LAPORAN AKTIVITI JUN 2020
TARIKH : 20 JUN 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD KUIZ ONLINE |
Masa |
: 8.00 pagi –10.00 pagi |
Lokasi |
: Bengkel dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group) |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Tujuan bengkel Microsoft word kuiz online kepada para peserta melalui aplikasi whatsapp.
Aktiviti
Aktiviti ini berjalan secara online dengan menggunakan aplikasi whatsapp kerana para peserta lebih mudah menggunakan whatsapp untuk mengikuti kelas secara online. Dengan pertama kali dilaksanakan oleh pihak kami petugas akan menyediakan soalan yang berkaitan dengan aktiviti ini. Para peserta telah Berjaya menjawap kuiz secara online.
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI : CERAMAH APA ITU COVID19 & BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK SECARA ONLINE |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 petang |
Lokasi |
: Bengkel dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group) |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Tujuan Ceramah tajuk Apa itu covid19 kepada para peserta kerana negara kita tengah menghadapi wabak ini.
Aktiviti
Dengan adanya aktiviti ini para peserta dapat tahu isu semasa iaitu wabak virus covid19 yang melanda di seluruh Negara. Petugas memberi tahu tentang covid19 melalui aplikasi whatsapp kepada para peserta. Apa itu covid19 dan bagaimana wabak ini boleh merebak. Para peserta dapat menerima segala info dengan baik.
Program / Aktiviti / Kelas |
: LATIHAN USAHAWANAN MUDA KAMPUNG |
Masa |
: 12.00 petang – 1.00 petang |
Lokasi |
: Latihan dilakukan secara atas talian (Video Call Whatsapp) |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan usahawanan muda kampung secara online melalui aplikasi Whatsapp kepada para peserta.
Aktiviti
Para peserta akan mengisi data mereka apabila petugas minta. Seterusnya para peserta akan dapat video call dari para petugas untuk menjelaskan latihan usahawanan secara online. Para peserta dapat menerima latihan ini dengan baik. Para peserta telah berani membuat business secara online walaupun lagi baru dalam bidang perniagaan. Adanya kami petugas memberi tunjuk ajar dengan sebaik mungkin untuk membantu usahawan di sini.
TARIKH : 21 JUN 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI & BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK ( MAKLUMAT PALSU) |
Masa |
: 9.00 pagi –10 .00 pagi |
Lokasi |
: Ceramah dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group) |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan kami membuat aktiviti ini kerana semakin meningkat kes maklumat palsu yang telah viral oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Aktiviti
Adanya aktiviti ini petugas akan menyampaikan kepada para peserta tentang maklumat palsu. Sebelum maklumat palsu semakin meningkat kami pihak petugas sentiasa updates tentang maklumat dan memberi tahu kepada semua bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar. Para peserta dapat menilai sendiri yang mana benar betul ataupun salah.
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI : CERAMAH BERTAJUK LANGKAH – LANGKAH MENGATASI WABAK VIRUS COVID19 |
Masa |
: 10.00 pagi –12.00 petang |
Lokasi |
: Latihan dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group) |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini untuk menyedarkan para perserta dengan norma baru.
Aktiviti
Aktiviti ini dilakukan secara online dan para peserta dapat menerima norma baru iaitu mengikuti SOP KKM. Banyak kebaikkan yang kita dapat apabila mengikuti langkah-langkah mengatasi wabak covid19.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT POWERPOINT KUIZ ONLINE |
Masa |
: 2.00 petang –4.00 petang |
Lokasi |
: Bengkel dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group) |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dapat membantu para peserta mengenali Microsoft powerpoint.
Aktiviti
Dengan adanya kuiz secara online ini dapat membantu para peserta mengenali cara menggunakan powerpoint. Para peserta dapat menjawab kuiz dengan baik atas tunjuk ajar daripada petugas.
TARIKH : 24 JUN 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL ONLINE KENALI PERKAKASAN & PERISIAN KOMPUTER |
Masa |
: 2.00 petang – 3.00 petang |
Lokasi |
: Bengkel dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group) |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan selama satu jam untuk mengasah pengetahuan asas para peserta berkenaan perkakasan & perisian komputer yang dilakukan secara online.
Aktiviti
Bengkel ini diadakan secara online melalui ‘Group Whatsapp’ yang berlangsung selamat satu jam. Bengkel ini melibatkan aktiviti pembelajaran pengenalan perkakasan & perisian komputer untuk mengasah kefahaman para peserta tentang fungsi dan jenis perkakasan & perisian komputer. Setelah petugas memberi penerangan bergambar, sesi kuiz bergambar diadakan untuk menguji kefahaman peserta melalui bengkel secara online ini.
Program / Aktiviti / Kelas |
: KUIZ ONLINE : APA ITU COVID19? LANGKAH PENCEGAHAN? |
Masa |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Kuiz dilakukan secara atas talian (Whatsapp Group) |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Kuiz ini dilakukan untuk menguji kefahaman para peserta tentang Virus Covid-19
Aktiviti
Kuiz ini diadakan secara online melalui ‘Group Whatsapp’ yang berlangsung selamat dua jam. Kuiz ini dimulakan dengan penerangan tentang covid19 seperti asal usul virus, bagaimana virus ini merebak, statistic terkini covid19 diseluruh negara dan lain-lain lagi oleh petugas kepada para peserta secara online. Kuiz bergambar kemudiannya dilakukan untuk mengetahui sama ada para peserta memahami keadaan & bahaya covid19 sekiranya tidak dibendung.