LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2020
TARIKH : 5 JANUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI : PENIPUAN KEWANGAN |
Masa |
: 8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Tujuan menyedarkan para peserta tentang bahayanya pada zaman sekarang dan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang jenis-jenis penipuan kewangan.
Aktiviti
Melalui aktiviti ini, Para petugas menyampaikan info terkini tentang penipuan kewangan kepada para peserta yang semakin berleluasa. Pada zaman sekarang, teknologi yang semakin maju penjenayah ciber semangat berleluasa dengan ceramah ini para peserta dapat ilmu pengetahuan dan akan lebih berwaspada dengan penipuan kewangan. Seterusnya, Pihak petugas akan menjelaskan satu per satu jenis penipuan kewangan kepada para peserta.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD : ASAS MENAIP KARANGAN |
Masa |
: 11.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Tujuan ini para peserta dapat belajar asas menaip menggunakan Microsoft word.
Aktiviti
Aktiviti ini petugas akan memberi tunjuk ajar contoh karang kepada para peserta. Para peserta akan diajarkan cara menaip karangan dengan betul. Dengan menggunakan Microsoft word para peserta juga akan di beri tahu penggunaan tulisan dan saiz tulisan yang betul. Format untuk membuat karangan hendaklah betul kerana para peserta mesti mahir dalam asas menaip. Dengan adanya aktiviti ini, para peserta dan komuniti dapat mengingatkan kemahir dalam bidang IT.
Program / Aktiviti / Kelas |
: MULTIMEDIA : MANDALA ART |
Masa |
:2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Tujuan mandala art untuk para peserta lebih menjadi kreatif.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, petugas akan menarik minat para peserta untuk meningkatkan kemahiran multimedia art. Petugas akan menjelaskan cara – cara mewarna menggunakan mandala art kepada para peserta agar lebih kemas dan mahir mewarna menggunakan komputer. Petugas akan mengambil berat minat para peserta dalam seni multimedia ini.
TARIKH : 6 JANUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI : KESELAMATAN KOMPUTER |
Masa |
:8 .00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Ceramah advokasi tentang keselamatan computer kepada para peserta.
Aktiviti
Keselamatan komputer sangat penting dalam hidup para peserta kerana pada zaman sekarang ramai sangat penjenayah siber dengan ceramah ini para peserta dapat ilmu pengetahuan yang sangat berguna. Petugas akan memberi tahu cara melindungi data yang ada di dalam komputer. Kata laluan sangat berguna dalam computer kerana hanya pengguna yang mempunyai kata laluan sahaja yang dapat buka data yang ada di dalam komputer pengguna. Banyak kebaikan pada para peserta jika pandai menjaga data ataupun komputer mereka.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT WORD : CHART ( PERATUSAN ) |
Masa |
:10 .00 pagi –1 .00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran para peserta menggunakan Microsoft word.
Aktiviti
Dengan aktiviti ini, para peserta akan belajar benda yang sangat menarik iaitu Chart dengan menggunakan Microsoft word. Petugas akan memberi tunjuk ajar satu per satu kepada para peserta agar mudah mereka mengikuti aktiviti ini. Seterusnya, Para peserta akan melihat perubahan chart yang akan berubah jika memasukkan data setiap bahagian. Akhir sekali, para peserta dapat membuat chart dengan jayanya dan para peserta dapat lebih mahir menggunakan Microsoft word.
Program / Aktiviti / Kelas |
: DASHBOARD MY KOMUNITI |
Masa |
: 2.00 petang –4.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Para peserta mendengan ceramah tentang Dashboard tentang komuniti.
Aktiviti
Petugas akan memberi ceramah dan bengkel kepada para peserta cara menggunakan dashboard dengan betul. Petugas akan menerangkan apa itu My Komuniti yang ada di dalam Dashboard dan para peserta akan berkongsi info di dalam Dashboard mereka. Banyak kebaikan/kelebihan yang ada dalam My Komuniti.
TARIKH : 7 JANUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: TMK : SPEED TEST MENAIP |
Masa |
: 8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Para peserta yang mahir menggunakan computer dapat melihat kelajuan mereka menaip.
Aktiviti
Aktiviti ini sangat menarik minat pada para peserta, aktiviti ini ialah speed test menaip kerana para peserta yang mahir menggunakan komputer boleh melihat kehebatan mereka dalam menaip adakah menaip dengan baik dan pantas. Dengan adanya aktiviti ini petugas dapat menilai para peserta yang memiliki kemahiran menaip dengan baik. Para peserta sangat gembira mengikuti aktiviti ini.
Program / Aktiviti / Kelas |
: PERKAKASAN KOMPUTER |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Para peserta dapat mengenali apa itu perkakasan komputer yang ada di dalam pusat internet.
Aktiviti
Petugas akan memberi ceramah dan penerangan satu per satu tentang perkakasan computer kepada para peserta. Seterusnya para peserta akan melihat sendiri apa itu perkakasan computer yang ada di dalam pusat internet. Para peserta juga dapat ilmu pengetahuan yang sangat luas melalui tayangan video tentang perkakasan computer. Petugas akan bertanya kepada para peserta tentang perkakasan agar mereka lebih memahami apa yang telah disampaikan oleh petugas.
Program / Aktiviti / Kelas |
: DASHBOARD MY KOMUNITI |
Masa |
: 11.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Bengkel dashboard untuk para peserta mahir menggunakan dashboard mereka.
Aktiviti
Dengan aktiviti ini para peserta dapat melihat sendiri tujuan my komuniti ini di dalam dashboard. Para peserta belajar menaip di dalam my komuniti berkongsi ilmu ataupun info tentang pusat internet ini. Selain itu, Dashboard juga dapat mengeratkan sillaturahim dengan pengguna dashboard yang lain.
TARIKH : 10 JANUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: LATIHAN KEUSAHAWANAN : SOCIAL MEDIA (LIVE CARA MEMBUAT ODEN BAGI USAHAWAN BARU) |
Masa |
: 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini di buat untuk melatih serta memberi bimbingan kepada usahawan MUDA/BARU daripada komuniti setempat untuk memajukan perniagaan.
Aktiviti
Usahawan Kampung Pinang iaitu CIK RATINA dan beberapa usahawan baru diberi pendedahan tentang cara untuk mempromosikan perniagaannya dan cara membuat ODEN nya melalui media massa seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Melalui tips dan bengkel yang telah diberikan petugas PI Kampung Pinang, beliau mula mengupah seorang model untuk mempromosikan bisnes makanan basahnya yang dibuat secara ‘LIVE’ di Facebook.
TARIKH : 11 JANUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI : KDB GAMES (TELEFON KARAT) |
Masa |
: 8.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara penggunaan internet dengan betul melalui aktiviti/permainan untuk meransang minda dan kefahaman para peserta dengan lebih santai.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan penerangan oleh petugas mengenai beberapa peraturan permainan yang dinamakan ‘TELEFON KARAT’. Para peserta dibentuk dengan satu kumpulan dengan ‘ROLE/WATAK/TUGAS’ yang telah diberikan oleh pertugas PI. Petugas memberikan kepada orang pertama ayat sekurang-kurangnya 3 baris (dicadangkan tips keselamatan internet). Juga boleh gunakan lukisan dan pergerakan anggota badan. Orang pertama perlu mengingati ayat/lukisan atau pergerakan tersebut dan sampaikan atau lukis dan tunjukkan pada orang kedua dan orang kedua pada orang seterusnya sehingga orang terakhir. Orang yang terakhir perlu ulang ayat/lukis atau gayakan perkara orang pertama sampaikan.
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL DASHBOARD ( MY PLACE) |
Masa |
: 10.00 petang – 12.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Para peserta diberi pendedahan tentang fungsi dan kelebihan aplikasi Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti serta modul My Place yang mempunyai fungsi untuk menandakan tempat-tempat yang terdapat pada MAPS di dalam My Place.
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT PUBLISHER : KAD UCAPAN HARIJADI |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Memberi latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara membuat kad ucapan dengan menggunakan Microsoft Publisher dengan tools yang terdapat pada ribbons Microsoft Publisher. Para peserta kemudiannya diberikan latihan dan tugasan untuk menyiapkan satu poster setiap seorang mengikut kreativiti masing-masing.
TARIKH : 12 JANUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL MICROSOFT POWERPOINT (POSTER JOM KE SEKOLAH) |
Masa |
: 8.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Memberi latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang fungsi Microsoft Powerpoint iaitu cara membuat slide, menambah slide dan menggunakan Tools yang ada pada ribbon tab Microsoft Powerpoint. Setelah memberi penerangan kepada para peserta serta demonstarsi, para peserta diberi tugasan dan latihan oleh petugas.
Program / Aktiviti / Kelas |
: KUIZ ONLINE (JOM KENALI WARNA) |
Masa |
: 11.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Memperkenalkan aktiviti pembelajaran iaitu kuiz berbentuk online kepada para peserta .
Aktiviti
Petugas memperkenalkan kuiz online kepada para peserta yang bertemakan ‘WARNA’. Setelah memberikan demontrasi dan cara menjawab kuiz, para peserta diberikan latihan untuk menjawab kuiz tersebut tanpa bantuan petugas mengikut masa yang telah ditetapkan.
Aktiviti
Para peserta akan membuat kdb games secara online di pc masing-masing. Seterusnya, Para peserta akan merasa lebih seronok dengan kdb games secara online. Dengan kdb games ini para peserta dapat membuat pilihan dengan bijak. Aktiviti ini dapat menarik minat terutama budak sekolah. Selain dapat ilmu pengetahuan mereka mahir menggunakan komputer.
TARIKH : 22 JANUARI 2020
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI (BULI SIBER) |
Masa |
: 2.00 petang – 3.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta tentang maksud, punca dan cara mengatasi buli siber.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan tentang bahana buli siber yang berlaku pada masa kini melalui tayangan slide serta penerangan yang diberi oleh petugas. Petugas juga memberi tips kepada para peserta untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan buli siber yang mendatangkan banyak kesan negatif terhadap pengguna media sosial. Selain itu, permainan Klik Dengan Bijak iaitu ‘Puzzle Games’ yang melibatkan aktiviti secara individu juga dilakukan dalam aktiviti ini. Permainan ini yang bertajuk ‘Buli Siber’ melibatkan aktiviti pemain diminta untuk mengisi kotak-kotak kosong dengan jawapan yang betul mengikut klu yang diberikan. Peserta diberi masa selama 15 minit untuk melengkapkan kuiz tersebut.
Program / Aktiviti / Kelas |
: KUIZ TATABAHASA (BAHASA MELAYU ) |
Masa |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Memperkenalkan aktiviti pembelajaran iaitu kuiz berbentuk online kepada para peserta .
Aktiviti
Petugas memperkenalkan kuiz online kepada para peserta yang bertemakan ‘Kuiz Bahasa Melayu’. Setelah memberikan demontrasi dan cara menjawab kuiz, para peserta diberikan latihan untuk menjawab kuiz tersebut tanpa bantuan petugas mengikut masa yang telah ditetapkan.