LAPORAN AKTIVITI DECEMBER 2019

TARIKH : 7 DISEMBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: TMK : CARA MEMINDAHKAN DATA KE PENDRIVE

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Tujuan aktiviti 1 ini di buat untuk para peserta yang tidak mahir memindahkan data ke dalam pendrive agar para peserta lebih mahir menggunkan pendrive.

Aktiviti

Petugas akan memberi ceramah & bengkel cara memindahkan data para peserta ke dalam pendrive. Seterusnya, aktiviti ni nampak macam biasa tapi ramai para peserta tak kira umur yang belum mahir menggunakan pendrive. Dengan aktiviti 1 ini para peserta akan lebih mahir menggunakan pendrive. Aktiviti utama ialah menyediakan bahan untuk ceramah dan pendrive untuk latihan kepada para peserta. Para peserta akan di ajar cara menamakan pendrive meraka dan menyimpan data mereka ke dalam pendrive.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: MICROSOFT WORD : PETA MINDA

Masa

: 10.00 pagi – 12.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Para peserta di ajar cara membuat peta minda yang menggunakan Microsoft word. Para peserta akan lebih mahir membuat peta minda untuk membuat laporan atau pembentangan mereka pada masa yang akan datang.

Aktiviti

Para peserta akan membuat peta minda mereka di pc masing – masing dan di ajar oleh petugas cara membuat peta minda menggunakan Microsoft word agar para peseta lebih mahir menggunakan Microsoft word. Para peserta dapat berdikari membuat peta minda di sekolah ataupun alam university kelak. Para peserta akan membuka Microsoft word dan mengikut arahan daripada petugas. Petugas akan mengajar satu per satu cara membuat peta minda. Langkah pertama para peserta akan pergi ke insert dan klik smartaart. Mereka akan memilih Hierarchy kerana mudah di jadikan peta minda.Akhir sekali para peserta akan menaip ahli keluarga mereka.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: KUIZ KDB

Masa

: 12.00 petang – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Para peserta mendapat ilmu pengetahuan dan memantapkan minda dengan mengikuti aktiviti kuiz kdb games. Para peserta lebih mudah untuk faham cara memindahkan data ke dalam pendrive.

Aktiviti

Petugas akan menyediakan soalan yang berkaitan dengan aktiviti1 kepada para peserta. Dengan aktiviti ini, para peserta akan lebih memahami dan mengingati cara menyimpan data. Para petugas menyediakan kuiz berdasarkan aktiviti tadi dan dapat menarik minat para peserta mengikuti aktivit ini.

 

TARIKH :  8 DISEMBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: MICROSOFT POWER POINT : SLIDE BERGAMBAR

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Memberi latihan Microsoft powerpoint kepada para peserta.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang Microsoft powerpoint kepada para peserta. Para peserta dapat mempelajari cara menggunkan Microsoft powerpoint yang berkaitan dengan aktivit utama iaitu membuat slide bergambar. Seterusnya para petugas akan memberi tunjuk ajar satu per satu kepada para peserta. Mereka akan membuka Microsoft power point dan menaip nama mereka terlebih dahulu pada muka depan. Para peserta akan membuat slide yang kedua meletak gambar ke dalam slide mereka. Akhir sekali para peserta akan memilih gambar untuk digunakan di dalam slide mereka.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: TMK : WI-FI LOGIN

Masa

: 10.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Pendedahkan kepada para peserta tentang wi-fi outdoor.                            

Aktiviti

Petugas akan memberi penerangan tentang wi-fi outdoor kepada para peserta. Para peserta dapat ilmu pengetahuan tentang wi-fi outdoor dan para peserta juga dapat mengajar rakan-rakan yang lain cara menggunakan wi-fi dengan betul. Walaupun wi-fi telah lama ada tetapi ada sesetengah komuniti yang tidak tahu cara penggunaan wi-fi login. Dengan aktiviti ini, para peserta dan petugas dapat membantu komuniti yang belum mahir menggunakan wi-fi.

                                

Program / Aktiviti / Kelas

: KDB GAMES : PUZZLE

Masa

: 2.00 petang – 4.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 10 orang

Tujuan

KDB Games puzzle untuk para peserta.

Aktiviti

Para peserta akan membuat kdb games secara online di pc masing-masing. Seterusnya, Para peserta akan merasa lebih seronok dengan kdb games secara online. Dengan kdb games ini para peserta dapat membuat pilihan dengan bijak. Aktiviti ini dapat menarik minat terutama budak sekolah. Selain dapat ilmu pengetahuan mereka mahir menggunakan komputer.

 

TARIKH :  10 & 11 DISEMBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL YOUTUBE BERSAMA YOUTUBER CARDOCK

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 27 orang

Tujuan

Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta cara menjana pendapatan melalui Youtube dan tips untuk menjadi Youtuber yang berjaya oleh CARDOCK.

Aktiviti

Para peserta akan didedahkan tentang tips untuk menjana pendapatan melalui Youtube dengan video yang dimuatnaik di Channel masing-masing di dalam Youtube. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan tips dan cara menambah ‘subcribers’ melalui video yang dimuat turun di Channel dengan ‘content’ video yang menarik.

 

TARIKH :  12 DISEMBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: LATIHAN & BENGKEL KEUSAHAWANAN : TUTORIAL BASIC MAKE UP

  (Sosial Media)

Masa

: 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 6 orang

Tujuan

Bengkel usahawan ini dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia. Tujuan bengkel ini diadakan untuk melahirkan serta memberi bimbingan kepada usahawan daripada komuniti setempat untuk memajukan perniagaan.       

Aktiviti

Usahawan Kampung Pinang iaitu Puan Norhayati dan beberapa usahawan baru diberi pendedahan tentang cara untuk mempromosikan servis make up nya melalui media massa seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Melalui tips dan bengkel yang telah diberikan petugas PI Kampung Pinang, beliau mula mengupah seorang model untuk mempromosikan bisnes makeup nya yang dibuat secara ‘LIVE’ di Facebook.

 

TARIKH :  14 DISEMBER 2019    

Program / Aktiviti / Kelas

: ADVOKASI : CERAMAH & BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK

  (KEGANASAN SIBER)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 7 orang

Tujuan

Memberikan pendedahan kepada para peserta tentang maksud,punca dan cara mengatasi keganasan siber.

Aktiviti

Para peserta diberi pendedahan tentang bahana keganasan siber yang berlaku pada masa kini melalui tayangan slide serta penerangan yang diberi oleh petugas. Petugas juga memberi tips kepada para peserta untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan keganasan siber yang mendatangkan banyak kesan negatif terhadap pengguna media sosial.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH DAN BENGKEL MY HEALTH

Masa

: 10.00 pagi – 12.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 7 orang

Tujuan

Pengenalan kepada modul My Health kepada peserta yang belum pernah menjalankan pemeriksaan kesihatan di Pusat Internet Kampung Pinang.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti serta modul My Health yang dapat memberi info kesihatan dan membolehkan peserta menjalani pemeriksaan kesihatan pada bila-bila masa di Pusat Internet. Para peserta juga didedahkan dan diperkenalan dengan peralatan i-health yang digunakan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT WORD (CHART)

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 7 orang

Tujuan

Memberi latihan kepada para peserta terhadap perisian komputer iaitu Microsoft Office Word.

Aktiviti

Latihan membuat carta telah diberikan kepada para peserta setelah demonstrasi membuat carta oleh petugas. Selain itu, petugas juga turut memberi penerangan kepada para peserta jenis dan fungsi carta yang mempunyai kelebihan mengikut jenis carta yang digunakan.

 

TARIKH :  15 DISEMBER 2019    

Program / Aktiviti / Kelas

: ADVOKASI : CERAMAH & BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK

  (FUNGSI DAN PERANAN MCMC / KDB GAMES : TELEFON KARAT)

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 8 orang

Tujuan

Memberikan pendedahan kepada para peserta tentang fungsi dan peranan MCMC.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang MCMC yang mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. Peserta juga didedahkan dengan fungsi utama MCMC iaitu MCMC terlibat dengan pembangunan industri dan kawalselia di dalam bidang telekomunikasi, multimedia dan lain-lain lagi.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: CERAMAH DAN BENGKEL MY KOMUNITI

Masa

: 10.00 pagi – 12.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 7 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para peserta kelebihan aplikasi Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Petugas memperkenalkan modul My Komuniti yang terdapat aplikasi Dashboard Komuniti supaya aplikasi ini dapat digunakan oleh komuniti setempat. Para peserta juga diberi peluang untuk membuat dan mencipta ‘posting’ melalui akaun masing-masing.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL MICROSOFT EXCEL

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 7 orang

Tujuan

Memberi latihan kepada para peserta supaya mereka mahir menggunakan Perisian Microsoft Office.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang fungsi Microsoft Excel iaitu cara membuat mengisi data, menambah formula dan menggunakan Tools yang ada pada ribbon tab Microsoft Excel. Setelah memberi penerangan kepada para peserta serta demonstarsi, para peserta diberi tugasan dan latihan oleh petugas.

 

TARIKH :  21 DISEMBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUKASI (PERMOHONAN

  BAITULMAL)

Masa

: 8.00 pagi – 1.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Membantu peserta untuk memohon bantuan baitulmal secara atas talian.

Aktiviti

Petugas telah memberikan tunjuk ajar kepada peserta tentang langkah-langkah, syarat serta dokumen yang diperlukan oleh peserta untuk melengkapkan permohanan baitulmal untuk mendapatkan sumber kewangan.

 

TARIKH :  23 DECEMBER 2019

Program / Aktiviti / Kelas

: DASHBOARD KEUSAHAWANAN

Masa

: 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 7 orang

Tujuan

Latihan keusahawanan kepada para peserta.

Aktiviti

Petugas akan memberi ceramah tentang dashboard dan latihan keusahawanan seperti mempromosikan barang di facebook mereka atau dekat dashboard. Para peserta dapat mempromosikan barang jualan di dalam dashboard ataupun facebook mereka.

                                                         

Program / Aktiviti / Kelas

: JOM MEWARNA DUNIA ANDA

Masa

: 10.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 7 orang

Tujuan

Melatih para peserta mewarna menggunakan komputer.                                 

Aktiviti

Para peserta akan membuka website mewarna secara online di komputer masing-masing. Mewarna mengikut warna yang sesuai. Para peserta lebih suka mewarna menggunakan komputer dan para peserta dapat menunjukkan bakat masing-masing. Dengan aktiviti ini, para peserta dapat melihat sendiri seni mewarna menggunakan komputer.

 

Program / Aktiviti / Kelas

: KAWAL SEDIA KENDIRI

Masa

: 11.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pinang

Peserta

: 7 orang

Tujuan

Advokasi bersama para peserta tentang menanamkan sikap kawal selia kendiri di dalam rutin seharian mereka.

Aktiviti

Petugas akan memperkenalkan maksud keupayaan para peserta untuk mengawal emosi dan keinginan nafsu di ruang siber. Para peserta akan lebih beretika di dalam laman social yang semakin maju pada zaman sekarang.Zaman sekarang yang semakin maju ramai kanak-kanak yang tidak pandai mengawal emosi di dalam laman social. Dengan aktiviti ini, para peserta akan lebih berhati-hati menggunakan laman social mereka.