LAPORAN AKTIVITI JULAI 2020

 

 

TARIKH : 09 JULAI 2020

 

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MULTIMEDIA :SUNTINGAN IMEJ

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bengkel dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group)

Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

 

Tujuan aktiviti suntingan gambar mengajar para peserta mengambil gambar dengan sudut yang betul.

 

Aktiviti

 

Dengan aktiviti ini, para peserta dapat pengetahuan tentang suntingan gambar menggunakan telefon pinta dan para peserta juga dapat belajar edit gambar menggunakan aplikasi edit gambar menjadi lebih nampak cantik dan mudah digunakan oleh para peserta. Para peserta mengambil gambar mengikut kreativiti masing-masing.

 

 

 

Program / Aktiviti / Kelas

: TMK : APA ITU INTERNET

Masa

: 10.00 pagi – 12.00 petang

Lokasi

: Bengkel dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group)

Peserta

: 6 orang

 

Tujuan

 

Tujuan memperkenalkan apa itu internet kepada para peserta agar lebih mengenali dunia internet.

 

Aktiviti

 

Para peserta dapat mengenali internet dan cara menjadi pengguna internet yang bijak dalam melaksanakan segala urusan yang memerlukan internet. Zaman sekarang internet amat penting kerana lebih mudah digunakan oleh semua orang. Masih banyak lagi pengguna yang tidak mahir tentang internet. Internet yang semakin maju dari segi ekonomi dapat meningkatakan taraf hidup para peserta yang mempunyai perniagaan sendiri secara kecik ataupun besar. Penggunaan internet yang semakin meluas dapat memudahkan segala urusan secara online.

 

 

Program / Aktiviti / Kelas

: E-PEMBELAJARAN : KUIZ TEKNOLOGI MAKLUMAT

Masa

:12.00 petang – 1.00 petang

Lokasi

: Bengkel dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group)

Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

 

Kuiz ini dilaksanakan kepada pada peserta untuk memastikan kefahaman mereka terhadap teknologi maklumat.

 

Aktiviti

 

Adanya kuiz ini, para peserta dapat menjawab kuiz dengan baik kerana kuiz tersebut lebih kepada pengetahuan teknologi maklumat. Para peserta dapat menjawab kuiz online dengan baik dan para serta juga dapat ilmu pengetahuan tentang teknologi zaman sekarang.

 

 

TARIKH : 10 JULAI 2020 

 

Program / Aktiviti / Kelas

: LATIHAN KEUSAHAWANAN : LATIHAN ASAS MEDIA BARU (FACEBOOK)

Masa

: 9.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bengkel dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group)

Peserta

: orang

 

Tujuan

 

Tujuan aktiviti ini dapat memudahakan para peserta mempromosikan barang jualannya menggunakan facebook.

 

Aktiviti

 

Facebook adalah sebuah tapak rangkaian social yang mempunyai ramai pengguna setiap tahun. Facebook juga mudah digunakan oleh semua orang. Selain itu, facebook juga aplikasi kedua paling cepat dapat maklumat terkini. Ramai yang menggunakan facebook untuk urusan peribadi ataupun business secara online. Petugas mengalakan para peserta mempunyai akuan facebook masing-masing agar lebih mudah memulakan business secara online menggunakan facebook.

 

 

 

Program / Aktiviti / Kelas

: MICROSOFT OFFICE : PUBLISHER

Masa

: 10 .00 pagi –12 .00 petang

Lokasi

: Bengkel dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group)

Peserta

: 3 orang

 

Tujuan

 

Mengajar cara guna publisher kepada para peserta mudah membuat logo harga produk.                            

 

Aktiviti

 

Publisher memudahkan para peserta membuat signs dengan menggunakan Microsoft office publisher. Petugas telah memberi cara untuk menggunakan Microsoft publisher kepada para peserta. Para peserta dapat mengikuti kelas ini.

 

                                

 

Program / Aktiviti / Kelas

: ADVOKASI : KELEBIHAN DAN KEBURUKAN INTERNET

Masa

: 2.00 petang –4.00 petang

Lokasi

: Bengkel dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group)

Peserta

: 3 orang

 

Tujuan

 

Aktiviti ini dapat membantu para peserta membuat penilaian kelebihan dan keburukan internet pada zaman sekarang.

 

Aktiviti

 

Penerangan tentang isu semasa yang banyak berlaku di dalam laman sosial ataupun website. Zaman sekarang ramai yang mencari duit dengan cara kotor seperti menyebarkan maklumat palsu ataupun scam orang. Adanya aktiviti ini para peserta lebih sedar tentang masalah tersebut. Selepas ini, Para peserta akan lebih berhati-hati dalam dunia internet dan menjadi pengguna internet yang bijak. Kebaikan dan keburukan internet ini amat luas tanpa kita sedar kita akan mudah percaya terhadap info terkini.

 

TARIKH : 11 JULAI 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL KENALI PUSAT INTERNET KAMPUNG PINANG

Masa

: 10.00 pagi –4.30 petang

Lokasi

: Bengkel dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group)

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Bengkel ini beryujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar sekolah tentang penubuhan Pusat Internet serta beberapa jenis kelas latihan ICT yang disediakan kepada pengunjung pusat internet secara online melalui group kelas whatsapp. Selain itu, melalui bengkel ini, petugas dapat mempromosikan Pusat Internet kepada para peserta khususnya kepada golongan usahawan untuk meningkatkan kemahiran di dalam bidang ICT.

Aktiviti

Petugas menerangkan tentang matlamat penubuhan PI kepada pelajar serta petugas-petugas yang berkhidmat di PI Kampung Pinang, Kota Samarahan Elemen-elemen yang terdapat dalam info penerangan:

a)       Pengenalan petugas PI.

b)       Kadar bayaran ahli dan bukan ahli.

c)       Waktu operasi PI.

d)       Larangan dan salah laku semasa di PI.

e)       Perkhidmatan yang disediakan di PI.

f)       Pinjaman Netbook

TARIKH : 12 JULAI 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: ADVOKASI : CERAMAH & BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK

(MOBILE E-WASTE)

Masa

: 9.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta kepentingan membuang & mengitar semula semua peranti mudah alih yang telah tamat jangka hayat secara selamat & mesra alam.

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat tentang cara membuang & mengitar semula peranti mudah alih serta petugas membuat demonstrasi cara mengitar semula ke tempat/kotak khas yang disediakan. Setelah taklimat & bengkel dilaksanakan, petugas mengajukan kuiz berkaitan Kempen Mobile E-Waste.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL & KUIZ DASHBOARD KOMUNITI

Masa

: 11.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PI Kampung Pinang

Peserta

: 3 orang

Tujuan

Memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti & beberapa modul yang boleh mendatangkan manfaat kepada komuniti setempat.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti serta modul Dashboard Komuniti iaitu :

•        My Komuniti

•        My Shop

•        My Place

•        My Health

•        My Soal

Para peserta secara langsung membuka aplikasi Dashboard Komuniti melalui komputer & telefon pintar untuk mempelajari setiap fungsi modul yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti.

TARIKH : 18 JULAI 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL PERKAKASAN & PERISIAN KOMPUTER

Masa

: 8.00 pagi – 9 .00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para peserta asas pengenalan perkakasan & perisian komputer.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang jenis-jenis perkakasan & perisian komputer melalui tayangan slide. Kemudian petugas mengadakan kuiz untuk menguji kefahaman peserta tentang komputer.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT OFFICE (MICROSOFT WORD)

Masa

: 9.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PI Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberi bengkel & latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.

Aktiviti

Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan dengan fungsi Microsoft Office yang sangat penting untuk memproses data seperti surat, laporan & lain-lain lagi. Selain itu, fungsi tab-tab pada ribbon juga turut didedahkan kepada para peserta.

TARIKH : 19 JULAI 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: ADVOKASI : CERAMAH & BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK (TIPS KDB)

Masa

: 9.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI Kampung Pinang

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Memberi ceramah kepada para peserta berbentuk tips mengenai keselamatan melayari internet di laman sosial.

Aktiviti

Ceramah dimulakan dengan tayangan slide oleh petugas dengan memberi penerangan kepada para peserta tips ketika bersosial di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain lagi.

a)       Antara tips yang dikongsikan oleh petugas :

•        Lindungi maklumat peribadi

•        Jaga kesopanan di internet

•        Amalkan penggunaan internet yang bijak

•        Berhati-hati ketika membuat posting/share untuk menggelak salah paham

•        Add/follow rakan-rakan yang dikenali

Petugas juga melaksanakan sesi pertanyaan & kuiz kepada para peserta berkaitan dengan keselamatan ketika di media sosial