LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2020
TARIKH : 1- 29 FEBRUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP (BSH) |
Masa |
: 8.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Tujuan
Membantu komuniti sekitar PI Kampung Pinang untuk mengemaskini Bantuan Sara Hidup dan lain-lain secara Online.
Aktiviti
Bengkel ini dikendalikan oleh petugas PI Kampung Pinang dengan memberikan bantuan kepada komuniti setempat untuk mengemaskini Bantuan Sara Hidup secara atas talian yang terbuka kepada semua ahli PI Kampung Pinang yang layak mendapat bantuan tersebut.
TARIKH : 2 FEBRUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI & KDB GAMES : JENAYAH SIBER |
Masa |
: 8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Ceramah tentang jenayah siber kepada para peserta.
Aktiviti
Petugas akan memberi ceramah kepada para peserta tentang jenayah siber yang semakin berleluasa. Para peserta melihat sendiri jenis-jenis jenayah siber melalui video yang ditayangkan oleh petugas.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD : MENAIP DIALOG & BERDIALOG |
Masa |
: 11.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Bengkel menaip dialog dan berdialog antara para peserta.
Aktiviti
Petugas akan memberi tunjuk ajar cara membuat dialog dan para peserta menaip mengikut format dialog dengan betul. Seterusnya para peserta akan berdialog dengan para peserta yang lain agar mereka lebih faham apa itu dialog.
Program / Aktiviti / Kelas |
: MULTIMEDIA : MEWARNA |
Masa |
:2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran multimedia para peserta.
Aktiviti
Aktiviti ini sangat disukai oleh para peserta kerana para peserta minat mewarna menggunakan komputer. Dengan aktiviti ini petugas dapat mengajar para peserta mewarna dengan betul. Sangat mudah mewarna menggunakan komputer.
TARIKH : 8 FEBRUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : PENGENALAN KEMPEN KLIK DENGAN BIJAK |
Masa |
: 8.00 pagi – 9.30 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberikan pendedahan kepada para peserta tentang pengenalan kempen Klik Dengan Bijak (KDB).
Aktiviti
Melalui ceramah ini, para peserta diberi pendedahan mengenai fungsi kempen Klik Dengan Bijak yang bertujuan untuk memberi galakkan kepada pengguna internet secara positif. Para peserta juga didedahkan tentang objektif dan maksud internet serta kebaikan internet ketika melayari kemudahan internet.
Program / Aktiviti / Kelas |
: KDB GAMES : KAHOOT KUIZ |
Masa |
: 9.30 pagi –10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memperkenalkan program / aktiviti kesedaran kepenggunaan internet melalui kuiz secara atas talian.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan penerangan oleh petugas tentang cara menjawab kuiz KAHOOT iaitu menjawab kuiz secara online yang bertajuk ‘Kempen Klik Dengan Bijak’. Para peserta dikehendaki menaip ‘code’ yang telah terpapar di skrin laptop admin melalui komputer masing-masing kemudian menaip nama untuk menyertai kuiz tersebut. Para peserta kemudian diarahkan untuk menjawab soalan berbentuk objektif mengenai ‘Klik Dengan Bijak’ mengikut masa yang telah ditetapkan.
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL DASHBOARD : MY HEALTH |
Masa |
: 10.00 pagi –11.30 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para peserta tentang fungsi dan kelebihan aplikasi Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti serta modul My Health yang dapat memberi info kesihatan dan membolehkan peserta menjalani pemeriksaan kesihatan pada bila-bila masa di Pusat Internet. Para peserta juga didedahkan dan diperkenalan dengan peralatan i-health yang digunakan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
TARIKH : 15 FEBRUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI & KDB GAMES : PROFILE PALSU |
Masa |
:8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Ceramah tentang profile palsu kepada para peserta.
Aktiviti
Advokasi tentang profile palsu kepada para peserta. Profile palsu yang semakin banyak berlagu di laman social. Dengan ini petugas akan memberi contoh profile palsu kepada para peserta.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL POWERPOINT : MEMBUAT SLIDE |
Masa |
: 10.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Bengkel powerpoint membuat slide kepada para peserta.
Aktiviti
Bengkel powerpoint cara membuat slide kepada para peserta. Petugas akan menjelaskan cara membuat slide menggunakan powerpoint kepada para peserta. Seterusnya para peserta akan ikut satu per satu cara yang ditunjuk oleh petugas.
Program / Aktiviti / Kelas |
: TMK : KUIZ MENJAWAB SOALAN SECARA ONLINE (MATH) |
Masa |
: 2.00 petang –4.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Para peserta menjawab kuiz soalan math menggunakan komputer.
Aktiviti
Para peserta akan di beri kuiz secara online subjek math dengan ini para peserta akan lebih mahir mengira. Petugas akan membantu mereka cara mengira dan melihat markah siapa yang paling tinggi betul menjawab soalan tersebut.
TARIKH : 16 FEBRUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL DASHBOARD : MY SHOP |
Masa |
: 8 .00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para peserta tentang fungsi dan kelebihan aplikasi Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Petugas memperkenalkan modul My Shop yang terdapat aplikasi Dashboard Komuniti supaya aplikasi ini dapat digunakan oleh komuniti setempat khususnya kepada golongan usahawan. Melalui aplikasi ini, komuniti/ usahawan dapat mempromosikan produk/perkhidmatan mereka melalui akaun Dashboard Komuniti masing-masing melalui tunjuk ajar para petugas pusat internet.
Program / Aktiviti / Kelas |
: ASAS PENJAGAAN KOMPUTER & KUIZ |
Masa |
: 10 .00 pagi –12 .00 tengahari |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para peserta cara penjagaan perkakasan komputer.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menjaga perkakasan komputer serta memberi tips kepada para peserta supaya perkakasan komputer tahan lama. Selain itu, para peserta juga diberi latihan dan kuiz tentang cara penjagaan komputer dengan baik.
Program / Aktiviti / Kelas |
: HELLO! MR.GOOGLE |
Masa |
: 2.00 petang – 3.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberikan pendedahan kepada para peserta cara melayari internet.
Aktiviti
Petugas menunjukkan kepada para peserta cara mencari gambar dengan menggunakan carian internet melalui ‘Google Images’. Para peserta turut diberi latihan memuatnaik gambar melalui google images untuk disimpan di dalam fail komputer.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD : SHAPE & PICTURE |
Masa |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi bengkel & latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.
Aktiviti
Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan dengan cara meletakkan gambar & bentuk dalam Microsoft Office. Selain itu, fungsi tab-tab pada ribbon juga turut didedahkan kepada para peserta. Para peserta juga diberi latihan untuk membuat bentuk dan meletakkan gambar mengikut arahan yang telah diberikan.etugas menunjukkan kepada para peserta cara mencari gambar dengan menggunakan carian internet melalui ‘Google Images’. Para peserta turut diberi latihan memuatnaik gambar melalui google images untuk disimpan di dalam fail komputer.
TARIKH : 18 FEBRUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI : KEGANASAN SIBER |
Masa |
: 2.00 petang – 3.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Ceramah keganasan siber kepada para peserta.
Aktiviti
Ceramah advokasi tentang keganasan siber akan diperjelaskan oleh petugas apa itu kegagasan siber, macam mana boleh terjadi keganasan siber dan cara menghindari terkena keganasan siber kepada para peserta.
Program / Aktiviti / Kelas |
: DASHBOARD : MY SHOP |
Masa |
: 3.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Bengkel Dashboard : My Shop kepada para peserta.
Aktiviti
Petugas akan memberi penerangan tentang Dashboard kepada para peserta dan petugas akan mengajar masuk ke dalam dashboard mereka masing-masing. Petugas menerangkan tentang myshop yang ada di dalam dashboard ini.
Program / Aktiviti / Kelas |
: KUIZ ONLINE BAHASA MELAYU |
Masa |
: 4.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kuiz online bahasa melayu kepada para peserta.
Aktiviti
Bahasa melayu adalah bahasa kita tapi masih ramai kurang memahami bahasa melayu lebih mendalam. Dengan adanya kuiz Bahasa melayu para peserta dapat belajar tentang tatabahasa.
TARIKH : 21 FEBRUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: LATIHAN KEUSAHAWANAN : PROMOSI DALAM TALIAN |
Masa |
: 8.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Melahirkan serta memberi bimbingan kepada usahawan MUDA/BARU daripada komuniti setempat untuk memajukan perniagaan.
Aktiviti
Usahawan Kampung Pinang iaitu CIK AZLIN WAHED dan beberapa usahawan baru diberi pendedahan tentang cara untuk mempromosikan perniagaannya dan cara membuat ‘JAGUNG SUSU’ nya melalui media massa seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Melalui tips dan bengkel yang telah diberikan petugas PI Kampung Pinang, beliau mempromosikan bisnes makanan basahnya yang dibuat secara ‘LIVE’ di Facebook.
TARIKH : 22 FEBRUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI : KETAGIHAN INTERNET |
Masa |
: 8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Memberikan pendedahan kepada para peserta tentang keburukan penggunaan internet secara berlebihan.
Aktiviti
Petugas memberi ceramah berbentuk tayangan slide dan tayangan video yang bertajuk ‘Ketagihan Internet’ yang mendedahkan kepada para peserta risiko yang boleh terjadi apabila ketagih melayari internet sama ada bagi golongan dewasa hinggalah kanak-kanak. Selain itu, petugas juga turut memberikan contoh & tips kepada para peserta cara mengelakkan diri daripada ketagih dengan penggunaan internet.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT POWERPOINT |
Masa |
: 10.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Memberi bengkel & latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang fungsi Microsoft Powerpoint iaitu cara membuat slide, menambah slide dan menggunakan Tools yang ada pada ribbon tab Microsoft Powerpoint. Setelah memberi penerangan kepada para peserta serta demonstarsi, para peserta diberi tugasan dan latihan oleh petugas.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MULTIMEDIA |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Mendedahkan kepada para peserta tentang aplikasi laman web yang melibatkan aktiviti mewarna secara digital.
Aktiviti
Petugas melatih para peserta mewarna melalui aplikasi di dalam laman web. Peserta diberi latihan mewarna melalui pelbagai bentuk & imej.