LAPORAN AKTIVITI MAC 2020

TARIKH : 1- 14 MAC 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP (BSH)

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Tujuan

Membantu komuniti sekitar PI Kampung Pinang untuk mengemaskini Bantuan Sara Hidup dan lain-lain secara Online.

Aktiviti

Bengkel ini dikendalikan oleh petugas PI Kampung Pinang dengan memberikan bantuan kepada komuniti setempat untuk mengemaskini Bantuan Sara Hidup secara atas talian yang terbuka kepada semua ahli PI Kampung Pinang yang layak mendapat bantuan tersebut.

TARIKH : 6 MARCH 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT OFFICE : RESUME

Masa

:8.00 pagi –10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Bengkel Microsoft word kepada para peserta yang ingin mencari pekerjaan.

Aktiviti

Para peserta yang tidak tahu cara buat resume mengikut format yang betul. Dengan ini, petugas akan membantu dan mengajar cara membuat resume yang ringkas tetapi isi yang sangat padatdi dalam resume mereka.

Program / Aktiviti / Kelas

: MELAYARI INTERNET : YOUTUBE

Masa

:2.00 petang – 4.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Melayari internet yang berfaedah dengan menggunakan youtube.

Aktiviti

Para peserta akan melayari youtube dan melihat perkara yang berfaedah sahaja.

TARIKH : 08 MARCH 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT PUBLISHER : POSTER

Masa

:8.00 pagi –10 .00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 8 orang

Tujuan

Bengkel Microsoft publisher poster kepada para peserta.

Aktiviti

Para peserta akan diajar cara membuat poster dengan menggunkan Microsoft publisher kerana lebih mudah untuk digunakan.

Program / Aktiviti / Kelas

: TMK : KUIZ SAINS

Masa

: 10.00 pagi –1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 8 orang

Tujuan

Menjawab kuiz sains bersama para peserta.

Aktiviti

Para peserta sangat menyukai aktiviti ini kerana dapat menguji kecerdasan minda mereka. Dengan menggunakan internet para peserta memjawab kuiz secara online.

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH ADVOKASI : WASPADA EMEL SPAM MENGANDUNGI VIRUS KOMPUTER “KORONAVIRUS”

Masa

: 2.00 petang –400 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 8 orang

Tujuan

Memberi ceramah tentang waspada emel spam yang mengandungi virus kepada para peserta.

Aktiviti

Para peserta akan mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh pertugas. Petugas akan memberi tahu tentang virus terkini yang tengah sangat iaitu koronavirus.

TARIKH : 13 MAC 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

Masa

: 8.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan                     

Petugas memberi ceramah keusahawanan kepada peserta sebagai permulaan untuk perancangan memulakan bisnes iaitu ceramah ‘Perniagaan online & Latihan Keusahawanan’.

Aktiviti

Petugas memberi ceramah keusahawanan kepada peserta sebagai permulaan untuk perancangan memulakan bisnes iaitu ceramah ‘Perniagaan online & Latihan Keusahawanan’.

TARIKH : 14 MAC 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL USAHAWAN : MICROSOFT WORD (KATALOG RAYA)

Masa

: 8.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberikan latihan & tunjuk ajar kepada peserta menggunakan perisian Microsoft Office Word untuk tujuan membuat buku katalog kek lapis.

Aktiviti

Melalui ceramah ini, petugas memberi ceramah keusahawanan kepada peserta sebagai permulaan untuk perancangan memulakan bisnes iaitu ceramah ‘Perniagaan online & Latihan Keusahawanan’.

Program / Aktiviti / Kelas

: KDB BENGKEL KEUSAHAWANAN : PERNIAGAAN SECARA ONLINE

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberi bimbingan kepada peserta tentang cara merancang strategi perniagaan secara online.

Aktiviti

Memberi bimbingan kepada peserta tentang cara merancang strategi perniagaan secara online disamping dapat memberi tunjuk ajar kepada usahawan baru yang baru berjinak dalam bidang keusahawanan khususnya golongan luar bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka.

TARIKH : 15 MAC 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: ADVOKASI : CERAMAH & BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK (TIPS

BERSWAFOTO DI LAMAN SOSIAL) & KDB GAMES : KAHOOT QUIZ

(KEWASPADAAN DI ALAM SIBER)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 8 orang

Tujuan                                        

Ceramah tentang profile palsu kepada para peserta.

Aktiviti

Petugas memberi ceramah berbentuk tayangan slide yang bertajuk ‘Tips Berswafoto Di Laman Sosial’ yang memberi penerangan kepada para peserta tentang cara yang betul dan salah untuk berkongsi foto peribadi di laman sosial misalnya di Facebook, Whatsapp dan lain-lain lagi. Selain itu, permainan Klik Dengan Bijak yang berbentuk kuiz di Kahoot yang melibatkan aktiviti secara individu juga dilakukan dalam aktiviti ini. Permainan ini yang bertajuk ‘SELFIE’ melibatkan aktiviti pemain diminta memilih jawapan yang betul mengikut pilihan jawapan yang diberikan.                                

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT POWERPOINT

Masa

: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Memberi latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang fungsi Microsoft Powerpoint iaitu cara membuat slide, menambah slide dan menggunakan Tools yang ada pada ribbon tab Microsoft Powerpoint. Setelah memberi penerangan kepada para peserta serta demonstarsi, para peserta diberi tugasan dan latihan oleh petugas.

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL HRMIS

Masa

: 2.00 petang – 500 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menggunakan internet untuk mencari laman web pendaftaran maklumat sumber manusia.

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas untuk mengisi maklumat di dalam laman web ‘HRMIS’ untuk mengemaskini maklumat baru peserta di dalam laman web tersebut.