data penting kedalam sistem permohonan bantuan Baitulmal.
TARIKH : 19 SEPTEMBER 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : OVERSHARING |
Masa |
: 8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 17 orang |
Tujuan
Bengkel Advokasi yang diadakan bertujuan untuk meyampaikan maklumat dan kesedaran kepada komuniti setempat khususnya golongan pelajar sekolah.
Aktiviti
Melalui bengkel ini, petugas memberi ceramah kesedaran dengan tayangan slide bertajuk ‘OVERSHARING’ atau lebih dikenali berkongsi secara berlebihan diinternet. Petugas juga memberi penerangan kepada para peserta tentang keburukan serta contoh berkongsi secara berlebihan yang boleh membawa masalah kepada pengguna internet. Sesi soal jawab & kuiz turut diadakan berkenaan oversharing.
Program / Aktiviti / Kelas |
: COMBO KUIZ KEMERDEKAAN |
Masa |
: 10.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 17 orang |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan am peserta mengenai kemerdekaan Malaysia. Memupuk semangat cintakan Malaysia sempena Hari Kemerdekaan yang ke 63 tahun.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan kuiz bertemakan kemerdekaan secara atas talian melalui tunjuk ajar para petugas. Melalui aktiviti ini, peserta turut didedahkan dengan pengetahuan am & pengetahuan digital.
Program / Aktiviti / Kelas |
: LET’S COLOURING : BENDERA MALAYSIA |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 17 orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk menanam semangat cinta akan negara melalui perandingan mewarna secara digital khusus untuk ahli pusat internet.
Aktiviti
Melalui aktiviti ini, para peserta didedahkan dengan penggunaan aplikasi Microsoft Paint & penggunaan laman web supercolouring.com untuk aktiviti mewarna secara digital yang bertemakan ‘Hari Malaysia’.
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: TMK : PENGENALAN KEPADA INTERNET ( DAFTAR ONLINE UITM ) |
Masa |
: 2.00 petang – 3.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini membantu para peserta untuk daftar kemasukan pelajar baru ke UITM 2020
Aktiviti
Petugas akan membantu para peserta untuk mendaftar masuk ke UITM secara online.Adanya pusat internet anak muda dapat mengemaskini data mereka secara online. Pentingnya pusat internet kepada komuniti setempat. Senarai dokument yang patut dikemaskini oleh para peserta dapat dilaksanaka dengan baik.
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI : E-WASTE |
Masa |
: 3.00 petang –4.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan advokasi e-waste untuk menyedarkan para peserta bahawa pentingnya penjagaan alam sekitar.
Aktiviti
Jadilah manusia yang mengambil berat tentang alam sekitar dan membantu untuk mengikatkan pendapatan barang kitar semula di negara kita. Adanya e-waste para peserta dapat membantu menjaga alam sekitar dengan baik dan betul.
TARIKH : 23 SEPTEMBER 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL BAITUMAL (SESI 2) |
Masa |
: 8.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Membantu peserta untuk membuat permohonan mendapatkan bantuan melalui Baitulmal.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan pendaftaran permohonan Baitulmal secara online untuk permohonan bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu petugas turut membantu para peserta mengisi maklumat peribadi serta data-data penting kedalam sistem permohonan bantuan Baitulmal.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL & CERAMAH ADVOKASI : SEXTING |
Masa |
: 2.00 petang – 3.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Bengkel advokasi yang diadakan bertujuan untuk meyampaikan maklumat dan kesedaran kepada komuniti setempat khususnya golongan pelajar sekolah.
Aktiviti
Petugas memberi ceramah berbentuk tayangan video & slide iaitu berkaitan dengan ‘sexting’ serta menerangkan kepada para peserta tentang contoh sexting yang sering di dalam internet kepada kanak-kanak & cara untuk mengelakkan diri daripada mangsa sexting.
Program / Aktiviti / Kelas |
: E-PEMBELAJARAN : KUIZ PERIBAHASA |
Masa |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 17 orang |
Tujuan
Memberi latihan & aktiviti pembelajaran secara atas talian kepada para peserta yang berkaitan dengan kuiz iaitu ‘Kuiz Peribahasa’.
Aktiviti
Petugas memperkenalkan kepada para peserta aktiviti kuiz atas talian yang melibatkan aktiviti pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu.